CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 118|Reply: 2

[Sarawak] KJ: Keberkesanan dos penggalak: Sarawak contoh terbaik

[Copy link]
Post time 14-1-2022 06:20 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Sarawak boleh dijadikan contoh mengenai keberkesanan pemberian suntikan dos penggalak kepada rakyat di negeri berkenaan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurut beliau melalui ciapan di Twitter, sebelum Sarawak memulakan suntikan dos penggalak pada Oktober tahun lepas, kes harian di negeri itu melebihi 3,000 jangkitan.

Katanya, kes jangkitan baharu Covid-19 di Sarawak ketika ini mencatatkan penurunan mendadak apabila berlegar di sekitar dua angka sehari.

”Kesemua petunjuk juga telah menunjukkan penurunan lebih 90 peratus sejak September,” ciap beliau.

Hari ini Sarawak merekodkan hanya 13 kes dan secara konsisten tidak merekodkan kes kematian untuk sekian lama.

Sarawak ketika itu juga mencatatkan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa antara yang tertinggi di Malaysia namun mengalami lonjakan kes jangkitan.

Semalam, Sarawak hanya mencatatkan 18 kes baharu dan sifar kematian manakala hari Berdasarkan data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), seramai 1.26 juta atau 62 peratus rakyat Sarawak telah menerima dos ketiga sehingga 9 Januari lepas.


sarawakvoice.com/2022/01/14
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 10:45 PM | Show all posts
.
Perlu ingat, kurang buat ujian saringan Covid = kurang kes harian. ... Besar sebab itu, Indonesia, dengan populasi 273.5 juta orang,  boleh catat <1,000 kes harian Covid sejak Okt 2021 sehingga hari ini, berbanding dengan >50,000 kes harian pada Julai 2021. Apa telah dibuat Indonesia untuk sukses begini? Berapa peratus/% populasi Indonesia sudah kena dos penggalak hingga kes harian Covid menjunam begini? KKM dan KJ pun kalah kepada Indonesia dan Jokowi. .......

https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2040017 - 3 Jan 2022 - Indonesia mula tawarkan dos penggalak pada 12 Jan
.

Indonesia hanya 43% populasi lengkap vaksin setakat 12 Jan 2022. .......

http://www.xinhuanet.com/english ... 4087b0c0de15/c.html - 13-1-2022
As the Indonesian government is accelerating nationwide vaccination programs to curb the spread of the virus, more than 173.24 million people have received their first dose of the COVID-19 vaccine, while over 118.48 million have taken their second dose.
.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 10:50 PM | Show all posts
Edited by lurkingaround at 14-1-2022 10:58 PM

.
Perlu ingat juga, di Semenanjung boleh rentas negeri dengan senang, ... tapi setahu saya di Sarawak, sempadan negeri masih dikawal ketat, iaitu bukan senang nak rentas negeri Sarawak.  Kalau kurang direntas negeri = kurang kes harian Covid. .......

https://dayakdaily.com/non-saraw ... to-apply-for-entry/ - non-sarawakians-travelling-to-sarawak-for-work-meetings-leisure-need-to-apply-for-entry - 24 Dec 2021
.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-5-2022 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.084528 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list