CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 345|Reply: 3

[Dunia] Wajar dicontohi, Indonesia percepat pembangunan vaksin Merah Putih

[Copy link]
Post time 14-1-2022 05:30 PM | Show all posts |Read mode


Indonesia percepat pembangunan vaksin Merah Putih
Bernama Januari 14, 2022 16:59 MYT

JAKARTA: Menteri Penyelaras Pembangunan Manusia dan Kebudayaan (PMK) Indonesia Muhadjir Effendy menggesa pihak berkuasa berkaitan mempercepatkan penghasilan vaksin Merah Putih, agar vaksin COVID-19 keluaran tempatan dapat digunakan segera.

ANTARA News melaporkan bahawa kerajaan Indonesia menerusi satu kenyataan akhbar pada Khamis berkata, pembangunan Vaksin Merah Putih sedang giat dijalankan oleh Universiti Airlangga dengan kerjasama PT Biotis, PT Bio Farma dengan Kolej Perubatan Baylor, Universiti Indonesia dengan kerjasama PT Etana, Institut Teknologi Bandung, PRBM Eijkman BRIN bersama PT Bio Farma, serta Universiti Padjadjaran selain bekerjasama dengan PT Bio Farma dan Lipotek.

Vaksin Merah Putih yang dibangunkan Universiti Airlangga dengan kerjasama PT Biotis dijangka siap pada awal 2022 dan penghasilan vaksin secara besar-besaran pada pertengahan 2022, katanya.

Effendy pada Rabu menggesa Kementerian Kesihatan menggalakkan penghasilan vaksin Merah Putih secepat mungkin ketika sesi mesyuarat penyelarasan yang membincangkan pengeluaran vaksin domestik.

"Kami menaruh harapan penghasilan vaksin dapat dipercepatkan tanpa menjejaskan kualiti, kejituan dan keberkesanan produk," tegasnya.

Kementerian yakin bahawa vaksin yang dibangunkan pasukan penyelidik boleh digunakan segera bagi menyokong usaha melawan pandemik COVID-19 di Indonesia.

"Sekiranya kita dapat mencapai sasaran maksimum, kita harap penggunaan vaksin buatan tempatan ini dapat menamatkan penularan wabak (COVID-19)," tegasnya.

"Saya memanggilnya husnul khatimah. Kita berbangga dapat menjulang Bendera Merah Putih dengan mengatasi (wabak) menggunakan vaksin yang kita ada," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa pembangunan vaksin COVID-19 dilaksanakan pihak kerajaan dengan kerjasama industri farmaseutikal, institusi penyelidikan dan universiti.

Kenyataan itu turut menyebut, Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin mengesahkan Vaksin Merah Putih primer akan dilancarkan selewat-lewatnya Mac 2022 dan vaksin itu disasarkan untuk kegunaan kanak-kanak pada Jun 2022.

-- BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2022 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 orang bangge cipte roket..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 09:00 PM | Show all posts
kamu faham apa yg kamu post kah? cuba jelaskan kerna aq samar2 ttg vaksin merah putih ni. artikel tidak membantu ya
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Vaksin China pun aku tak caya inikan Indon. Data nya dulu…data.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.569449 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list