CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1501|Reply: 17

[Tempatan] Kasih tidak bertepi 'laoshi'

  [Copy link]
Post time 14-1-2022 04:25 PM | Show all posts |Read mode
Kasih tidak bertepi 'laoshi'


CHEE Hoi Lan (kiri) menjaga Rohana sejak berusia dua bulan. FOTO Amirudin Sahib

Kuala Lumpur: Dua puluh dua tahun lalu, dia ditinggalkan di tadika kerana ibunya terpaksa pulang ke kampung halaman di Indonesia.

Ketika itu, usia Rohana Abdullah baru sahaja dua bulan namun kerana kemurnian hati seorang wanita berbangsa Cina, dia dijaga seperti anak sendiri sehinggalah sekarang.

Wanita itu, Chee Hoi Lan, 83, adalah guru tadika di mana ibu Rohana bekerja sebagai pekerja pembersihan dan mengenangkan nasib bayi terbabit, dia mengambil keputusan menjaganya seperti anak sendiri.

Hoi Lan berkata, dia sedar isu perbezaan agama akan menjadi masalah dan kerana itu, dia berusaha menyediakan segala keperluan Rohana, 22, menggunakan wangnya sendiri termasuk menghantarnya ke Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).

Selain itu, Rohana juga dipastikan belajar perkara asas mengenai Islam menerusi pengajian langsung di sekolah dan didikan daripada kenalannya.

"Saya sayangkan dia seperti anak sendiri. Sejak kecil, saya pastikan dia makan makanan halal dan melakukan ibadat sebagai seorang Muslim sehinggalah hari ini.

"Cuma sebelum saya mati, saya mahu lihat dia berkahwin, bekerjaya dan bahagia. Saya lega kerana selama hayat saya, saya pastikan dia terjaga sebagai seorang Muslim, dia akan kekal begitu sampai bila-bila," katanya ketika membuat aduan mengenai Rohana yang tidak memiliki kewarganegaraan kepada Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Batu, Gulam Muszaffar Ghulam Mustakim, kelmarin.


ROHANA memeluk erat serta mencium ibu angkatnya dengan penuh kasih sayang. FOTO Amirudin Sahib

Hoi Lan yang tidak berkahwin berkata, selama ini Rohana tinggal bersamanya di sebuah kawasan perumahan di ibu negara dan sehingga hari ini, dia memastikan 'anaknya' itu meneruskan hidup sebagai seorang Muslim.

"Saya tahu ada benda yang dia tidak boleh makan. Saya tahu ada masanya dia perlu solat dan itu langsung tidak menjadi masalah.

"Saya mengambil tanggungjawab sebagai ibu, saya didik, saya asuh dia seperti mana sepatutnya. Yang membezakan kami adalah budaya dan agama," katanya.

Rohana yang kelihatan sedih sepanjang perbualan berkata, dia akan terus menyayangi emak angkat yang mesra dipanggil laoshi (cikgu dalam bahasa Mandarin) itu walaupun selepas dia membawa haluan sendiri.

Katanya, ibunya yang juga warga Indonesia berkahwin dengan bapanya seorang warga tempatan yang menghilangkan diri selepas dia dilahirkan datang ke Malaysia beberapa kali sepanjang dia dijaga oleh Hoi Lan.

"Cuma ketika ini saya berdepan masalah status kewarganegaraan. Saya faham kerana ibu warga Indonesia dan bapa pula menghilangkan diri sejak saya kecil.

"Saya ada memohon taraf kewarganegaraan pada 2016 dan sehingga kini masih belum ada maklum balas.

"Jadi saya dan laoshi berjumpa dengan Gulam Muszaffar yang kebetulan anak muridnya pada 1980 untuk meminta bantuan dalam isu ini," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... idak-bertepi-laoshi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2022 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
anak melayu yg non muslim jaga agama islam x boleh di tukar tapi melayu islam yg jaga anak non muslim boleh tukar agama anak itu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 09:36 PM | Show all posts
apsal mata aq masuk habukkkk................................................................................................
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
musangbodoh replied at 14-1-2022 09:36 PM
apsal mata aq masuk habukkkk........................................................................ ...

Bole jd colan2 no 2
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
harap2 kisah benar la..jgn nenek ni kena upah sbb budak ni nak jadi warganegara sudah lah..gituhhh akibat byk tgk movies,asyik suudzon plot twist je
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 10:06 PM | Show all posts
bahasa apa dorang communicate. bahasa jawa ka?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2022 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 14-1-2022 10:01 PM
harap2 kisah benar la..jgn nenek ni kena upah sbb budak ni nak jadi warganegara sudah lah..gituhhh a ...

Byk yg mcm ko ckp tuuu.. kot kot nanti dah puas ngutuk isle la tok imam semua tup tup kuar cite mcm yg hang ckp kat atas tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 14-1-2022 10:06 PM
bahasa apa dorang communicate. bahasa jawa ka?

Bahasa yg auntie cakap hari2 la....
Kalau tak mandarin/hokkien etc,  bahasa english or BM...
Kan dah dia jaga budak tu dari kecik,  dia yg ajar budak tu bercakap... Harus la ikut bahasa yang dia tutur hari2..

Btw kenapa ada soalan mcm ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2022 10:34 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 14-1-2022 10:29 PM
Bahasa yg auntie cakap hari2 la....
Kalau tak mandarin/hokkien etc,  bahasa english or BM...
Kan ...

sebab aku curious lah.

ko pasti ka dia cakap cina?


Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 14-1-2022 10:34 PM
sebab aku curious lah.

ko pasti ka dia cakap cina?

Bila mana i tulis pasti?
Kalau kau nak pasti ko tanya depa..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 01:12 PM | Show all posts
xie xie laoshi

teringat dulu di akhir kelas mandarin akan sebut ayat ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
wo ting bu dao, ni hao ma cong ceng cong ceng cong ceng
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 01:59 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 15-1-2022 08:47 AM
Bila mana i tulis pasti?
Kalau kau nak pasti ko tanya depa..

ko tak tulis tapi ayat ko konfiden

anyway aku dah tengok dalam whatsapp

Rohana boleh cakap cina dan cakap melayu dia pun macam budak gi sekolah. SPM pun private sebab tak boleh jadi calon biasa. Memang gigihlah hasil didikan cina.


Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi betul lah

Kenapa bila non muslim bela anak Islam
Tak boleh tukar agama
Tapi bila Islam bela anak angkat non muslim
Auto tukar agama
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 04:09 PM | Show all posts
she replied at 15-1-2022 03:53 PM
Tapi betul lah

Kenapa bila non muslim bela anak Islam





tanggungjawab seorang islam untuk mengembalikan fitrah asal manusia untuk menyembah Allah swt. Sbb itu la Melayu kalau bela anak cina.. akan islamkan mereka. "hope that will answer your question" Zakir Naik




Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 15-1-2022 03:53 PM
Tapi betul lah

Kenapa bila non muslim bela anak Islam

Sebab mahu diselamatkan dari siksa api nuraka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2022 04:12 PM | Show all posts
semoga nenek Chee Hoi Lan juga terbuka hatinya untuk memeluk islam sebelum dia pergi untuk selamanya
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Baiknya..yela maybe dia pun tak kahwen dan anggap tu rezeki dia. Tibe2 hari tua dia ada anak..mungkin cucu cicit..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.066368 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list