View: 1412|Reply: 12
|
Myvi Oren Punca! Langgar Lari, Dua Rakan Sekerja Maut Dirempuh
[Copy link]
|
|
Kota Bharu – Dua jurueletrik yang merupakan rakan sekerja maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di Kilometer 13, Lebuh Raya Perol, Kota Bharu-Ketereh di sini tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.01 tengah malam itu, Muhamad Safuan Mohd.Shukri, 25, yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ dan pembonceng, Shahri Azlin Ibrahim, 36, melambung sejauh 30 meter selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta dipercayai jenis Perodua Myvi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa menaiki sebuah motosikal sedang dalam perjalanan dari arah Kota Bharu ke Ketereh dengan melalui Lebuh Raya Perol.
Foto: Kosmo
Katanya, semasa tiba di satu kawasan yang gelap, sebuah kereta dipercayai jenis Perodua Myvi berwarna oren telah merempuh bahagian belakang motosikal dinaiki kedua-dua.
“Insiden itu menyebabkan kedua-dua mangsa melambung sejauh 30 meter sebelum terjatuh dan terseret di atas jalan raya.
“Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Perol. Nahas itu turut mengakibatkan tangan kanan Shahri Azlin putus selain mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Menurut Mohd. Suhaimi, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk dibedah siasat. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
mesti laju king of the road tu.. sampai melambung dibuatnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah...laju gila myvi oren tu sebab boleh melambung tinggi kedua2 mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat highway dia punya sorang tgh mlm tu. Takziah buat keluarga mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Menda yg i slalu pikiaq kes gni mcm mna makhluk yg p langgaq mati ank/bapak org ni sleep at night. Like a baby ka? Regardless menda tu accident sekalipn,hg bunuh org patu lari tggai. Sampai umah tarik slimut teruih lena ka? Sincerely hope hgpa dpt balasan setimpal ats dunia. Tggu akhirat lambertt sgt. Takziah to both families. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahwainnalillahirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Oyen..oyen...ko memang tak pernah mengalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainailahirojiun: ( |
|
|
|
|
|
|
|
takkan lah ummah serambi mekoh drive sambil mabok2??? |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 14-1-2022 04:06 PM
takkan lah ummah serambi mekoh drive sambil mabok2???
ummah serambi memang boleh tahan ramai yang mabuk.. datang kl pun selamba beli arak kat 7e lepas tu minum kat dataran sambil celebrate new year |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa kes myvi kuning mengelak velfire ke apa tah x masuk thread cari...
pemandu tu meninggal tau...
kete velfire tu yg sebabkan myvi tu terbabas lepas lari...xtahu dh kene tngkp ke tidak |
|
|
|
|
|
|
|
takziah
lampu belakang motor menyala ke tak ?
sbb byk kali jugak jumpa motor lampu belakang tak menyala bila kita dah dekat baru perasan |
|
|
|
|
|
|
| |
|