View: 2783|Reply: 28
|
Laki Bini Penjawat Awam Kantoi Guna Sijil Vaksin Palsu Demi Bonus Tahunan
[Copy link]
|
|
Tindakan sepasang suami isteri penjawat awam mengemukakan sijil vaksinasi Covid-19 palsu, mengundang padah apabila ditahan polis pada Selasa lalu.
Penipuan yang dibuat kedua-dua penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan di Melaka terbongkar susulan satu laporan polis.
Difahamkan pasangan berusia 33 dan 38 tahun itu membeli dan memuat turun sijil vaksinasi palsu berharga RM500 seorang untuk mendapatkan bonus gaji menerusi seorang rakan dari jabatan sama yang bertindak sebagai orang tengah.
Gambar hiasan/Soya Cincau
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati orang tengah berusia 58 tahun itu memuat turun aplikasi sijil vaksin lengkap dua dos palsu daripada seorang suspek yang masih bebas digelar sebagai 'VNilai'.
Menurut beliau, tangkapan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan polis daripada seorang pegawai tadbir jabatan tersebut yang telah dimaklumkan pengarahnya berhubung sijil vaksinasi yang mencurigakan itu.
Jelas Arshad, pengadu kemudian menghantar surat kepada Klinik Kesihatan Rembia untuk membuat semakan pada 31 Disember tahun lalu untuk pengesahan tentang status tersebut sebelum pihak berkenaan mengesahkan kedua suspek tidak menerima sebarang vaksin.
"Bertindak atas maklumat itu, ketiga-tiga suspek ditahan selepas dipanggil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah sekitar jam 4 petang pada Selasa lalu.
"Kita juga telah merampas telefon bimbit milik kesemua suspek dan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selama tiga hari dan akan disambung bagi membantu siasatan," katanya pada Khamis.
Mengulas lanjut, beliau berkata, polis sebelum ini pernah menerima laporan daripada suspek bahawa dia enggan di vaksin pada pertengahan tahun lalu.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Ni bonus yg 700 seorang tu ke? So spent 1k to get 1400 lepas tu kantoi. Tu la siapa suruh buat police report tak nak vaksin bagai. Ni mesto satu dept tau depa anti vaks tegar if diam2 sure lepas. |
|
|
|
|
|
|
|
ko kejar bonus apooo ni?
sudah nya kena tangkap, lokap, mahkamah, sabit, pecat
apooo yg bonus nya? |
|
|
|
|
|
|
|
langsung hilang kewewahan dunia...yang penting maruah diri tidak dicemar dengan segala vaksin...
gitu......
mohon acik rita memberi sepatah dua kata.....
|
|
|
|
|
|
|
|
wow giteeewww skali level pemikiran deyols
|
|
|
|
|
|
|
|
Bonus 700,sijil fake 500,dpt 200 jah siap dgan tambahan denda lagi. Benda boleh dpt free kau pergi bayar, bodoh ke dek? Ni mesti puak2 peminum teh depan gazebo yg dh menggelupoh tgok ummah keluar berjalan, mereka terpaksa senyap sunyi depan gazebo. Kahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Bonus 700,sijil palsu 500.untung 200. Baloi ke? Dah la penjawat awam, hukuman tatatertib menanti dirimu |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka nak untung tapi rugi ribu malu pun dapat apooo |
|
|
|
|
|
|
|
bonus rm700 bayar sijil rm500 so dapat rm200 jah?
kata antivax kaya bebenar..
takat rm200 pun nak menipu bagai..
kahkahkah..
baik la gi je tadah tangan kalau rm700 tu besar sangat nilai kat mata antivax ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sijil vaksin palsu ni macam mana nak kenal? Adakah walaupun palsu, tapi masih boleh generate dan print dari mysejahtera. Ada sesiapa boleh bagi pencerahan? Acik tak berapa celik IT lah... |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin dari QR code itu tak boleh di baca..
jadi tengok aja dalam mysejahtera maybe tak tahu ori atau palsu..
tapi bile dicek QR code dalam mysejahtera itu ketahuan itu bukan original
|
|
|
|
|
|
|
|
Vaksin je lah. Or dptkan surat pengakuan doktor yg bdn tu x sesuai utk vaksin ..ada my sedara yg x vaksin sbb doc verify kata dia alergi....dr buat tindakan bodoh camni..org pun x respect. Doalah byk2 moga umur pjg klu kn juga ambil vaksin |
|
|
|
|
|
|
|
jenis yg murah boleh kesan,
yg mahal punye xde beza,dlm sistem pun ade,
cuma dalam badan je xde vaksin
|
|
|
|
|
|
|
|
Cucuk vaksin free je
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak berbaloi langsung bonus 700 tu kalau 70k berbaloi la juga.
Lupakan jelaa duit 700 dan berpegang la teguh dgn prinsip korang. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerja sia2 kalau dia sabar tak jadi masaalah pun. Habuan tu pun pasti masih boleh diterima walau mungkin lambat sikit dari kawan2 yang lain. Ni mesti lupa rujuk lawyer sebelum buat keputusan singkat yang akhirnya menyusahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang lain relax je tak vaksin dan tak hadap bonus rm700 tuhhh
Buat Bodo sudahhh
Macam2 kerenah pegawai yang penakut dengan KJ pun dah hadap. Relax sudahhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 14-1-2022 01:30 PM
Kerja sia2 kalau dia sabar tak jadi masaalah pun. Habuan tu pun pasti masih boleh diterima walau mu ...
Yer..dia ada sesi interview tolak vaksin apa tah..
Maybe nak betoll2 confirmkan apa masalah taknak tu
Bukan terus2 tak dapat
Jahat sangat
Cukai ko ambik lebih dari jumlah bonus tau
Tetiba bonus ko sekat Sebb taknak vaksin
Berani ke buat kerja tak berkat |
|
|
|
|
|
|
| |
|