CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 61|Reply: 0

[Sarawak] Jangan leka meskipun Sarawak rekod kadar kebolehjangkitan COVID-19 terendah

[Copy link]
Post time 13-1-2022 06:25 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Rakyat Sarawak diseru untuk tidak leka dengan jangkitan COVID-19 meskipun Sarawak merekodkan kadar kebolehjangkitan (RO) yang terendah di negara ini.

Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Dr Sim Kui Hian (gambar) berkata, malahan negeri ini juga merekodkan jumlah kes kematian terendah seluruh negara (selain Labuan dan Putrajaya) atas sumbangan dan peranan rakyat Sarawak.

"Kita (Sarawak) antara yang terendah RO COVID-19 di negara ini. Namun jangan leka kerana RO kita juga telah meningkat secara berterusan daripada 0.71 pada 28 Disember 2021 kepada 0.89 pada 9 Januari 2022.

"Namun amat menyedihkan juga kerana sehingga kini kira-kira 2,268 rakyat Sarawak meninggal akibat jangkitan COVID-19," katanya menerusi catatan Facebook beliau selepas menghadiri mesyuarat secara maya bersama Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) juga Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, semalam.


Antara yang terlibat dalam mesyuarat secara maya bersama JPBNS mengenai situasi terkini COVID-19 di Sarawak. - Gambar Facebook Dr Sim

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, Sarawak selain itu merupakan negeri yang paling tinggi rakyatnya menerima vaksinasi COVID-19 di Malaysia.

Katanya sehingga kini 91.7 peratus dewasa layak telah menerima dos satu dan dua di negeri ini sementara 87.9 peratus remaja yang layak telah menerima dos satu dan dua.

Bagi dos penggalak, Dr Sim berkata dari Oktober 2021 hingga Januari 2022, dianggarkan lebih 1.81 juta dewasa rakyat negeri ini layak menerima dos penggalak tetapi hanya 74.2 peratus yang tampil dengan 468,904 lagi belum menerima dos penggalak mereka.

Jelasnya manakala hanya 59.3 peratus mereka berusia 18 hingga 29 tahun telah menerima dos penggalak.

Beliau dengan itu menyeru kepada rakyat di negeri ini untuk mengambil dos penggalak memandangkan kini kes varian Omicron telah melonjak di Semenanjung dan Sabah sebelum ia melonjak di Sarawak.

"Kita selain itu mengalu-alukan cadangan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pelaksanaan vaksinasi kepada mereka berusia lima hingga 11 tahun.

"Terdapat 272,500 kanak-kanak yang layak di Sarawak untuk Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan ini," tegasnya.


utusanborneo.com.my/2022/01/13
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.074883 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list