CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5953|Reply: 135

Remaja Curi Tabung Masjid Untuk Beli Ubat Datuk Dipenjara 10 Hari, Denda RM4,000

  [Copy link]
Post time 13-1-2022 04:31 PM | Show all posts |Read mode
Remaja yang tular dimandikan seperti jenazah dipenjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang pada Khamis kerana cuba mencuri tabung masjid lima hari lalu.


Daniel Iskandar, 19, yang juga penganggur dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.




Daniel (depan, dua dari kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang pada Khamis kerana cuba mencuri tabung masjid lima hari lalu.





Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap iaitu 9 Januari lalu dan tambahan jel lima bulan, jika gagal membayar denda tersebut.


Sebelum menjatuhi hukuman, Majistret Nik Mohd Fadli menegur tindakan tertuduh bahawa mencuri merupakan satu kesalahan.


“Tahu apa salah awak? Duit itu, orang bagi untuk pembangunan masjid, awak cuba curi dan letak pula dalam bilik jenazah.


“Harap benda ini dijadikan satu pengajaran dan kesedaran pada awak,” katanya.


Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa cuba mencuri tabung kepunyaan Masjid Al Islahiah dengan mengheret dan menyembunyikannya dalam bilik mandi jenazah.


Perbuatan itu dilakukan di masjid berkenaan di Kilometer (KM) 28 Kuang, Rawang pada jam 11.58 malam, 8 Januari lalu.


Ia merupakan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan.


Video memaparkan seorang pemuda memandikan di bilik jenazah kerana cuba mencuri duit tabung masjid dalam keadaan lengkap berpakaian.
Mengikut Seksyen 380, ia memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda, manakala Seksyen 311 membawa hukuman, pemenjaraan tidak boleh melebihi setengah daripada tempoh yang diperuntukkan.


Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, pengadu yang juga siak masjid mendapati tabung masjid telah hilang.


Selepas membuat semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki merosakkan tabung sebelum mengheret dan menyembunyikannya di bilik mandi jenazah.




Kredit foto: Twitter




Selepas membuat rondaan di kawasan sekitar, mereka menemui suspek dan mengaku ketika disoal berhubung kejadian tersebut.


Sementara itu, peguam, Azman Abdullah yang mewakili tertuduh secara pro bono (tanpa bayaran) merayu, agar mahkamah menjatuhi hukuman ringan dengan alasan insaf dengan perbuatan yang dilakukan dan memohon maaf kepada pihak masjid serta mahkamah.


Menurutnya, Daniel merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan kini tinggal bersama datuk selepas ibu bapanya bercerai ketika dia berusia lapan tahun.


“Saya dimaklumkan, alasan dia (cuba mencuri) memerlukan wang untuk membeli ubat datuknya yang menghidap penyakit kencing manis.


“Dia cuba meminta daripada orang lain tetapi mereka tidak boleh tolong. Yang Arif, tiada kerugian kerana ia hanya cubaan semata-mata, malah dia sangat memerlukan wang itu,” katanya.


Azman berkata, kes ini tular di media sosial selepas ada pihak lain menyebarkan video anak guamnya dimandikan di bilik jenazah, sedangkan tindakan itu adalah tidak wajar dan secara tidak langsung memberi tekanan kepadanya dan keluarga.


Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal mencadangkan mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira, kepentingan awam dan mencegah daripada orang lain serta tertuduh sendiri melakukan kesalahan sama di masa depan.


Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan, seorang pemuda dimandikan seperti jenazah selepas ditangkap mencuri duit tabung masjid.


Video berdurasi seminit 25 saat tular di media sosial, telah dikongsikan pengguna Twitter, dengan memaparkan pemuda berkenaan sedang terbaring dan dimandikan oleh pihak masjid sambil diperhatikan penduduk kampung.


Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2022 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jas7512 at 13-1-2022 04:53 PM

X blh kah ajk masjid bg duit tu utk dia beli ubat datuk dia....klu x byk bg lah sedikit...x bacakah psl mengutamakan yg lebih manfaat pd umum..so no wonder lah klu org miskin cari perlindungan kat gereja..dah masjid x mesra alam
Dahlah byk kn kena rm4k..nak beli ubat pun mencuri..igt ada duit ke nak byr denda. ...yg ajk2 nasjid tu xde satu ke yg ada perikemanusiaan ke camna..apa cerita yg tersirat..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahli politik kaki curi wang negara ko tuh, bila nak kena denda kena penjara?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 13-1-2022 04:51 PM
X blh kah ajk masjid bg duit tu utk dia beli ubat datuk dia....klu x byk bg lah sedikit...x bacakah  ...

Ntah.

Lain kali pi mencuri di gereja saja. Jika kedapatan pun, tak ditangkap, dimalukan malah dibagi lagik wang lebih. Wang ihsan sambil fefeling dakwah Kriste demi Yesus.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ubat kencing manis yg mana? Metformin ke? Datuk dia buat pemeriksaan berkala kat KK ke?

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Para lobai ragging dia tak kena apa2 tindakan ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2022 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul la,mmg kesian sungguh..anak2 atuk tu mana?sampai cucu pulak yg terpaksa carik duit nak beli ubat utk atuknya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 05:08 PM | Show all posts
semoga lawyer yg back up adik ni tanpa bayaran dimurahkan rezeki... amin.. lain kali viral kan je dik kesihatan atok awak dekat media sosial... rakyat Malaysia ni murah hati je menderma selalunya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2022 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 13-1-2022 04:51 PM
X blh kah ajk masjid bg duit tu utk dia beli ubat datuk dia....klu x byk bg lah sedikit...x bacakah  ...

Aku setuju tapi kena siasat dulu kesahihannya. Kalau betul elok la ajk masjid tu buat ziarah mahabbah tnya khabar & kesihatan datuk budak ni. Bantu apa yg patut. Bagi keje..ada duit, dgn harapan xde la dia mencuri lg.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur iols cuma menderma dekat masjid yang dipercayai.. iols say no kpd masjid2 sangkak, ajak2 masjid kepam penonggeng agama
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 05:16 PM | Show all posts
Anak2 mangsa penceraian terbiar
ptt hukum dulu mak bapak yg suka2 hati
tak bagi nafkah kat anak2 bila bercerai
harap adik Daniel insaf
& diberi rezeki yg baik lps ni
& Peguam tu teringat filem Tamil Jai Bhim
buat pro bono untuk kasta2 rendah
yg kena buli dgn polis
dari kisah benar Peguam nama Chandru
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 05:18 PM | Show all posts
ubat KK free... warga emas lagi la free

maybe budak ni x taw.

anyway... awat la org masjid buat sampai gitu sekali
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 13-1-2022 04:56 PM
Ahli politik kaki curi wang negara ko tuh, bila nak kena denda kena penjara?


tak memasal AKU bayangkan 'mereka yg anda sebutkan itu'...'dimandikan cam budak tu'.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
marhaen..... Begitulah..
Kalau kayangan court dah jatuh hukum salah pun masih ada lagi marhaen menyembah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dh kena tangkap dan dakwa mula la alasan mtk kesian nk beli ubat atok la, anak tak cukup mkn la dan mcm2 lagi.
Badan sihat kenapa menganggur dek. Lps ni harap insaf dan pegi ambik lesen bwk lori. Katanya gaji smpi 8 ribu keja bwk lori
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 13-1-2022 05:16 PM
Anak2 mangsa penceraian terbiar
ptt hukum dulu mak bapak yg suka2 hati
tak bagi nafkah kat anak2 bi ...

cerita Jai Bhim tu kisah benar kan
Kaka pun tgk cerita tu, kaka nanges ms diaorg kena pukul dlm lokap dan suami perempuan tu plk di campak kt tepi jln
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2022 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 13-1-2022 04:56 PM
Ahli politik kaki curi wang negara ko tuh, bila nak kena denda kena penjara?

hmmmm kat Malaysia ni ada ke pemimpin yg kena jailed sbb tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul.mcm tu alasan dia, patut pihak masjid kena mintak maaf dan bantu dia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 06:28 PM | Show all posts
Umur 19 tahun. Aku syak budak ni desperate nak carik duit & tak tau macam mana saluran yg betul. Tak pasal2 kena penjara & denda sekali. Kesian....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg telah didapati bersalah dan telah dijatuhi hukuman 12 tahun penjara, RM210juta saman..masih boleh jollywell bercuti luar negeri walau sekadar seberang tambak...boleh jollysakan having the usual lifestyle....sedangkheun saman sesen pun belum diperlukheun utk dibayar sehingga selesai rayuan...

Macamana la negara kita tak dilanda musibah demi musibah...yg berkepentingan dapat manouvre undang undang rakyat yg melakukheun jenayah kerna keterpaksaan dan darurat kerna membantu org tuanya yg sakit...terus diihukum tanpa ikhsan dan pertimbangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.076809 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list