CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 422|Reply: 1

Pensyarah dijel kerana skandal ganjaran seks

[Copy link]
Post time 13-1-2022 02:11 PM | Show all posts |Read mode
Rabat: Mahkamah di Maghribi semalam, menjatuhkan hukuman dua tahun penjara kepada pensyarah yang didakwa menukar gred penuntutnya kepada lebih baik dengan ganjaran seks.

Ia adalah keputusan pertama berkaitan dengan skandal seks untuk dapat gred lebih baik yang menggegarkan negara Afrika Utara itu, sejak September lalu.

Isu itu selepas media tempatan mendedahkan kebocoran mesej antara pensyarah terbabit bersama penuntutnya.

Defendan, seorang pensyarah ekonomi di Universiti Hassan I di Settat berdekatan Casablanca didapati bersalah kerana kelakuan tidak senonoh, keganasan dan gangguan seksual.

Empat lagi pensyarah akan dihadapkan ke mahkamah, pada hari ini, kerana tuduhan sama iaitu bersubahat melakukan penyelewengan, diskriminasi jantina dan keganasan terhadap wanita.

Ia rentetan skandal gangguan seksual berprofil tinggi di universiti Maghribi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun kebanyakannya kes gagal untuk dibicarakan.

Kumpulan hak asasi manusia berkata, keganasan seksual berleluasa di negara itu, namun ramai mangsa tidak membuat laporan kerana takut serta menjejaskan reputasi keluarga mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2022 12:48 AM | Show all posts
aiyoooo biasalah tu...kt mn2 u...dgr x dgr je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.083417 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list