CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3248|Reply: 48

[Dunia] Pelakon Titanic ini masih terima royalti

  [Copy link]
Post time 13-1-2022 10:20 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon Titanic ini masih terima royalti


REECE Thompson ketika berlakon dalam Titanic. FOTO Agensi

Washington: Reece Thompson, pemuda Amerika Syarikat (AS) yang pernah terkenal dengan watak sebagai 'budak kecil Ireland' dalam filem Titanic mendedahkan masih meraih pendapatan hasil lakonannya itu, sejak 25 tahun lalu.

Mirror UK melaporkan, Thompson, 30, hanya berusia lima tahun ketika dia melakonkan watak penumpang kelas tiga yang meninggal secara tragis bersama ibu dan kakaknya dalam filem ditayangkan pada 1997 itu.

Dalam babak berkenaan, Thompson, ibu dan kakaknya antara ramai penumpang lain yang menunggu pintu pagar utama kelas tiga dibuka, lapor Belfast Live.

Bagaimanapun, keluarga itu tidak pernah sampai ke bot penyelamat dan kemudian dilihat di kabin mereka di mana mereka bertiga mati.

Walaupun peranannya dalam filem itu kecil, namun babak dilakonkan agak sedih kerana menggambarkan betapa ramai penumpang Titanic kelas tiga yang maut dalam tragedi itu.

Kini, Thompson adalah pengarah pemasaran digital di Brian Head Resort, kemudahan ski dan luncur salji di Utah.

Walaupun tidak begitu mengingati pengalaman ketika menjalani penggambaran filem berkenaan, sumbangannya masih dihargai apabila menerima cek royalti setiap tahun.


WAJAH terkini Reece Thompson. FOTO Agensi

Kerjaya Thompson sebenarnya bermula sebagai model kanak-kanak apabila menandatangani kontrak dengan ejen bakat selepas memenangi satu pertandingan.

Ejen itu memberi ibunya pilihan untuk Thompson sama ada membintangi iklan stesen minyak atau peluang memainkan watak dalam Titanic.

Walaupun iklan adalah pilihan selamat, ibunya memutuskan untuk mengetengahkannya dengan mengambil tawaran berlakon dalam Titanic.

Ia keputusan tepat apabila menjadi filem pecah panggung.

Kini, dia masih menerima cek royalti filem berkenaan.

"Pelik kerana ia tidak pernah terlintas dalam fikiran saya lagi.

"Ia bukan seperti, 'Oh, bila saya akan mendapat cek 'Titanic' baharu?' Apabila ia berlaku, ia seperti, 'Oh, bagus, (ada) tambahan AS$100 (kira-kira RM418).

"Ada beberapa kali juga berlaku situasi seperti: 'Oh, wow, itu cek $250 (kira-kira RM1,045).

"Mudah-mudahan, mereka terus mengingati saya kerana itu bermakna lebih banyak wang untuk saya," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... asih-terima-royalti

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2022 10:24 AM | Show all posts
mmg semua pelakon terima royalti ke atau hanya utk filem box office shj?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan penyanyi je ada royalti.. so semua yg masuk screen dlm filem tu dpt royalti lah. rejeki la..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 10:42 AM | Show all posts
Wah untungnyaaaa
Btw ensem betoll
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 12:07 PM | Show all posts
tengok gak contract lakonan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Band kita aja sampai lani masih bergasak.....aku tak sebut search kheunz?

Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2022 12:08 PM | Show all posts
Kalau baca artikel mana tah hari tu, dilaporkan, semua pelakon utama series FRIENDS - sampai sekrg masih lagi terima bayaran royalti setiap tahun. Walaupun series FRIENDS tu dah berakhir sejak tahun 2004 lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 12:08 PM | Show all posts
klu dia smpi ratus dan blh cecah ribu..yg hero dgn heroin tu brape la agaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2022 12:11 PM | Show all posts
Untunglahhh...Jack dgn Ross mesti dapat lagi berkepuk2
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 01:44 PM | Show all posts
Leo_Tigris replied at 13-1-2022 12:08 PM
Kalau baca artikel mana tah hari tu, dilaporkan, semua pelakon utama series FRIENDS - sampai sekrg m ...

semua sitkom pemes akan disyndicated tayang kat tv satu dunia akan dpt royalty sampai abg jamil mampus selagi ada tv siar


tp pilem2 arwah p ramlee satu haboq pun takdapat hanya muzik dia saja jalan royalty pilem royalty dpt kt shaw bros


Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnye.. Walaupon sikit tetap dapat...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 01:49 PM | Show all posts
Siapa sangka dah selama tu dia masih dapat habuannya
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
noell replied at 13-1-2022 01:44 PM
semua sitkom pemes akan disyndicated tayang kat tv satu dunia akan dpt royalty sampai abg jamil ma ...

Dah lebih 50 tahun dah berlalu dah boleh masuk public domain dah, sampai bila zuriat keturunan P. Ramlee akan ditanggung makan tanggung berak cangkung?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 01:54 PM | Show all posts
Leo_Tigris replied at 13-1-2022 12:08 PM
Kalau baca artikel mana tah hari tu, dilaporkan, semua pelakon utama series FRIENDS - sampai sekrg m ...

friends masih popular kat netflix, lagi-lagi masa lockdown haritu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 01:54 PM | Show all posts
tripleid replied at 13-1-2022 12:11 PM
Untunglahhh...Jack dgn Ross mesti dapat lagi berkepuk2

tapi jack dah tenggelam, ross pulak dah tua hidup lagi ke dia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Leo_Tigris replied at 13-1-2022 12:08 PM
Kalau baca artikel mana tah hari tu, dilaporkan, semua pelakon utama series FRIENDS - sampai sekrg m ...

Yg ni mmg layak sgt2 dpt bayaran lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2022 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tau pelakon dapat gak iols igt bila dah jual kat tv ke apa dah takde apa2 dah.

Ok ler tu sesak2 gak duit boleh gak guna walaupun ko mcm tak pandang sgt. Simpan dlm ASB laa dek
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Helok........
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 03:54 PM | Show all posts
dah 25thn movie ni ditayangkan, tak pernah jemu tgk. Mesti pelakon utama kaya raya hasil royalti tiap2 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 03:57 PM | Show all posts
Lagubestbest replied at 13-1-2022 01:54 PM
tapi jack dah tenggelam, ross pulak dah tua hidup lagi ke dia.

jack masih idop la..skrg dia jadi ahli astronomi plak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.078798 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list