CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 0

Jaguh taekwondo jadi gengster

[Copy link]
Post time 13-1-2022 10:19 AM | Show all posts |Read mode
New Delhi: Seorang lelaki di India yang dulunya bergelar jaguh taekwondo, sebelum menjadi samseng, dilaporkan ditahan di Badarpur, dekat tenggara Delhi.

Ia selepas dia didakwa terbabit dengan konspirasi untuk mencederakan seorang pegawai polis.

India Times melaporkan, Ajay Gurjar@bhai ji, 41, yang berasal dari daerah Palwal di Haryana melakukan perbuatan itu kerana mahu membalas dendam kematian Ankit Gurjar di sebuah penjara di negara itu.

Ajay dipercayai menyasarkan Timbalan Penguasa Penjara Tihar.

Ketika ditahan, Ajay didapati memiliki pistol separa automatik dengan lima peluru.

Ogos tahun lalu, satu rakaman telefon yang tular membabitkan perbualan dua individu dengan seorang dikenal pasti polis bernama Satender atau Satte.

Rakaman itu mendedahkan bahawa Satte meminta seorang individu lain untuk mengaturkan penggunaan senjata api AK-47 untuk membunuh ahli kumpulan yang menjadi pesaing.

Mereka juga bercakap mengenai cara untuk mengancam keselamatan penguasa penjara Tihar.

Ankit ditemukan mati dengan beberapa kecederaan di badannya pada 4 Ogos di Penjara Pusat Nombor 3, Tihar.

Keluarganya mendakwa ada kakitangan yang terbabit dalam kejadian itu.

Selepas penahanan Satte pada 17 Ogos, polis mengenal pasti individu lain yang dinyatakan dalam panggilan tular itu sebagai Ajay.

Difahamkan, Ajay dikatakan terbabit dalam lebih 24 kes jenayah di Delhi, Haryana, Uttar Pradesh, Rajasthan dan Mumbai.

Lelaki itu juga pemegang tali pinggang hitam taekwondo antarabangsa dan pernah meraih lapan pingat emas pada acara sukan itu di peringkat kebangsaan. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.497362 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list