CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 458|Reply: 0

Denmark mahu beri dos keempat

[Copy link]
Post time 13-1-2022 10:18 AM | Show all posts |Read mode


Copenhagen: Kerajaan Denmark, berhasrat memberikan dos keempat vaksin Covid-19 kepada mereka yang berisiko terdedah dengan penyakit itu.

Menteri Kesihatan, Magnus Heunicke berkata, langkah itu menandakan langkah baharu dalam memerangi penularan Covid-19 yang semakin melonjak.

Katanya , Denmark akan menawarkan dos keempat kepada rakyat yang paling berisiko terutama mereka yang didiagnos dengan penyakit serius yang sudah mendapat dos penggalak lebih awal.

"Mereka yang terbabit akan dihubungi pada awal minggu depan," katanya pada sidang media.

Beliau turut mengumumkan pembukaan semula institusi kebudayaan yang ditutup sejak Disember 2019 apabila 3,433 orang maut sejak pandemik itu melanda, menurut data rasmi dikeluarkan semalam.

Denmark yang mempunyai 5.8 juta populasi mencatatkan lebih 1 juta kes Covid-19 dengan lebih 90 peratus muncul kebelakangan ini disebabkan Omicron.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.059973 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list