View: 442|Reply: 0
|
Desakan Timbalan Menteri Ditukar Adalah Konspirasi Politik - Lian Ker
[Copy link]
|
|
Sebuah persatuan belia Cina menggesa Kerajaan Persekutuan dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong untuk melantik orang lain bagi menggantikan Datuk Seri Ti Lian Ker sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Sebelum ini, Sesetengah persatuan belia Cina dilaporkan tidak dapat bertemu dengan Lian Ker untuk berbincang mengenai penurunan had umur untuk pemimpim persatuan belia kerana timbalan menteri itu memberi alasan sibuk.
Kredit foto: WikiMedia
Lian Ker bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut, tetapi melihat kejadian itu sebagai konspirasi politik untuk mewujudkan isu baharu.
Berhubung perkembangan itu, Presiden Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia, Lau Choon Xian berkata, timbalan menteri yang lebih berkemampuan perlu dilantik untuk menggantikan Lian Ker.
Katanya, Lian Ker tidak pernah berjumpa dengan Persatuan Belia Xiang Lian walaupun persatuan itu merupakan pemimpin dalam Majlis Belia Malaysia.
“Timbalan menteri kurang pemahaman mengenai persatuan belia Cina dan tidak berusaha untuk memahami kami.
“Prestasinya jauh berbeza dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang lain dari MCA sebelum ini,” katanya dalam kenyataan yang dipetik Nanyang Siang Pau.
Menurutnya, adalah mengecewakan apabila tindakan persatuan bersuara untuk belia Cina ditafsirkan sebagai konspirasi politik.
Tambahnya, keadaan itu juga bermaksud sumbangan persatuan selama hampir 30 tahun telah dinafikan.
Sumber: MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
| |
|