View: 4426|Reply: 53
|
Remy Ishak belum ada tanda nak dapat anak...
[Copy link]
|
|
Remy Ishak belum ada tanda nak dapat anak...
Remy Ishak
Kuala Lumpur: "Apabila sudah mula bekerja, terfikir juga mengenai anak," kata pelakon Remy Ishak mengulas berkenaan kehadiran cahaya mata dalam rumah tangganya yang kini berusia lima bulan.
Remy, 39, yang berkahwin dengan usahawan, Ezza Yusof, 38, pada 21 Ogos lalu berkata, mendengar cerita pelakon Amyra Rosli yang memberitahunya cepat mendapat anak selepas kahwin membuatkan dia teruja.
"Saya sudah beberapa bulan kahwin tapi belum dapat tanda-tanda lagi. Terfikir juga macam mana nanti. Kami masing-masing sibuk.
"Apabila sudah mula masuk lokasi penggambaran, kawan-kawan sudah mula bertanya perkara ini. Mereka tanya saya bila tarikh kahwin dan bila saya beritahu, mereka kata takkan belum ada apa-apa? Pertanyaan mereka buat saya terfikir perkara ini," katanya yang ditemui pada sidang media "The Masked Singer Malaysia" musim kedua yang berlangsung di sebuah hotel, di sini, hari ini.
Remy yang bertindak sebagai juri program itu berkata, dia akan berbincang dengan isterinya selepas ini.
"Kami pun tak pernah bersembang perkara ini. Masing-masing sibuk dengan karier sendiri dan perancangan untuk tahun ini. Tak terfikir pula pasal anak.
"Nak pergi berbulan madu pun tak sempat lagi. Ingat hari itu nikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rasanya selepas itu sudah boleh pergi berbulan madu tapi sebenarnya tak kerana banyak sekatan dari segi dos penggalak vaksin dan lain-lain.
"Apabila sudah boleh pergi saya pula mula sibuk dengan kerja dan sebagainya. Jadi kami belum dapat lagi menikmati saat-saat manis," katanya.
Remy mengakui masih mahu pergi berbulan madu, namun jadualnya kini terlalu padat sehingga Jun depan.
"Kalau dari segi perhubungan itu saya rasa masih lagi biasa. Kami banyak meluangkan masa dengan kerjaya masing-masing. Sepatutnyanya kena ada masa untuk isteri tapi jadual tiada.
"Perancangan awal dulu lepas kahwin kami nak pergi umrah, tapi tak boleh kerana ada sekatan. Katanya bila sydah dapat dos penggalak baru boleh pergi.
"Saya tengok Kamal Adli dan Uqasha pergi umrah lepas kahwin boleh pula. Kenapa saya tak boleh? Apabila saya nak memohon pergi, jadual pula padat. Kemudian sekarang kita sudah tak dibenarkan buat umrah," katanya.
Remy mengakui buat masa ini memang tiada rezeki untuk mereka buat umrah, berbulan madu dan mendapat anak.
"Sekarang mungkin Allah sudah susun kami untuk kerja dahulu sehingga tiba waktunya," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... anda-nak-dapat-anak
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ritacomels at 12-1-2022 09:58 PM
@Nana_Man |
|
|
|
|
|
|
|
byk nya alasan ko bang remy.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak seribu daya..xnak cakap je |
|
|
|
|
|
|
|
Org lain dah bawa bini g umrah, baru kau nak terasa. Aritu bukan main poyo ckp xnk planning pasal anak dlm masa terdekat, skrg ko plak lebih2. Ni la cth lelaki ego dah bgn dr mimpi. |
|
|
|
|
|
|
|
Uishh...tak sangka bang wemy nk ckp bende2 privacy to public. Byk lak soalnya 'nape sy tak blh bla bla'
Nyampah... |
|
|
|
|
|
|
|
'Bulan madu pon tak sempatt', kate nyehhh.... ehh bang wemy ko gi getaway hotel sekinchan pon blh laaa...byk no alasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang lelaki umur 39 40 anak dah umur 10 12 tahun. Dia ni masih lagi perasan muda dan hawt. Nyampahlah. |
|
|
|
|
|
|
|
Lily_Elizabeth_ replied at 13-1-2022 06:50 AM
Orang lelaki umur 39 40 anak dah umur 10 12 tahun. Dia ni masih lagi perasan muda dan hawt. Nyampahl ...
Huhu betul tu semua tgh pening duk cari duit sbb anak dh masuk sek menengah belaka dah.
Hat nakal2 masa muda pun rata2 dah jd kaki mesjid.
Nak wat cemana jodoh dia sampai lambat tp yelaa baca artikel ni pun mcm byknya laa dia alasan itu la ini la
Iols ingat satu benda kalau takda masa kita kena buat masa.Takleh asik duk kata takde masa takde masa.
So stop beralasan, umur bukan muda lagi dah kalau serius nak anak buatla apa yg patut.
Kalau mmg tanak haa teruskan laa mengejar mimpi yg lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak spesis yg akan salahkan pihak lain ni |
|
|
|
|
|
|
|
Melepas.......sob sob sob
[youtube]svF_Uiolmx0[/youtube]
|
|
|
|
|
|
|
|
Heran dia boleh cakap bab gini di socmed
Bab honeymoon tu apo tang susah ..tak pergi oberseas pun boleh, gi Menilai 2 orang pun dah boleh enjoy..lainlah hangkut satu rombongan makcik kiah |
|
|
|
|
|
|
|
Moga dipermudahkan urusan.
Yang perempuan pun bkn muda lagi. Normal pasangan terutamanya perempuan kahwin mesti nak anak. So i rase statement awal2 tk plan utk anak sbb tk nk pressure wife. Tp bila dah 5 bln, automatik terasa tekanan tu bila org asyik tanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan2 dia yg bertanya tu patut disumbat tahik lembu je dalam mulut dorang
Ada ke tanya hal peribadi org camtu
Tak fikir perasaan isteri remy ke
Yg lelaki mgkin kurang terasa tp bila isteri dpt tau kwn2 suami sebok tanya cmtu mesti tersentap di sudut hati nya
Hal anak zaman skrg ni x payahlah kita nk sebok sgt tanya2
Mmg dh tau yg kawin elok2 kaya , susah sgt nk dpt anak skrg , yg tak kawin pstu miskin tu senang2 beranak pastu buang kt bawah flat cm kes baru ni
|
|
|
|
|
|
|
|
baru kawen 5 bulan..orang yang nanya pun, sibuk benar..ada la rezekinya nanti |
|
|
|
|
|
|
|
kalau hari2 projek lekat juga takyah nak tunggu bulan madu |
|
|
|
|
|
|
|
So something sungguh alasan ko ni bam wemy
kat umah tido asing keee acane
lantakkkm kome lerrr
yang nanye punnn sibok bebenoooo celah fooki tote nyaaa |
|
|
|
|
|
|
|
banyak nau alasan heolls.. dah kenapa kamal uka masuk sekali dalam ini cerita |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa nak tunggu honeymoon baru boleh proses anak? kat rumah pun boleh kan..hahah |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai tiga orang artis Remy sebut, Amyra Rosli, Uqa & Kamal. |
|
|
|
|
|
|
| |
|