CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 732|Reply: 8

[Tempatan] 5 penunggang motosikal ditahan bawa motor ala zig zag mcm org kena ganja dalam perjalanan makan nasik ganja

  [Copy link]
Post time 12-1-2022 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Hulu Selangor: Hajat sekumpulan penunggang motosikal ingin makan nasi ganja di Ipoh, Perak, tidak kesampaian apabila mereka ditahan selepas berlumba di Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini, semalam.

Difahamkan, lapan lelaki berusia 18 hingga 25 tahun itu menunggang motosikal dari Kuala Lumpur pada mulanya ingin makan di sebuah restoran di Sungkai, namun mengubah fikiran sebelum menuju ke Ipoh, Perak untuk menikmati nasi ganja.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, bagaimanapun pada 12 tengah hari, pasukan yang membuat pemantauan melihat aksi sekumpulan penunggang motosikal yang bersaing sesama sendiri, menundukkan badan aksi zig zag.

Mereka melakukan aksi berkenaan dari Kilometer (KM) 402 sehingga ke KM 397 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.

Menurutnya, polis kemudian menahan lima lelaki ketika mereka berhenti sebuah stesen minyak di Hentian Sebelah Tanjung Malim, sementara tiga lagi lelaki ditahan ketika berhenti di bahu jalan di KM 395.5.

Pemeriksaan ke atas ketiga-tiga penunggang terbabit mendapati mereka tidak memiliki lesen memandu kelas B2.

"Mereka bersama motosikal kemudian dibawa ke Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes turut disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sebanyak 50 saman dikeluarkan ke atas mereka atas pelbagai kesalahan trafik.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/01/798288/kempunan-makan-nasi-ganja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2022 05:54 PM | Show all posts
Bila dah ramai mulalah masing2 nak tayang kepakaran tapi silap tayang ditempat yang salah.  Eloknya masuk sarkis kurang2 buat show dapat bayaran.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
mohon dikenakan sekurang kurangnya 1 sebatan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Cara bwk motor kena plk dgn tujuan nk gi mkn nasi
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka. Bahayakan org lain. Kalau sendiri mampos, tak apa la
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Kedei nasik ganja memang betoi2 depan balei polis..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2022 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia org tgh membayangkan kenikmatan semasa tgh melantak nasi ganjar tu .hahaha.. Motor kecik dgn gaya motor kecik..yg motor beso gan lagak motor beso.. knp polis x saman motor beso konvoi..menyampah aku dgn Marshall dia.. kita pulak kn bg jalan ke dia..mmg tak la...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
So ubah fikiran untuk disaman la ye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2022 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Bekukan lesen motor dan semua kenderaan selama 3 tahun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.206541 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list