CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1037|Reply: 2

[Johor] Kerabu bronok Sungai Muar

[Copy link]
Post time 12-1-2022 05:19 PM | Show all posts |Read mode

SAMPEL bronok yang diperolehi dari muara Sungai Muar. FOTO Ihsan UTHM

Muar: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menjalankan kajian terhadap timun laut daripada keluarga besar gamat dikenali sebagai bronok yang ditemukan di Sungai Muar.

Ketua penyelidik kajian berkenaan, Dr Kamarul Rahim Kamarudin berkata, kajian yang dijalankan melalui Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FSGT) bersama saintis rakyat terkenal, Mohd Ilham Norhakim Lokman.

"Selain itu, UTHM berusaha membantu komuniti nelayan dan peniaga makanan tempatan dengan memperkenalkan juadah istimewa berasaskan gamat Sungai Muar iaitu kerabu bronok.

"Bronok atau nama saintifiknya 'Acaudina molpadioides' juga dikenali sebagai kentang laut kerana bentuknya seperti ubi kentang yang tumbuh di ekosistem laut," katanya dalam kenyataan.

Kamarul berkata, terdahulu kerabu bronok yang juga disebut sebagai 'Salad Timun Laut (Sea Cucumber Salad) dalam kalangan pelancong luar negara menjadi daya tarikan tambahan di Pulau Langkawi.

"Juadah kerabu bronok dianggap mengandungi khasiat yang seakan sama seperti gamat emas yang menjadi bahan utama dalam penghasilan produk tradisional berasaskan gamat yang dapat membantu penyembuhan luka serta rejuvenasi.

"Populariti kerabu bronok di Pulau Langkawi mencetuskan idea untuk memperkenalkan juadah kerabu bronok di Muar selepas mendapat maklumat terkini mengenai kehadiran spesis itu di muara Sungai Muar.

"Berdasarkan pemerhatian pada ciri luaran atau kajian sampel bronok yang diperoleh dari muara Sungai Muar, ternyata ia amat mirip dengan ciri Acaudina molpadioides dan juga bahan utama kerabu bronok yang digunakan di Pulau Langkawi," katanya.

Katanya, bagi memastikan bahawa spesis timun laut itu adalah benar-benar bronok, pengekstrakan osikel atau tulang kecil daripada tisu sampel dilakukan untuk mengenalpasti bentuk yang terkandung seterusnya membuat rumusan tentang status spesis.

"Kaedah penjujukan DNA juga akan dijalankan untuk mendapatkan kesimpulan akhir tentang status spesis sampel berkenaan.

"Memandangkan Muar terkenal dengan beberapa jenis makanan tempatan yang unik termasuk juadah berasaskan tiram, maka pengenalan kerabu bronok sebagai menu tambahan dijangka akan merancakkan lagi sektor pelancongan tempatan.

"Dengan memperkenalkan dan mempopularkan kerabu bronok di Muar, orang ramai akan mempunyai tambahan satu destinasi pilihan untuk menikmati juadah kerabu bronok iaitu Muar di bahagian selatan Semenanjung Malaysia," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2022 10:43 PM | Show all posts
Dah penah makan ke matt?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
First time dengar juadah ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.042406 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list