CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1088|Reply: 7

Tiga Bulan Tak Bayar Gaji Pemain, Presiden Melaka United Kena Setepek Dengan TMJ

  [Copy link]
Post time 12-1-2022 02:01 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pasukan Melaka United ditegur 'setepek' oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung tunggakan gaji yang membelenggu pasukan itu sejak Oktober lalu.


Tunku Ismail yang juga Penaung Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) memberi menegur secara 'direct' dan meminta agar Presiden Melaka United, Datuk Seri Sulaiman Mohd Ali menyelesaikan tunggakan tiga bulan itu secepat mungkin.


Menerusi satu perbualan whatsapp yang dikongsikan oleh pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu di laman Story Instagram miliknya menyaksikan Tunku Ismail mahu isu berkenaan diselesaikan.






Foto: Harian Metro




Katanya, tunggakan membabitkan seluruh anggota skuad Hang Tuah musim lalu itu tidak baik untuk imej pasukan berkenaan selain pemain menjadi mangsa keadaan.


"Salam Datuk, saya harap Datuk dalam keadaan sihat. "Datuk pasukan Melaka tidak bayar gaji pemain sudah tiga bulan. Tak bagus untuk 'image' integriti pasukan Melaka dan juga kebajikan, serta 'welfare players'. Tolong selesaikan isu ini Datuk. Terima kasih," kata Tunku Ismail kepada Sulaiman.


Teguran itu kemudiannya disambut dengan nada positif apabila Sulaiman yang juga Ketua Menteri Melaka berjanji akan menyelesaikan tunggakan itu.


"Wassalam Tunku. Semoga Tunku sentiasa di bawah rahmat Allah SWT. Insya Allah patik akan usahakan perkara ini sebaik mungkin. Terima kasih," balas Sulaiman.



Menerusi laporan Arena Metro hari ini, majoriti anggota skuad Melaka United musim lalu kini menjadi buruan bank selepas hampir tiga bulan tidak menerima sebarang gaji sejak Oktober, tahun lalu.


Mungkin ia agak mengejutkan namun itulah senario sebenar yang berlaku dalam kem Melaka United ketika ini apabila skuad yang mara hingga ke separuh akhir Piala Malaysia musim lalu itu diburu pihak bank ekoran kegagalan menjelaskan komitmen bulanan.


Situasi perit itu diakui sendiri beberapa bekas pemain Melaka United musim lalu termasuk penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang kini diburu pihak bank selepas tidak dibayar gaji sejak beberapa bulan lalu.


Selain itu, PFAM turut mengesahkan sudah menghantar notis tuntutan agar tunggakan diselesaikan sebelum 19 Januari ini. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2022 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Shopping time .....

Dah kenal benar peel .....

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 03:31 PM | Show all posts
malaysia ni tak layak main liga pro,
gaji pun tak mampu bayar.

elok downgrade semi pro,
pagi keje macam biasa, petang2 training bola,
weeken game lawan team lain.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 04:55 PM | Show all posts
Ramai orang hentam tmj, tapi dia juga yang berani ketengahkan isu gaji pemain ni. Yang kelakar, fan state pun bantai tmj suruh padahal secara tak langsung apa yg tmj buat tu membantu stabilise team.  Keadaan liga kita sama je dgn liga lain, ada team kaya ada team miskin.. so buat apa nak marah jdt bayar gaji mahal atau rembat pemain lain… sama je league lain bayern tak habis2 sakau player dortmund. Player tu pekerja.. kalu gaji tak bayar 3 bulan kejadah amenda nak cerita kesetiaan pada team…
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Melaka ni harapkan kilang besar nak kena taja....time PKP kilang tak manyak untung        (kateyer)....baguslah kalau tmj sound pon....kalau kita ni bos lambat bayar gaji satu hari pon kita bising wasap HR..3 bulan takkan nak tunggu bai...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tokey pasir xmo sponsor ka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2022 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by haruslah at 12-1-2022 09:14 PM

Xpenah pulak dgr cerita manager x dpt gaji, presiden kelab x dpt gaji
Yg selalu x dpt, player jer kan

Sponsor dah tentu siap bajet utk semusim nye team. Tapi mana pegi nya?

Liga mlaysia ni overated. Gaji overpaid. Pdhal tahan bola pon semeter pegi nya
Gi bnding dgn liga eropah mmg jauh la wpun kat sana ade team kaya semekin. Tp national team diorg mantopppp
Ni x, jamu player gaji mahal dok seat recaro jer. Player nk pi main luar pun xnk sbb dok malaysia pun boleh pakai mustang.

Btw, xde pulak presiden MUSA dpt mekdi ek...xde lak ig berjela²
P/s: perrrrrmainnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 03:05 PM | Show all posts
Bagus TMJ ni ampon tuanku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.479178 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list