CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 785|Reply: 2

"Kesian Dia," Netizen Terhibur Zizan Mengusik Lelaki Suka Melatah

  [Copy link]
Post time 12-1-2022 10:51 AM | Show all posts |Read mode

Sumber: Tiktok bella_zizan8693



Nama Zizan Razak bukanlah baru dalam industri hiburan tanah air. Sebagai seorang pelawak, penyanyi dan pelakon, telatahnya selamba dan spontan sering membuatkan ramai netizen terhibur menyaksikannya.






Sumber: Google Image


Zizan Razak juga seorang selebriti yang cukup merendah diri dan tidak sombong. Baru-baru ini satu video yang memaparkan Zizan mengusik member melatah telah mencuri perhatian netizen.






Dalam video pendek tersebut kelihatan Zizan Razak sedang berjalan bersama seorang lelaki yang tidak dikenali. Namun apa yang membuatkan netizen terhibur apabila Zizan tiba-tiba menjerit dengan tujuan untuk membuatkan lelaki tersebut terkejut.



Tidak cukup dengan itu sempat juga Zizan mengusiknya sepanjang jalan sehinggakan lelaki ini melatah. Paling tak dapat dilupakan, lelaki ini sampai menumbuk dinding dengan tangannya gara-gara terkejut dengan usikan Zizan tersebut. Berikut adalah perkongsian rakaman Zizan mengusik member melatah ini:



Perkongsian video Zizan mengusik member melatah ini telah mendapat lebih 100 ribu tontonan dan 10 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur menyaksikan rakaman yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun bella_zizan8693. Di ruangan komen, warganet meninggalkan reaksi mereka itu seperti berikut:








Sumber: Tiktok bella_zizan8693



Ada-ada sahaja Zizan ni kan? -CARI





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2022 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat2 melatah mcm ni kelakar ke..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 12:54 PM | Show all posts
x natural.. dibuat2.. x kelakar lgsung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.061798 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list