CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 446|Reply: 1

[Sabah] Penduduk Kampung Mohon Jambatan Gantung Berusia Lebih 30 Tahun Diganti

[Copy link]
Post time 12-1-2022 08:17 AM | Show all posts |Read mode


Beberapa murid Sekolah Kebangsaan Sibuga Besar menggunakan jambatan gantung Nelayan Tengah yang usang bagi menghadiri sesi persekolahan hari ini.

SANDAKAN : Jambatan gantung Sungai Batang yang berusia lebih 30 tahun di Kampung Nelayan Tengah dekat sini perlu digantikan dengan jambatan lebih kukuh untuk kegunaan penduduk terutama pelajar.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sungai Manila Isgau Abdullah berkata jambatan sepanjang 150 meter itu telah usang dan dinaik taraf daripada bahan kayu sepenuhya kepada struktur sokongan konkrit serta jaringan dawai dengan laluan berkayu kira-kira 20 tahun lepas.

“Peruntukan RM100,000 untuk membaik pulih jambatan ini telah dimohon dan diproses oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) pada 28 Nov lepas tetapi dengan keadaan sekarang, jumlah itu sudah tidak memadai, mungkin perlu sekitar RM500,000 untuk membina jambatan baharu yang lebih kukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menyertai gotong-royong membaiki jambatan itu bersama penduduk kampung hari ini.

Semalam, tular gambar oleh Bernama mengenai pelajar yang memulakan sesi persekolahan berdepan bahaya kerana terpaksa melalui jambatan itu untuk ke sekolah sekali gus mengundang simpati warganet yang meminta pihak berwajib membaikinya dengan segera.

Isgau berkata buat sementara, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila Mokran Ingkat dan ADUN dilantik Datuk Suhaimi Nasir, yang juga Ketua UMNO Bahagian Libaran, telah menyalurkan dana untuk menggantikan kayu yang patah serta tercabut di jambatan itu.

Beliau berkata kira-kira 90 peratus penduduk Kampung Nelayan Tengah dan Kampung Pampang menggunakan jambatan itu sebagai laluan utama untuk ke Sekolah Kebangsaan Sibugal Besar, bersolat jumaat di Masjid Nurul Hidayah dan menaiki bas awam di Kampung Sibugal Besar.

Katanya jurutera Unit Penyelarasan Pelaksanaan dan jurutera MPS dijadual meninjau jambatan itu Khamis ini serta membuat penilaian semula berdasarkan peruntukan RM100,000 yang telah dimohon.

Penduduk Kampung Nelayan Tengah, Hajiril Hajid, 62, meskipun bersyukur kerana belum pernah berlaku insiden yang tidak diingini namun meminta kerajaan mengambil tindakan segera kerana keadaan semasa jambatan itu boleh mengundang bahaya kepada pengguna.

“Antara perkara yang merisaukan ialah keadaan sungai ini yang mempunyai buaya. Kita tidak mahu ada insiden membabitkan haiwan ganas itu lebih-lebih lagi jambatan ini sering digunakan anak-anak untuk ke sekolah,” katanya yang juga seorang nelayan.

Pesara tentera, Azman Beddu, 44, dari kampung sama pula berkata langkah berhati-hati yang terpaksa diambil oleh pelajar ketika melalui jambatan itu juga telah menyebabkan mereka selalu lambat ke sekolah.

“Kami juga tidak ada masjid dan jambatan inilah yang membolehkan kami menunaikan solat Jumaat di Kampung Sibugal Besar,” katanya.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa kabel di bahagian bawah jambatan itu telah putus manakala kayu yang dipasang di sepanjang laluan patah atau tercabut dan hanya disokong oleh jaringan dawai.

Semasa dinaik taraf kira-kira 20 tahun lepas, jambatan itu mampu menampung berat sehingga 1,000 kilogram pada satu-satu masa. – BERNAMA


sabahpost.net/2022/01/12
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2022 12:04 PM | Show all posts
Jambatan 30thn pun xboleh tukar. Aiyoh mp tido ke?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.391651 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list