CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 445|Reply: 0

Budak 5 Tahun Maut, Bayi Cedera Bom Meletup Dalam Bas

[Copy link]
Post time 12-1-2022 12:47 AM | Show all posts |Read mode
Seorang kanak-kanak terbunuh dan enam cedera apabila satu bom meletup dalam sebuah bas awam di selatan Filipina, semalam.


Sehingga kini, tiada kumpulan militan tampil mengaku bertanggungjawab atas insiden yang berlaku, lapor AFP.




Kredit foto: benarnews




Menurut polis, letupan itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan di lebuh raya di Cotabato City.


Jurucakap polis di pekan Aleosan, Randy Hampac berkata, bom tersebut dipercayai diletakkan dalam bas berkenaan.


“Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terkorban dalam kejadian itu, manakala enam lagi cedera termasuk bayi berusia lima bulan,” katanya.


Laporan polis memaklumkan seorang daripada mangsa ternampak seorang penumpang lelaki meninggalkan sebuah ‘bagasi’ di dalam bas itu sebelum dia turun di satu hentian.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.079940 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list