CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 576|Reply: 1

Anda Berdepan Saman Jika Jaja Atau Beli Di Persimpangan Lampu Isyarat

[Copy link]
Post time 12-1-2022 12:45 AM | Show all posts |Read mode
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan bertegas mengenakan tindakan saman terhadap peniaga dan pembeli yang terlibat aktiviti menjaja di persimpangan lampu isyarat dan jalan raya di negeri ini tanpa sebarang kompromi.


Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, tiada lagi amaran selepas ini memandangkan perbuatan tersebut boleh mengundang risiko kemalangan jalan raya selain program advokasi terhadap peniaga atau penjaja jalanan telah diadakan sebelum ini bagi memberi peringatan.





Antara penjaja jalanan yang diberi amaran ketika program berkenaan, petang tadi.




“Ini program advokasi dan amaran terakhir kita. Setakat ini, tiada lagi laporan kemalangan melibatkan penjaja jalanan, namun kita terima rungutan orang awam yang mana kehadiran penjaja ini menganggu aliran trafik.


“Ia bukan saja berlaku di Seremban tetapi juga di Port Dickson terutama di lokasi lampu isyarat yang banyak kenderaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Advokasi Penjaja Jalanan di Jalan Rasah, di sini petang tadi.


Jelas beliau, merujuk kepada Kaedah 10A(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, tiada sesiapa pun boleh menjual atau menawarkan untuk menjual benda ataupun barang kepada mana-mana orang yang berada di dalam atau di atas kenderaan di persimpangan jalan atau mana-mana jalan raya.


Tambah beliau, bagi Kaedah 10A(2) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 pula menyatakan tiada sesiapa pun yang berada di dalam atau di atas kenderaan boleh membeli benda atau barang daripada mana-mana orang di persimpangan jalan atau mana-mana jalan raya.


“Bagi kesalahan tersebut, penjual atau penjaja dan pembeli boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan,” katanya.




Sumber: K! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2022 08:30 AM | Show all posts
ni betul la bawah bidang kuasa dia

tp majlis, jkm, pdrm celik mata la sket

rohingya pun bersepah2 sama naik kat trafik light
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.057562 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list