CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 458|Reply: 0

Makan kari untuk elak nyanyuk

[Copy link]
Post time 11-1-2022 11:59 PM | Show all posts |Read mode


TOKYO – Satu kajian terbaharu menunjukkan tabiat memakan hidangan kari tradisional Jepun dapat membantu mengurangkan risiko menghidap penyakit nyanyuk, lapor portal SoraNews24, kelmarin.

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Tokyo dan Universiti Nishogakusha mengumpulkan data seramai 2,000 individu berusia 50 tahun dan ke atas dengan mereka dibahagikan kepada dua kumpulan.

Kumpulan pertama ialah mereka yang kerap memakan kari,  manakala  kumpulan kedua terdiri daripada individu yang jarang menikmati hidangan lazat tersebut bagi tempoh setahun.

Setiap responden kemudian  diberikan  penilaian risiko demensia (nyanyuk) , manakala  skor relatif mereka dibandingkan.

Kumpulan penyelidik itu berkata, hasil kajian mendapati wujud  kaitan  kukuh antara markah ujian mereka dengan kekerapan memakan kari dalam jangka masa panjang.

Mereka  yang makan kari kurang sekali dalam setiap bulan mendapat markah  1 untuk risiko demensia, manakala  mereka yang memakannya sebulan sekali menyaksikan risiko tersebut turun kepada 0.834.

Individu yang memakan kari dua atau tiga kali dalam tempoh sebulan menyaksikan risiko dementia  terus menurun kepada 0.754 dan risiko 0.718 mata  bagi individu yang memakan kari empat kali sebulan atau lebih kerap.

Korelasi sedemikian tidak dapat ditemui pada individu yang memakan kari pada frekuensi sama ini dalam tempoh kurang setahun.

Namun begitu, pakar-pakar  berpendapat kajian lebih mendalam diperlukan bagi mengesahkan kaitan antara tabiat memakan kari dan pengurangan risiko mendapat penyakit nyanyuk. – Agensi


kosmo.com.my/2022/01/11

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.060018 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list