CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 352|Reply: 0

[Sarawak] Usaha daftar eKasih diperhebat

[Copy link]
Post time 11-1-2022 11:50 PM | Show all posts |Read mode


DATU Len Talif Salleh

SARIKEI: Pusat Masakan Kemas (PMK) yang ditubuhkan pada Disember 1994 kini telah mempunyai seramai 87 ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan umur.
Pada awal penubuhannya, PMK ditubuhkan di Jalan Pengiran Kadir dan kemudiannya berpindah ke Kampung Baru Seberang Sarikei pada tahun 2003.

Menteri Muda Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datu Len Talif Salleh berkata, PMK berperanan sebagai platform untuk mengasah bakat dan minat penduduk dalam bidang kulinari.

“Selain itu, ia berperanan penting untuk memperkasakan ekonomi penduduk yang berminat dalam bidang ini.

“Kewujudan PMK merupakan inisiatif kerajaan dalam dalam mencungkil kemahiran memasak di samping membantu menjana pendapatan melalui bidang kulinari,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui para pemberita selepas menghadiri menghadiri jamuan Hi Tea bersama ahli PMK di sini, kelmarin.

Tambahnya, sokongan kepada PMK akan sentiasa diteruskan oleh kerajaan yang yakin dengan kemampuan PMK dalam membantu menganjakkan lagi sektor ekonomi golongan wanita.

“Kerjaya sebagai tukang masak sebenarnya membuka peluang dalam pelbagai indusri yang berkaitan termasuk restoran, perhotelan dan pelancongan.

“Disamping itu, mereka juga berpeluang meningkatkan kemahiran memasak, memiliki perniagaan berasaskan makanan, produk masakan atau menjadi tenaga pengajar profesional,” ujarnya.

Di jamuan tersebut juga, Len Talif turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 dan 60 buah kerusi bagi membantu aktiviti PMK.


January 10, 2022
Utusan Sarawak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.049899 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list