CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21255|Reply: 124

[Jenayah] Berita malam seram:Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat.saja nak test katanya

  [Copy link]
Post time 11-1-2022 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Polis masih sedang menyiasat dakwaan seorang hakim mengaib kehormatan seorang wanita di rumahnya.

Ketua Polis Ampang, Mohamad Farok Eshak berkata Timbalan Pendakwa Raya kembalikan semula kertas siasatan kepada penyiasat untuk mendapatkan maklumat tambahan.

FMT tidak menamakan hakim berkenaan sementara menunggu komennya.

Menurut laporan polis yang dilihat FMT, kejadian dikatakan berlaku pada Ogos 2020. Pengadu membuat laporan pada Disember lepas.

Pengadu, seorang wanita berusia 57 tahun, mendakwa hakim berkenaan pada suatu malam Ogos 2020 datang ke rumahnya ketika suaminya terlantar sakit dan mohon dibenarkan menumpang bilik tidur untuk solat.

Pengadu merasakan hakim itu berada terlalu lama dalam bilik dan apabila diperiksa mendapati dia sedang tidur atas katil dalam keadaan bogel.

Pengadu mendakwa hakim itu meninggalkan rumahnya pada 3 pagi, dan sebelum pergi sempat mendakwa dia berbogel di bilik berkenaan untuk ‘menguji’ pengadu.

Polis mengesahkan laporan dibuat. FMT

Related collections:

  • · hakim|Threads: 1, Subscribe: 0
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2022 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama takde ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa suruh kau buka pintu dan periksa.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 08:45 PM | Show all posts
ooooo dah lama dah baru teringat nak lapor ye
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 11:15 PM | Show all posts
aper cerita nie....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2022 11:18 PM | Show all posts
sholat atas katil ka sis...

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 11:21 PM | Show all posts
Mende jadi Ogos.
Adekah
1 Baru report?
2 Polis baru nk buat siasatan setelah beberapa bulan?
3 FMT baru nk buat artikel setelah beberapa bulan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2022 11:31 PM | Show all posts
Edited by Friska at 11-1-2022 11:43 PM

Suami saya bilang korban adalah datin, istri kepada mantan CEO prolintas. Saya tanya namanya siapa, saya dimarahi malah. Jadi sedih saya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 11:37 PM | Show all posts
Edited by Friska at 14-1-2022 06:37 PM

Oh ya, tersangka adalah Ketua Hakim Mahkamah Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

UPDATE:

Dakwaan hakim ‘berbogel’, polis panggil 5 saksi
FMT Reporters -January 13, 2022 3:00 PM

PETALING JAYA: Polis dalam proses merakam percakapan lima saksi berhubung kes seorang hakim kanan yang didakwa “berbogel” di bilik tidur wanita yang sudah bersuami.

Sehingga kini polis mengambil keterangan daripada tiga saksi bagi membantu siasatan kes itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, semua individu itu akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk dirakam keterangan.

“Setakat ini kita sudah merakam keterangan tiga individu, iaitu wanita yang juga pengadu dan anaknya serta hakim yang dilaporkan.

“Keterangan mereka adalah penting untuk siasatan kes ini sebelum ia dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Semalam Farouk memaklumkan, hakim kanan itu membuat laporan balas menyatakan dakwaan wanita berkenaan adalah tidak benar dan palsu.

“Siasatan masih dijalankan dan segala bukti yang ada sedang dikumpulkan bagi membantu melengkapkan siasatan kes ini,” katanya.

Beliau berkata, laporan balas hakim itu dibuat beberapa hari selepas wanita terbabit membuat laporan polis berkaitan kejadian yang didakwa berlaku pada Ogos tahun lalu.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan,” katanya.

Selasa lalu, polis Ampang Jaya mengesahkan sedang menyiasat seorang hakim kanan selepas didakwa mengaib kehormatan seorang wanita di rumahnya.

Menurut laporan polis yang dilihat FMT, kejadian dikatakan berlaku pada Ogos 2020. Pengadu membuat laporan pada Disember lepas.

Pengadu, seorang wanita berusia 57 tahun, mendakwa pada satu malam pada Ogos 2020 hakim berkenaan datang ke rumahnya ketika suaminya terlantar sakit dan mohon dibenarkan menumpang bilik tidur untuk solat.

Pengadu kemudian mendapati hakim berkenaan berada terlalu lama dalam bilik dan apabila diperiksa mendapati dia sedang tidur di atas katil dalam keadaan bogel.

Pengadu mendakwa hakim itu meninggalkan rumahnya pada 3 pagi dan sebelum pergi sempat mendakwa dia berbogel di bilik berkenaan untuk “menguji” pengadu.
'Syor Ketua Pengarah JKSM direhatkan hingga siasatan selesai'
Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi - Januari 14, 2022 @ 12:25pm

KUALA LUMPUR: Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) mencadangkan supaya Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, direhatkan sementara sehingga siasatan selesai.

Presiden PPSM, Ibrahim Deris, berkata ia susulan pendedahan oleh seorang bekas pemimpin UMNO di laman Facebook pada 10 dan 13 Januari.

"Justeru bagi mengelakkan hal tersebut terus memburukkan imej Institusi Kehakiman Syariah adalah wajar pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil tindakan sewajarnya supaya beliau direhatkan sementara sehingga siasatan ke atasnya sempurna berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 .

"Hal ini juga akan memudahkan pihak berkuasa melaksanakan siasatan dan kebenaran akan segera terserlah.

"PPSM mendokong prinsip berani kerana benar dan yang salah tetap perlu menerima penghakiman yang seadilnya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ibrahim berkata, PPSM memandang serius pendedahan pada 10 Januari lalu dan beberapa laporan media berkaitan tuduhan jenayah moral terhadap Ketua Pengarah JKSM.

Oleh itu katanya, PPSM meminta ahli dan orang ramai supaya bertenang dan sabar menunggu siasatan serta tindakan pihak berkuasa yang sedang bertungkus lumus menangani isu ini.

"PPSM sedar ramai ahli yang berasa terkejut apabila mendengar pendedahan isu ini kerana jika tuduhan itu benar ia amat bertentangan dengan Adabul Qhadi (Etika Hakim) yang wajib diamal dan dipertahan semua hakim syarie.

"PPSM menerima maklum balas bahawa ahli PPSM juga sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan KP JKSM apabila status moral peribadinya menjadi bahan pertikaian di khalayak ramai yang boleh menyebabkan Institusi Kehakiman Syariah dipandang rendah oleh masyarakat," katanya.

Ibrahim berkata, PPSM juga amat terkejut dengan pendedahan video terbaru semalam apabila laporan polis pengadu yang menyatakan seperti berikut.

"Dia (KP JKSM) juga telah memaklumkan bahawa dia boleh mengatur hakim khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur bagi memenangkan sesuatu kes tuntutan seseorang"

"Kenyataan ini amat berbahaya bagi seorang ketua tertinggi Institusi Kehakiman dan merupakan penyalahgunaan kuasa serta boleh menyebabkan keadilan keputusan kes mahkamah diragui," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 11:39 PM | Show all posts
pelik2 je
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejadian ogos 2020 dgn report dec 2021 mcm jauh sgt je. Cinta tak kesampaian kah?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
watak2 dlm cerita ni usia emas blake ke?
trauma nenek tu tau
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah boley angkot ke Tanjong Rambutan dah hakim gile ney..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 11:58 PM | Show all posts
Edited by Friska at 13-1-2022 01:20 PM

Suami bilang, kasus ini lebih luar biasa dari kasus Ebit Liew karena ini bukan kasus pertama, sudah ada 3 korban dan mantan Mufti Terengganu juga pernah bikin laporan polis sebelumnya yaitu April 2021, malangnya kasus didiamkan. Suami ndak mau kongsi lebih banyak karena kasus masih dalam pengusutan.

Laporan polis dari mantan Mufti Terengganu






Laporan polis dari tersangka


Berbogel: Hakim dakwa wanita buat laporan palsu
Januari 12, 2022 @ 5:08pm

Kuala Lumpur: Hakim Mahkamah Syariah, yang dilaporkan mencabul kehormatan seorang wanita yang sudah berkahwin pernah membuat laporan balas terhadap wanita terbabit, Disember lalu.

Laporan balas itu menyatakan bahawa apa yang dilaporkan oleh wanita terbabit dalam laporan polis yang dibuatnya mengenai kejadian hakim berkenaan berbaring dalam keadaan bogel di rumahnya yang berlaku pada Ogos 2020 itu sebagai palsu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad farouk Eshak, berkata laporan oleh hakim berkenaan dibuat beberapa hari selepas wanita itu membuat laporan polis.

"Pada masa ini kami sedang menjalankan siasatan lanjut dengan memanggil saksi-saksi yang berkemungkinan mempunyai maklumat lebih lanjut sekali gus dapat membantu siasatan dijalankan.

"Setakat ini pihak polis juga sudah merakam percakapan wanita berkenaan serta beberapa saksi lain namun ia tidak dapat dijelaskan secara terperinci bagi mengelak siasatan terganggu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohamad Farouk, berkata pada masa ini pihaknya sedang meneliti siasatan kes ini dari semua sudut.

"Untuk peringkat awal siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, berhubung kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan," katanya.
Dakwaan gangguan seksual: Hakim syarie kata ada konspirasi
Hariz Mohd Diterbitkan:  Jan 12, 2022 6:34 PM

Hakim kanan yang terpalit dalam dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita yang sudah berkahwin mendakwa terdapat konspirasi oleh beberapa individu dalam Jabatan Kehakiman Syariah untuk menjatuhkannya.

Ini menurut laporan polis yang dibuat hari ini oleh hakim Mohd Na'im Mokhtar (gambar atas), yang adalah Ketua Pengarah jabatan itu dan juga Ketua Hakim Syarie Malaysia.

Dalam laporannya, Na'im "menafikan sekeras-kerasnya" dakwaan bahawa dia melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di rumahnya seperti yang didakwa.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan wanita itu dan saya telah membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasatnya kerana membuat laporan polis palsu, yang didalangi beberapa individu yang mahukan jawatan saya serta cuba menjatuhkan saya.

“Saya telah memberikan kerjasama kepada polis dalam siasatan mereka, dan menyerahkan nama individu yang masih berkhidmat di jabatan di bawah arahan saya,” kata hakim itu dalam laporan polisnya.

Na'im juga mendakwa bahawa ini bukan percubaan pertama untuk menjatuhkannya. Katanya, sebelum ini, individu yang sama cuba mengaitkannya dengan seorang wanita lain tetapi ini dikatakan tidak berjaya.

Dilaporkan polis telah memulakan siasatan terhadap seorang hakim kanan yang didakwa berbaring dalam keadaan berbogel di dalam bilik tidurnya pada 2020.

Menurut laporan berita, kejadian didakwa berlaku pada Ogos 2020 ketika hakim berkenaan melawat rumah wanita itu, yang tinggal bersama suaminya.

Hakim itu pada bulan yang sama membuat laporan balas polis, mendakwa wanita berkenaan telah membuat laporan polis palsu terhadapnya.

Saman fitnah

Sementara itu, peguam Akberdin Abdul Kader yang mewakili Na'im memberitahu Malaysiakini bahawa hakim itu juga akan menyaman ahli politik Lokman Noor Adam atas tuduhan memfitnah.

Bekas pemimpin Umno itu didakwa menyerang kredibiliti Na'im berhubung kes berkenaan dalam klip video yang telah tular di media sosial.

“Anak guam saya akan saman Lokman Adam kerana memfitnah.

"Surat saman akan dikeluarkan kepada Lokman oleh firma guaman saya esok," kata Akberdin.

Dalam laporan polis hari ini, Na'im berkata tuduhan Lokman terhadapnya telah mencemarkan imej dan integritinya.

Hakim itu berkata bahawa Lokman berniat jahat dan telah melakukan fitnah jenayah terhadapnya.

"Sepatutnya Lokman mendapatkan cerita daripada kedua-dua pihak dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.

"Malangnya, dia membuat tindakan melulu dengan membuat dakwaan serius terhadap saya sedangkan semua yang dia katakan itu adalah tidak benar," kata Na'im.


Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Berbau ikan sangat laaa takpela tunggu jela berita yg selanjutnyaa.

Apa motif hakim bogel dlm bilik? Hakim tu berseorangan kah?
Datang umah orang numpang solat isyak kah? Sbb jam 3 pg baru kuar umah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2022 07:34 AM | Show all posts
masih muda / lawa ka wife CEO tu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 07:35 AM | Show all posts
For educational purposes katanya
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 07:43 AM | Show all posts
ke kantoi onani atas katil hehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 07:48 AM | Show all posts
kenapa biar org tumpang solat kt bilik tidur? kalau iols mesti suruh pergi ke surat or masjid berdekatan...

fishy laaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.081479 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list