Kakanda Pengiran Muda Putera Abdul Mateen, Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, 36, yang merupakan anak perempuan kedua bongsu Sultan Brunei bersama Puan Hajah Mariam bakal mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi.
Menerusi pengumuman dari Instagram Brunei Royal Family, istiadat perkahwinan diraja ini bakal bermula pada 16 Januari 2022 dan majlis akan tamat pada 25 Januari 2022.
Kredit foto: IG Brunei Royal Family
Berikut adalah tarikh istiadat sepanjangan 10 hari majlis berlangsung.
Pengumuman di Instagram keluarga diraja Brunei itu membuatkan ramai warganet membanjiri ruangan komen, dengan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagian pasangan pengantin diraja tersebut.
Sumber: Murai |