CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6268|Reply: 45

Ali Puteh masih dituduh tamak harta, lepas tu nak mengamuk?

  [Copy link]
Post time 11-1-2022 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Ali Puteh masih dituduh tamak harta


Ali Puteh.

Kuala Lumpur: Sekian lama memendam perasaan dengan kecaman dan pandangan negatit warganet, pelawak Ali Puteh akhirnya meluahkan perasaannya.

Ali, 33, menerusi hantaran di Instagram mencabar mereka yang masih tidak berpuashati agar bertemunya secara berdepan.

"Ada netizen yang masih komen benci, meluat, tamak harta, hidup senang dengan harta arwah Abam. Jawapan yang saya boleh bagi adalah, 'setting' (tetapkan) tempat, beritahu di mana, saya datang jumpa, baru sedap kopi-kopi," tulisnya.

Menjelaskan lebih lanjut Ali berkata, dia bukan mahu riak, takbur malah jauh sekali ingin bergaduh.

"Cuma nak jumpa dan berborak. Jangan komen-komen tak sedap. Sebab sudah banyak kali ke balai jumpa netizen mengenai kes ini. Apabila depan polis semua comel belaka macam anak kucing. Masa komen macam harimau, bila jumpa semua macam 'baby' ala-ala comel".

"Ingat tau, bukan nak bergaduh. Cuma selesa cakap berdepan lagi syok. Harap mana yang saya pernah jumpa di balai tu munculkan diri komen okey.

"Ada video semua cuma tak nak disebarkan malu pada netizen yang saya jumpa macam kucing tu. Cuma pesan berpada-padalah bila komen. Nak kepastian ke apa ke, tetapkan tempat, kita kopi-kopi," katanya.

Terdahulu Ali mula berdepan kecaman sejak kemelut membabitkan dia dan kakak iparnya, Nor Hidayah sehingga memaksanya membawa kes ini ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Kontroversi mula tercetus apabila Nor Hidayah memfailkan saman terhadapnya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

Saman yang dibuat oleh Hidayah itu antaranya menuduh Ali mengambil harta Allahyarham abangnya Abam Bocey dan harta anak yatim.

Antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

Pada 27 Ogos 2020, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memfailkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Allahyarham Abam meninggal dunia di kediamannya di Gombak, Selangor pada 10 Februari 2020 dipercayai akibat demam panas.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... dituduh-tamak-harta

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2022 12:39 PM | Show all posts
sebab tak herlokkkk... sampai ke harini takkan ada sape2 nak maafkan kau...
dah la kepam... busuk... lepastu tamak harta anak yatim...

waktu nak faraid bagai gigih la engkau berkopiah dengan cakap bagai menunggang agama ala2 ustaz... tapi bila masuk maharaja lawak dok berapaaa berapaaaa mempersenda tokjib dan nek mah sampai kopiah pun terbang... selayaknya di hencap sampai 7 keturunan...

nah akak beliak2 bijik mata hantar ain dekat kau
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 12:40 PM | Show all posts
cubaan nak up nama ke?

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Nafkah anak Abam, dia ada tanggung tak?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 01:05 PM | Show all posts

Bengang Dituduh Hidup Senang Dengan Harta Arwah Abam, Ali Puteh Ajak Semuka


Sumber Google



Isu membabitkan harta allahyarham Abam sehingga ke hari ini masih terus diperkatakan. Perkara itu mulai dibangkitkan selepas kematian pelawak terkenal itu pada Februari 2020.


Lebih setahun pemergian Abam, adiknya, Ali yang juga seorang pelawak masih menerima komen warga maya menuduh dia tamak dan hidup senang dengan harta abangnya.





  



Semakin melampau, Ali menerusi Instagram mengajak individu yang memberikan komen sedemikian untuk bertemu empat mata agar dapat merungkai ketidakpuasan hati mereka.


"Bukan nak riak takbur. Bukan nak bergaduh cuma nak jumpa dan berborak. Jangan komen tak sedap sebab sudah banyak kali ke balai polis jumpa netizen pasal kes ini.


Bila depan polis semua comel-comel belaka macam anak kucing. Masa komen macam harimau. Bila jumpa semua macam bayi. Ingat tau, bukan nak bergaduh cuma lebih selesa cakap depan-depan," katanya.






  


Sementara itu, ruangan komen dibanjiri dengan komen yang menyarankan agar Ali mengabaikan komen negatif berkenaan.















Siapa tahan asyik kena tuduh. Biar sajalah Ali selesaikan masalah keluarganya. Orang luar tak payah simbah minyak. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 01:24 PM | Show all posts
Setting
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2022 01:46 PM | Show all posts
ya ke jumpa kat balai, propa lah ko Ali susun
konon orang sembah ko
air muka pun nampak isi hati perut ko yang busuk tak bertapis tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 01:48 PM | Show all posts
ehh dia ni saje nak up kan balik ke? org pun dah tak heran dah pun.
so dok ler diam2.. mana yg komen kau tu tak yah beriya nk bidas, diam2 sudah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2022 02:12 PM | Show all posts
abes je MLM sebuk nak mencapub.. time MLM senyapla agaknye mamat ni....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
tutup je ruangan komen.
iol rasa dah sejuk dahhh isu ni
sape bangkitkan balik
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 03:01 PM | Show all posts
dah habis musim MLM mencapub balik issue ni....walhal orang dah whoareyussss  kan kau dah...
kalau dia berlawak sindir2 public figure boleh pulak...acah-acah kelakar... yihhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 03:06 PM | Show all posts
dek...sekarang musim gv ya
utk yang herlok2 mcm aweera, alip ajis..
muka busuk kepam mcm ko sila diam

nobody gives a rat's ass about you
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 03:06 PM | Show all posts
klu ko yakin ko betul diam jela ali. tapi terang2 kot nampak mcm mana struggle wife abam nak besarkan hamzah. yang ko senang2 je menafikan hak budak tu. Insaf2 la wei. Jangan makan harta anak yatim.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tutup akaun media sosial. Sedangkan dr zul org alim ulama pun kena kecam kat socmed. Apatah lagi hang yg mmg perangai busuk.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda senang je, kalau dari awal ada sikap toleransi dengan balu takkan ada masalah sampai masuk mahkamah semua.
Kalau dah setel dan betul bertanggungjawab, jawab je la ‘ye saya bagi bulan2 rmxxx utk anak sedara saya’
Ni netizen tanya sket2 nak sentap. Sendiri buat hal, sendiri tertekan!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 04:20 PM | Show all posts
mende la mamat sewel ni. nexttttttt!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2022 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Acah2 mcm org concern sgt dgn hidup dia..stetment buat org muntah..
Adaka org yg nak jumpak hg tu..buat putus selera adala
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2022 06:36 PM | Show all posts
busuk la dia ni....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Lahhh.. tak habis2 lagi ke.. ni dah masuk zaman omicron megatron optimus prime dah.. hang dok laaa merempan cerita ni tak habis2
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ini tak nampak mcm celebrity langsung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.076830 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list