View: 1010|Reply: 8
|
Ada Roh Di Dalamnya Tapi Tak Terikat, Queen Athena Bela 70 Spirit Doll
[Copy link]
|
|
Fenomena 'spirit doll' menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini selepas beberapa selebriti di Indonesia secara terbuka berkongsi hobi membela 'reborn doll' sebagai anak sendiri.
Tetapi tidak bagi Queen Athena yang berasal dari Malang, Jawa Timur yang kini menetap di Jimbaran, Bali.
Sejak dua tahun lalu, Queen mengakui obses mengumpul spirit doll dan sehingga kini wanita itu mempunyai lebih daripada 70 anak patung dalam simpanannya.
Foto: mStar Online
"Mengumpul dan menyimpan spirit doll bukan satu perkara baharu tetapi cuma kebelakangan ini ia kecoh disebabkan ia mula popular dalam kalangan selebriti," katanya kepada CNN Indonesia.
Wanita berusia 31 tahun itu mendakwa patung dalam koleksinya mempunyai roh tetapi ia tidak terikat dengannya. Roh itu dikatakan boleh datang dan pergi mengikut kehendak mereka.
Tidak hanya itu, Queen berkata, dia tidak pernah mengamalkan sebarang ritual khusus untuk memuja patung dalam koleksinya dan ia sekadar hobi.
Bagaimanapun Queen tidak menafikan 'membela' patung adalah satu cabaran besar buatnya kerana sentiasa dipandang serong dan dianggap sebagai wanita sihir dan mempunyai niat jahat.
Foto: mStar Online
"Mulut orang memang tidak boleh ditutup dan mereka boleh berkata apa sahaja, apa paling penting saya tidak pernah sesekali menyembah atau menganggap patung-patung ini sebagai tuhan.
"Apatah lagi mempunyai niat jahat untuk berbuat khianat terhadap orang lain," jelasnya.
Sementara itu, Queen memberitahu dia ada cara tersendiri menjaga patung-patungnya termasuk memberikan nama dan tarikh lahir.
Selain itu, ia perlu dibersihkan dan didandan agar sentiasa kelihatan cantik.
Foto: mStar Online
Untuk mengambil patung spirit doll sebagai anak angkat daripada orang lain, Queen memberitahu ada harga yang perlu dibayar iaitu sekitar RM300.
Namun katanya, harga itu bergantung kepada keadaan patung dan semakin lama, lebih mahal.
"Seperti biasa apabila mengambil sesuatu patung sebagai anak angkat, kita perlu memberinya nama, tarikh lahir dan menjaganya dengan baik. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Spirit doll ini, ummah kokesen, nigga pun ramai bela. |
|
|
|
|
|
|
|
erkkkk teringat pl kt chukky |
|
|
|
|
|
|
|
yang itu bukan reborn doll atau patung custom made yang mahal tu...macam patung beli selonggok RM50 kat shopee shipping from mainland china je... acik nama nak Greek totok ni kemain kalau sembang punnn memang tak nak kalah ek |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar yang no. 2 tu konon2 doll tu yang tolong amikkan selfie ke |
|
|
|
|
|
|
|
dulu masa kecik2 arwah atok mmg x suka bear2 ke patung2 nie semua.. kata nya bole masuk roh jht.. aku pula penakut.. bila mlm dia suh simpan dlm laci or almari.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|