CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 724|Reply: 1

Joli Di Kelab Malam, Bakal Pengantin Sengaja Mahu Dijangkiti Covid-19

[Copy link]
Post time 11-1-2022 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita mengakui pergi ke kelab malam dengan sengaja mahu dijangkiti Covid-19.


Menerusi satu perkongsian video di laman sosial, bakal pengantin warga Australia itu menunjukkan dirinya memeluk individu tidak dikenali dan meminum air mereka.


Malah, wanita itu juga menari di sebuah kelab malam yang sesak dengan pengunjung, dengan harapan dijangkiti virus itu lebih awal.


Foto: Daily Star




Memetik laporan Mirror Online, wanita berkenaan akan melangsungkan perkahwinan pada Februari dan kini kecoh mengenai varian Omicron melanda Australia, dengan banyak jangkitan.


Keadaan itu membuatkan ramai mengasingkan diri dan dia cuba memulakan rancangannya.


Menerusi satu kapsyen klik rakaman, katanya: "OV (sudut pandang) perkahwinan anda dalam enam minggu lagi, dan anda masih belum dijangkiti Covid."


Beberapa pakar menyelar tindakan wanita tersebut sebagai 'terlalu bodoh'.


Walaupun Omicron kini lebih mudah merebak, tetapi ia mungkin kurang berbahaya berbanding strain, tetapi masih boleh menjadi 'pembunuh' dalam sesetengah kes.


Terdapat juga kemungkinan dia mungkin mendapat jangkitan daripada strain lain yang boleh membunuh.


Ketua pegawai perubatan England, Profesor Chris Whitty berkata, orang ramai tidak seharusnya memandang rendah terhadap ancaman varian baharu itu.


Pakar lain turut menunjukkan bahawa virus tersebut juga boleh dijangkiti lebih daripada sekali.


Orang ramai digesa untuk mendapatkan suntikan penggalak secepat mungkin sebagai usaha mengurangkan kesan virus. -CARI


Sumber: mStar/ Daily Star
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2022 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la mampos teros..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.075682 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list