View: 891|Reply: 8
|
Sorok Duit Dalam Tangki Air, Pegawai Cukai Terpaksa Keringkan Lebih RM500 Ribu Guna Seterika
[Copy link]
|
|
Jabatan Cukai Pendapatan India menyerbu rumah serta aset milik ahli perniagaan arak Shankar Rai dan keluarganya di Damoh pada Jumaat.
Dalam serbuan tersebut, jabatan berkenaan merampas wang tunai berjumlah Rs 8 crore (RM4.6 juta) dan 3 kilogram (kg) emas.
Menariknya, sejumlah wang tunai Rs 1 crore (RM567,469) ditemui disembunyikan di dalam beg yang disimpan di dalam tangki air bawah tanah.
Sebuah video yang dikongsikan di media sosial menunjukkan pegawai jabatan berkenaan mengeringkan not wang kertas dengan menggunakan seterika dan pengering rambut.
Foto: India.com
Serbuan bermula pukul 6 pagi, Khamis berterusan selama 39 jam.
Pegawai Cukai menyerbu lebih daripada sepuluh aset milik keluarga Shankar Rai.
"Selain perniagaan arak, keluarga Rai juga mempunyai perniagaan pinjaman wang, perniagaan bidang pengangkutan, hotel, bar dan pam petrol," kata Pesuruhjaya Jabatan Cukai Pendapatan, Munmum Sharma yang mengetuai serbuan berkenaan. -CARI
Sumber: mStar Online/ India.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dalam WhatsApp ada bertebaran video ajk surat keringkan duit derma guna tumble dryer. Naper wartawan Cari tak cover cerita tu ja. Nak gak cari kuman seberang laut. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 11-1-2022 08:59 AM
Dalam WhatsApp ada bertebaran video ajk surat keringkan duit derma guna tumble dryer. Naper wartawan ...
Tak faham la..ajk surat mana tu? |
|
|
|
|
|
|
|
aku ingat cerita kat tanah melayu tadi,memandangkan pegawai kerajaan tanah melayu pun mcm prangai tamilnaidu da |
|
|
|
|
|
|
|
ajk PH la tu
|
|
|
|
|
|
|
|
ajk surau
|
|
|
|
|
|
|
|
Menariknya, sejumlah wang tunai Rs 1 crore (RM567,469) ditemui disembunyikan di dalam beg yang disimpan di dalam tangki air bawah tanah. Sampai ke situ diorang cari. Mantap
|
|
|
|
|
|
|
|
Jenuh nak kena keringkan selai2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|