CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 275|Reply: 1

Minyak Panas, Minyak Urut Boleh Menyebabkan Kanak-kanak Keracunan

[Copy link]
Post time 11-1-2022 01:34 AM | Show all posts |Read mode
Pusat Racun Negara menasihati ibu bapa tidak menyapu minyak panas atau minyak urut kepada  bayi dan kanak-kanak yang boleh menyebabkan keracunan.


Pusat Racun Negara menerusi hantar di Facebook berkata, minyak panas atau minyak urut  dikhuatiri mengandungi bahan aktif metil salisilat (???????????????????????? ????????????????????????????????????????) yang boleh memudaratkan bayi dan kanak-kanak.




Gambar hiasan




Antara gejala keracunan akibat metil salisilat termasuk loya, muntah, berdengung di dalam telinga, sawan dan koma, namun ia bergantung kepada jumlah pendedahan bahan berkenaan.


Kata Pusat Racun Negara, metil salisilat adalah bahan analgesik yang digunakan untuk mengurangkan sakit dan inflamasi pada otot dan sendi.


“Bagaimanapun, bahan ini tidak sesuai digunakan pada kanak-kanak terutama pada bayi kerana berisiko menyebabkan keracunan pada bayi," jelas Pusat Racun Negara itu.




Kredit foto: FB




Katanya, hampir setiap minggu Pusat Panggilan Keracunan Pusat Racun Negara menerima kes keracunan akibat metil salisilat yang melibatkan kanak-kanak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.


Lebih membimbangkan apabila ada pihak mengambil kesempatan melariskan jualan produk mengandungi metil salisilat untuk rawatan ruam lampin pada bayi walaupun maklumat produk tidak menyatakan sedemikian.








Jelasnya lagi, saranan seperti ini sangat berbahaya dan tidak beretika kerana jika disapu pada kulit, bahan ini akan meresap ke dalam kulit dan masuk ke dalam badan.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa panjang sgt tanda soal tu tt? Tak edit ke?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.090102 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list