CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 292|Reply: 0

[Sabah] Persediaan pembukaan sekolah ditahap maksima

[Copy link]
Post time 10-1-2022 09:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 10-1-2022 01:06 PM



KAMANRAN, NOORFARAH, SYAHRIZAL, FAUZIE

TAWAU: Sesi pembukaan sekolah penggal ketiga yang bermula semalam cukup memberi makna kepada semua pelajar dan ibubapa yang telah membuat persediaan secukupnya.

Namun, paling penting pengetahuan terhadap pematuhan norma baharu prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 agar penularan wabak tidak berlaku semasa sesi persekolahan ini dibuka.

Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan St Patrick Tawau, Kamanran Mohammajan berkata keputusan kerajaan mengekalkan jadual penggiliran sesi persekolahan adalah tepat.

“Kaedah itu masih perlu dilakukan kerana keadaan wabak COVID-19 masih belum pulih sepenuhnya dan pelajar tidak boleh berkumpul dalam jumlah yang ramai.

“Selagi wabak ini masih menular, kita tidak boleh abaikan pematuhan SOP kerana ia boleh mengundang meletupnya kembali jumlah kes di negara ini,” katanya.

Katanya, sebagai YDP PIBG berharap pihak sekolah juga terus mengetatkan peraturan pematuhan SOP supaya semua pelajar dan warga pendidik tidak menjadi kluster baharu.

“Saya yakin pentadbir sekolah sentiasa menitikberatkan soal SOP semasa pelajar berada di sekolah dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa,” katanya.

Bagi pelajar Kolej Tingkatan 6 (KT6) Tawau, Noorfarah Natasyah Rosli berkata dia sangat bersyukur kerana pembelajaran secara bersemuka dapat dilakukan semula

“Saya akan manfaatkan sesi pembelajaran bersemuka dan mengambil kesempatan untuk mendapatkan bimbingan daripada pensyarah terutamanya matapelajaran yang susah difahami.

“Semua pelajar juga sudah bersedia dari segi fizikal dan mental terutamanya mematuhi SOP yang ketat semasa di sekolah,” katanya.

Syahrizal Ahmad yang juga pelajar KT6 Tawau pula berkata peluang bersemuka dengan pensyarah dan rakan-rakan adalah sangat bermakna dan banyak input yang boleh diperolehi.

“Saya sudah bersedia lebih awal, malah sudah cukup faham dengan pembelajaran bersemuka norma baharu yang menuntut untuk mematuhi SOP yang ketat.
“Bagaimanapun, saya menganggap ia satu cabaran sebagai seorang pelajar

yang mahukan kecemerlangan dalam bidang pelajaran,” katanya.

Sementara itu, bagi pengusaha kantin, Fauzie Abdul Rahman juga turut menzahirkan rasa syukur kerana sesi persekolahan secara bersemuka dapat dilakukan tanpa sebarang masalah.

Katanya, pelajar sudah cukup memahami SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan memudahkan pengusaha kantin.

“Kami mudah memberikan layanan yang terbaik kepada pelajar kerana mereka sudah faham soal pematuhan SOP,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/10

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 10862 Replies : 2
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.047584 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list