CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 768|Reply: 19

[Jenayah] Kurang 150 ekor harimau malaya 1 Malaysia. Baru nak gelabah ke?

[Copy link]
Post time 10-1-2022 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan iltizam kerajaan menangani isu populasi Harimau Malaya atau Panthera tigris jacksoni di hutan negara yang kini dilapor berjumlah kurang daripada 150 ekor.

Perdana Menteri berkata, Malaysia berhadapan risiko kepupusan Harimau Malaya yang menjadi simbol Jata Negara, lambang negeri serta pelbagai kementerian, jabatan dan agensi jika tindakan segera tidak diambil.

"Antara faktor kepupusan ialah disebabkan kehilangan habitat dan sumber makanan akibat perubahan guna tanah, pemburuan serta perdagangan haram, selain penularan virus canine distemper.

"Lebih membimbangkan, spesies ikonik negara itu akan hilang buat selama-lamanya," katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Pasukan Petugas Kebangsaan Bagi Konservasi Harimau Malaya (MyTTF) di Putrajaya, hari ini.

Mesyuarat turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri mewakili Menteri Besar Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah dan Perak.

Di peringkat Persekutuan, ia dihadiri Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta wakil kementerian, jabatan dan agensi berkaitan.

Ismail Sabri berkata, kawasan hutan sedia ada di Semenanjung akan ditingkatkan daripada 43.41 peratus kepada 50 peratus menjelang 2040, selaras Rancangan Fizikal Negara Keempat bagi menangani krisis populasi Harimau Malaya.

Katanya, ia adalah satu daripada enam pendekatan Tindakan Strategik Bagi Konservasi Harimau Malaya (2021 hingga 2030) yang dipersetujui mesyuarat pertama MyTTF hari ini.

Perdana Menteri berkata, turut dipersetujui ialah rondaan penguatkuasaan dan pengawalan membabitkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta komuniti Orang Asli.

Beliau berkata, pendekatan seterusnya ialah pengekalan dan pengukuhan habitat melalui pengurusan guna tanah yang mampan, di samping menghentikan kegiatan pencerobohan serta aktiviti pemburuan haram.

Katanya, mesyuarat juga bersetuju untuk memperkasa urus tadbir berkesan melalui penubuhan Unit Konservasi Harimau Malaya di bawah PERHILITAN, Biro Jenayah Hidupan Liar di bawah PDRM dan pengukuhan Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan sebagai pusat kecemerlangan konservasi ex-situ Harimau Malaya.

"Turut dipersetujui ialah memperkasakan instrumen kewangan inovatif sebagai tambahan kepada insentif kewangan Pemindahan Fiskal Ekologi (EFT) bagi Pemuliharaan Biodiversiti sedia ada dan pelaksanaan skim akreditasi habitat Harimau Malaya.

"Pendekatan terakhir ialah Kempen Selamatkan Harimau Malaya bagi meningkatkan kesedaran dan pembabitan rakan strategik," katanya.

Perdana Menteri, MyTTF ialah signifikan kesepakatan dan komitmen tinggi Kerajaan Persekutuan dan negeri dalam menangani krisis populasi Harimau Malaya.

Katanya, MyTTF turut menjadi platform rundingan bagi dasar, perundangan dan strategi negara untuk konservasi Harimau Malaya dan habitatnya.

Sejajar usaha meningkatkan keberkesanan perundangan konservasi hidupan liar termasuk Harimau Malaya, Ismail Sabri berkata, kerajaan meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan diluluskan oleh Parlimen pada 21 Disember 2021.

Menerusi pindaan itu, katanya, denda maksimum ditingkatkan daripada RM500,000 kepada RM1 juta manakala hukuman penjara maksimum daripada 10 tahun kepada 15 tahun bagi mencegah dan memberi pengajaran sewajarnya kepada pelaku jenayah hidupan liar.

"Selain itu, peruntukan baharu diwujudkan bagi membolehkan tindakan diambil terhadap individu yang mengiklankan penjualan hidupan liar secara dalam talian," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2022 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut hukuman mandatori untuk pemburu/pedagang/pemilik haiwan terancam.
penjara dan denda tak boleh halang bingai2 ni semua.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 07:43 PM | Show all posts
kesiannyaaaa

cepatla conserve and biakkan balik.. next gen 10thn kedepan nie jgn2 tengok rimau kt tenet je nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tarah utan macam tak ingat mati..purak2 terkezut rimau dah makin sikit..volo
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Jagong jangan dilupakan ya
Dia lah bapak segala gondolan hutan
Senang betol hidup orang darah kuning ni
Apa2 kesalahan lepas dan senyap
Tapi poket sentiasa tebal
Sentiasa didoakan
Sentiasa dipuja
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu perhilitan dah tembak satu mati.  Camne?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2022 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cikmouse at 10-1-2022 09:13 PM

Ismail Sabri berkata, kawasan hutan sedia ada di Semenanjung akan ditingkatkan daripada 43.41 peratus kepada 50 peratus menjelang 2040, selaras Rancangan Fizikal Negara Keempat bagi menangani krisis populasi Harimau Malaya."..

"Moga tcapai lerrrr sasaran ituuuu...jgn makin myusut udah lerrrrr yerrr...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian next generation nanti lepasni nak tgk rimau dalam buku teks skolah je. Yang real da pupus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2022 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tangkap 2 jantan miang dan 10 betina miang kasi kawen dalam 2-3 hari 10 betina sure pregnant.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 09:29 PM | Show all posts
begitulah..................no action talk only (NATO)
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 09:43 PM | Show all posts
dah cari kat JDT?

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 10:12 PM | Show all posts
Itu statement je ke atau akan ada course of actions? Biasanya di tanah melayu lepas cakap terus diam, xde follow up, hujung2 KPI 95%. Itu kebiasaan...kalau yg luar biasa, they walk the talk...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 10:16 PM | Show all posts
Panda Sewa tersenyum girang dibalik tirai berpendingin hawa.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Pantang ada peluang , tembak mati je harimau tu alasan sbb kokak manusia la apa
Pastu mula la gelabah bila makin pupus
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts


Last2 tinggey tang logo Maybank je..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 11:50 PM | Show all posts
boleh tak malaysia panggil balik semua harimau malaya yang dah migrate? kat the Bronx tak silap ada sekor kan. Ka harimau malaya pun dah tak sudi balik malaya. Panas katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2022 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 10-1-2022 11:26 PM
Last2 tinggey tang logo Maybank je..

Sedihnya tgk muka rimau ni...apalah yg ada dlm fikiran dia...hrp2 akan ada yg perjuangkan nasib harimau ni....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga Tuhan ilhamkan harimau2 ni pi baham kera-bat raja dan semua exco negeri balak yg tak guna dan keluarga mereka skali.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
canna dorang kira(rimau x kejar ke???)@..cam kancil ketuk kapla buaya tu ke???
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Comeynye kalo tak garang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.081446 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list