CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 297|Reply: 0

[Sabah] Suami isteri rentung, tujuh melecur dalam kebakaran

[Copy link]
Post time 10-1-2022 07:03 PM | Show all posts |Read mode


MUSNAH: Sebanyak 40 buah rumah musnah dalam kebakaran di kawasan setinggan.

TAWAU: Sepasang suami isteri ditemukan rentung, manakala tujuh lagi melecur dalam insiden kebakaran 40 buah rumah di penempatan setinggan, Batu 2 1/2, Jalan Apas, tengah malam, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen Jr berkata, mangsa berumur 32 dan 36 tahun itu ditemukan di dalam rumah mereka.

“Mangsa dipercayai terperangkap di dalam rumah dan gagal menyelamatkan diri sebelum ditemukan pasukan keselamatan masing-masing pada jam 4.45 dan 5.50 pagi.

“Tujuh mangsa yang melecur pula, dua lelaki, seorang wanita dan empat kanak-kanak berumur 6 hingga 45 tahun,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini semalam.

Katanya, semua yang melecur dikejarkan ke Hospital Besar Tawau oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Terdahulu, katanya, seramai 26 pegawai dan anggota serta lima jentera, termasuk utiliti digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.32 tengah malam.

Menurutnya, kebakaran itu melibatkan 40 buah rumah setinggan jenis tidak kekal dengan keluasan 100 x 50 meter yang terbakar 100 peratus.

“Dalam operasi tersebut, pasukan bomba menggunakan sumber air dari tangki jentera dan sumber air terbuka iaitu parit berhampiran.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.07 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.20 pagi,” katanya.

Julius berkata pasukan forensik akan menjalankan siasatan bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian yang dialami mangsa.


utusanborneo.com.my/2022/01/09
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.475905 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list