CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
12
Return to list New
Author: seribulan

[Bantuan Banjir] Bantuan Banjir & Bencana Malaysia. (apdet 19/1/2022)

[Copy link]
 Author| Post time 14-1-2022 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 14-1-2022 06:10 PM



Waktu Operasi Kaunter Penerimaan Borang Bantuan Bencana Banjir Pejabat Daerah/Tanah Klang adalah seperti:
8.45pagi - 4.00petang
(Rehat 1.00 hingga 2.30 petang)


8.45pagi - 4.00petang
(Rehat 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang)

Tarikh akhir pembukaan Kaunter Penerimaan Borang adalah pada 31 Januari 2022.

Sekian, harap maklum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2022 07:14 PM | Show all posts
Alhamdulillah, ramai yang menunaikan zakat pada Disember 2021 membolehkan Bantuan LZSPeduli (Bantuan Banjir) fasa kedua dibuka.


Permohonan di portal Bantuan LZSPeduli (Bantuan Banjir) fasa kedua dibuka bermula 1 JANUARI 2022 (10.00 pagi) hingga 31 JANUARI 2022 (2.00 petang).


Bagi melancarkan proses permohonan pada fasa kedua ini, para pemohon yang budiman juga diingatkan agar tidak memuat naik gambar atau dokumen yang tidak berkaitan. Kami memohon kerjasama semua agar klik butang 'Sahkan Permohonan' setelah selesai melengkapkan butiran dan dokumen lampiran.


Doakan kami semoga segalanya berjalan lancar.


Untuk semak status permohonan, layari :
https://www.zakatselangor.com.my/lzspeduli


Untuk semak status bayaran, layari :
https://ezo.zakatselangor.com.my


Kepada yang ingin turut serta menyumbang, salurkan zakat anda di :
https://fpx.zakatselangor.com.my


#zakatselangor
#my2point5
#banjir2021

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2022 10:52 AM | Show all posts
#MBBAlert Dear Valued Customers,


We are offering #FloodReliefAssistance to those affected by the devastating floods arising from heavy rainfall over the past few days. The Flood Relief Assistance will include, amongst others, deferment of financing/loan payment, a reduction in monthly instalment or extension of repayment tenure.


Additionally, we are also offering waiver of fees and charges for selected services, such as replacement of debit card, ATM cards or cheque books lost or damaged during the floods. We will also provide waiver for late charges for credit cards of affected customers.


To apply, email us at floodrelief@maybank.com or visit any of our branches/centres.


For more information, contact our Customer Care Hotline at 1-300-88-6688 or visit https://maybank.my/3mk5SoJ

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2022 11:06 AM | Show all posts
Borang Rebat Bantuan Banjir untuk bil Disember 2021. Isi dan hantar ke TNB sebelum 28 feb 2022 atau isi dan email ke tnbcareline@tnb.com.my


Update dari TNB : Automatik. Tidak perlu apply

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2022 11:14 AM | Show all posts
Pelbagai kemudahan disediakan kepada PMKS yang terjejas akibat banjir. Jom baca Buletin Kita Ok! Bil. 02/ Januari 2022.


http://dbook.penerangan.gov.my/d ... bil-02-januari-2022


#InfoBanjir
#KeluargaMalaysia
#JabatanPenerangan


Tan Sri Annuar Musa / Zahidi Zainul Abidin / Mohammad bin Mentek / Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2022 01:47 PM | Show all posts


LIVE


AUTO

Banjir: MAA gesa syarikat automotif percepat proses baik pulih[size=0.82]Oleh Mohd Zaky Zainuddin
Januari 10, 2022 @ 2:10pm
zaky@bh.com.my





Gambar fail. - NSTP/FAIZ ANUAR




KUALA LUMPUR: Persatuan Automotif Malaysia (MAA), badan yang mewakili industri yang mewakili pengedar, pemasang dan pengeluar kenderaan di Malaysia menggesa ahlinya mempercepatkan proses pembaikan dan meringankan beban pemilik kenderaan yang terjejas disebabkan banjir.
Presidennya, Datuk Aishah Ahmad, berkata ahli MAA diminta memberikan sokongan penuh kepada kerajaan dalam pelaksanaan Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia.
"Mangsa sudah mengalami kerugian besar dan memerlukan apa sahaja bantuan untuk mengurangkan penderitaan mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Aishah berkata, MAA memuji usaha kerajaan dalam memperkenalkan Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia yang bertujuan membantu mangsa banjir.
Katanya, ahli MAA terutamanya membabitkan kenderaan penumpang akan bekerjasama dalam melaksanakan inisiatif kerajaan itu.
"Ini bagi memastikan semua pihak berkepentingan memahami peranan dan tanggungjawab mereka, dan bekerja sebagai satu pasukan bersama dalam satu keluarga besar iaitu Keluarga Malaysia untuk membantu mangsa dengan segera.

"Ia juga selaras dengan komitmen Kerajaan untuk memastikan bantuan holistik kepada semua yang terjejas akibat bencana banjir supaya mereka dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa secepat mungkin," katanya.
Di bawah Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia, baucar diskaun sehingga RM1,000 untuk pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang persendirian akan diberikan oleh kerajaan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir besar.
Sementara itu, syarikat ahli MAA yang mengambil bahagian akan menawarkan diskaun sekurang-kurangnya 25 peratus ke atas jumlah kos kerja pembaikan (termasuk alat ganti dan caj buruh) serta perkhidmatan tunda percuma ke pusat servis sah terdekat untuk kenderaan yang terjejas banjir.
Aishah berkata, MAA telah diberi jaminan oleh syarikat ahli yang mengambil bahagian bahawa pusat servis yang diberi kuasa akan berusaha untuk mempercepatkan proses pembaikan kenderaan yang terjejas.
"Beberapa syarikat ahli MAA yang mengambil bahagian seperti Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) dan Proton Holdings Bhd (PROTON) telah mengesahkan bahawa mereka sanggup meningkatkan diskaun sehingga 50 peratus ke atas kos alat ganti.
"MAA gembira kerana ramai ahli kami secara sukarela melangkah ke hadapan untuk melaksanakan peranan mereka, bukan sahaja sebagai aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tetapi juga atas sebab kemanusiaan.
"MAA berharap bantuan yang diberikan dapat meringankan beban dan penderitaan semua mangsa banjir yang terjejas," katanya.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2022 04:24 PM | Show all posts

Permohonan APZ: Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021January 7, 2022
Advertisements

   

Mangsa banjir di Negeri Pahang pada tahun 2021 kini boleh mendapatkan bantuan menerusi Agihan Prihatin Zakat (APZ) menerusi Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).




  
Untuk makluman, Negeri Pahang merupakan antara negeri yang paling teruk terjejas dalam bencana banjir yang berlaku pada akhir tahun 2021.



Program agihan bantuan ini adalah sebahagian daripada inisiatif MUIP melalui sumber zakat dibawah asnaf Gharimin bagi meringankan keperitan umat Islam yang terlibat dalam bencana Banjir di dalam Negeri Pahang tahun 2021/2022.
Mangsa banjir yang terlibat boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup yang ditetapkan iaitu 15 Februari 2022 secara atas talian.
Isi Kandungan:                    Simpan
    Penyaluran APZ
    Syarat Permohonan
    Cara Memohon
    Pertanyaan Lanjut




Penyaluran APZADVERTISEMENT


Pengagihan APZ ini akan disalurkan kepada seorang sahaja iaitu Ketua Isi Rumah (KIR) bagi setiap rumah yang terlibat dengan banjir di negeri tersebut.
Oleh itu, KIR perlu membuat permohonan seperti yang ditetapkan bagi memastikan permohonan tersebut dapat diterima oleh pihak MUIP.
Syarat PermohonanSyarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Permohonan ialah warganegara Malaysia.
  • Pemohon ialah mereka yang beragama Islam.
  • Pemohon merupakan pemastautin/menetap di dalam negeri Pahang.
  • Pemohon ialah mangsa Banjir di dalam Negeri Pahang yang disahkan.
  • Pemohon mestilah telah berkahwin/duda atau ibu tunggal.
Cara MemohonKIR mangsa banjir di Negeri Pahang yang ingin membuat permohonan boleh mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:
  • Layari laman web http://easnaf.muip.gov.my.
  • Klik butang ‘Tidak, Daftar Pengguna’ bagi mereka yang tidak pernah menggunakan sistem ini.
  • Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Baharu.’
  • Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  • Isi maklumat permohonan yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  • Hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.
Pertanyaan LanjutUntuk pertanyaan lanjut mengenai APZ, sila hantar whatsapp ke pihak MUIP ditalian 011-30163882.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2022 05:41 PM | Show all posts
https://bantuanbanjir.com



Ikuti inisiatif-inisiatif bajet 2022 yang boleh dimanfaatkan di portal
budget.mof.gov.my/manfaat


Kementerian Kewangan Malaysia
No. 5 Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 WP PUTRAJAYA








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2022 01:50 PM | Show all posts
                                    




        
        
      
                                                                        




                                                
Dikemas kini pada 7 Januari 2022



Dana BNM untuk PKS
Kemudahan Bantuan Bencana 2022




Soalan Lazim Umum




Kemudahan Bantuan Bencana (Disaster Relief Facility, DRF) 2022




No. Soalan Jawapan




1. Apakah itu DRF 2022?



Kemudahan Bantuan Bencana (Disaster Relief Facility 2022, DRF

2022) merupakan kemudahan pembiayaan yang ditubuhkan oleh
BNM bagi meringankan beban kewangan PKS dan perusahaan
mikro yang terjejas akibat banjir di seluruh negara baru-baru ini,
untuk membolehkan mereka meneruskan operasi perniagaan
mereka. Pembiayaan DRF 2022 bertujuan untuk:




• Membaiki dan/atau menggantikan aset untuk kegunaan
perniagaan (cth. loji dan mesin) yang telah rosak akibat
banjir; dan/atau
• Modal kerja
Nota: Pembiayaan tidak seharusnya digunakan untuk membiayai
semula kemudahan kredit/pembiayaan sedia ada




2. Siapakah yang layak
memohon DRF 2022?




PKS1 dan perusahaan mikro yang terjejas akibat banjir, yang
terletak di daerah yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan
Bencana Negara (NADMA) sebagai kawasan bencana banjir.
Nota: PKS dan perusahaan mikro boleh mendapatkan maklumat
daripada Portal Bencana yang dikendalikan oleh NADMA melalui
https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/informasi-bencana




3. Berapakah jumlah
pembiayaan maksimum dan
tempoh pegangan bagi PKS
dan perusahaan mikro di
bawah DRF 2022?




• PKS dan perusahaan mikro yang layak boleh mendapatkan
pembiayaan hingga RM700,000 bagi setiap PKS dan hingga
RM150,000 bagi setiap perusahaan mikro
• Tempoh pembiayaan hingga 7 tahun, termasuk tempoh
moratorium selama 6 bulan ke atas bayaran pokok dan
faedah/keuntungan




4. Berapakah kadar
pembiayaannya?
Kadar pembiayaan efektif maksimum ialah 3.50% setahun
termasuk fi jaminan




5. Bank manakah yang PKS dan
perusahaan mikro boleh mendapatkan pembiayaan di
bawah DRF 2022?





Perniagaan yang terjejas boleh memohon pembiayaan daripada
institusi kewangan peserta yang terdiri daripada bank




perdagangan, bank-bank Islam dan institusi kewangan
pembangunan yang dikawal selia oleh BNM




6. Bagaimanakah PKS dan
perusahaan mikro boleh
mendapatkan maklumat
bahawa mereka layak
memohon pembiayaan di
bawah DRF 2022?




PKS dan perusahaan mikro yang layak dinasihati supaya
menghubungi institusi kewangan peserta untuk memastikan
kelayakan mereka di bawah kemudahan ini. Semua permohonan
untuk pembiayaan adalah tertakluk pada penilaian oleh institusi
kewangan peserta




7. Berapa lamakah masa yang
diambil oleh institusi
kewangan peserta untuk
meluluskan permohonan?




Institusi kewangan peserta akan memproses permohonan dalam
tempoh 14 hari selepas menerima dokumen lengkap daripada
pemohon.




8. Adakah PKS atau
perusahaan mikro perlu
menyediakan cagaran untuk
mendapatkan pembiayaan di
bawah DRF 2022?




Tidak. Cagaran TIDAK diperlukan di bawah DRF 2022




9. Apakah yang perlu dilakukan
oleh PKS atau perusahaan
mikro jika permohonan untuk
mendapatkan pembiayaan di
bawah kemudahan ini ditolak
institusi kewangan peserta?




Jika permohonan ditolak, PKS atau perusahaan mikro dinasihati
supaya melakukan perkara-perkara yang berikut:
a) Dapatkan penjelasan daripada institusi kewangan peserta
tentang sebab-sebab permohonan mereka ditolak;
b) Dapatkan khidmat nasihat pembiayaan melalui MyKNP
(Khidmat Nasihat Pembiayaan) yang menyediakan bantuan
khidmat nasihat dan panduan untuk meningkatkan
kelayakan bagi pembiayaan pada masa hadapan dan
sumber pembiayaan alternatif (www.myknp.com.my); atau
c) Hubungi BNM eLINK di bnm.gov.my/LINK untuk bantuan
tambahan




10. Bilakah DRF 2022 akan
disediakan?




Kemudahan ini akan disediakan mulai 27 Disember 2021 sehingga
peruntukan digunakan sepenuhnya (atau tertakluk kepada
keputusan selanjutnya oleh BNM)




Bank Negara Malaysia
Dikemas kini pada 7 Januari 2022
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2022 01:56 PM | Show all posts


https://www.hlb.com.my/ms/business-banking/group-sme-banking/bnm-disaster-relief-facility-2022.html


Kemudahan Bantuan Bencana (DRF) 2022
        
                    
Kami dengan bangga mengumumkan penyertaan kami dalam Kemudahan Bantuan Bencana (DRF) 2022 untuk meringankan beban kewangan PMKS yang terjejas akibat banjir baru-baru ini dan membolehkan mereka meneruskan operasi perniagaan mereka.
                                       

   
Ciri- Ciri Utama
Skim
  • Kemudahan Bantuan Bencana (DRF) 2022
Kriteria Kelayakan
  • PKS dan perusahaan mikro1 (sekurang-kurangnya 51% saham dipegang oleh rakyat Malaysia) yang terjejas akibat banjir, yang terletak di daerah yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara sebagai kawasan bencana banjir.
Tujuan Pembiayaan
  • Membaiki dan/atau mengganti aset untuk kegunaan perniagaan (cth. loji dan mesin) yang telah rosak akibat banjir; dan/atau
  • Modal kerja.

*Nota: Pembiayaan tidak seharusnya digunakan untuk membiayai semula kemudahan
Kadar Pembiayaan
  • Sehingga 3.50% setahun (termasuk fi jaminan)
Jumlah pembiayaan
  • PKS: Sehingga RM700,000 bagi setiap PKS
  • Perusahaan Mikro: Sehingga RM150,000 bagi setiap perusahaan mikro.


*Nota: Had pembiayaan yang dinyatakan di atas akan dikenakan ke atas PKS yang mempunyai pemegang saham bersama yang setara atau lebih daripada 20%.
Perlindungan jaminan
  • 80% perlindungan jaminan daripada CGC dengan fi jaminan sebanyak 0.5% setahun
Jenis Kemudahan
Pinjaman Berjangka
Tempoh Pembiayaan
Sehingga 7 tahun, termasuk tempoh moratorium selama 6 bulan ke atas [size=0.8125]bayaran pokok dan faedah/keuntungan.
Cagaran
Tiada cagaran diperlukan.
Tempoh Tamat Permohonan
Sehingga peruntukan digunakan sepenuhnya atau tertakluk kepada keputusan selanjutnya oleh BNM.


                1 Seperti yang ditakrifkan oleh Garis Panduan bagi Definisi PKS yang disediakan oleh SME Corp. Malaysia. Garis panduan ini boleh diakses melalui https://www.smecorp.gov.my/images/pdf/2020/Garis_Panduan_DefinisiPKS_dikemaskini.pdf

Pelanggan PKS yang berminat boleh memohon skim pembiayaan ini melalui Pengurus Perhubungan PKS kami.
Sebagai alternatif, anda boleh memberikan maklumat perniagaan anda melalui butang pautan “Saya Berminat” dan Pengurus Perhubungan PKS kami akan menghubungi anda.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Soalan Lazim Umum Kemudahan Bantuan Bencana BNM (DRF) 2022.
                                       

   
                                                
   

   


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2022 08:12 AM | Show all posts
Kerajaan tambah baik pelaksanaan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia melalui bengkel tidak berdaftar - Tengku ZafrulBernama
Januari 18, 2022 17:59 MYT







Sehingga kini, hampir 20 syarikat automotif, dengan rangkaian lebih daripada 1,800 pusat servis berdaftar di seluruh negara, telah bersetuju untuk menyertai inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menambah baik pelaksanaan inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia dengan mewujudkan kaedah alternatif untuk mangsa banjir membuat tuntutan tunai dalam keadaan kenderaan telah dibaiki di bengkel tidak berdaftar.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia untuk Bengkel Tidak Berdaftar boleh dibuat secara dalam talian mulai Rabu, 19 Januari, 2022 di portal rasmi https://bantuanautomotif.hasil.gov.my.

"Permohonan secara manual fizikal juga boleh dibuat di mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) berhampiran," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.




Beliau berkata pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal rasmi Bantuan Banjir Keluarga Malaysia http://bantuanbanjir.com bagi mendapatkan maklumat lanjut.

"Kerajaan terus komited untuk memastikan bantuan berbentuk holistik kepada Keluarga Malaysia khususnya yang terkesan dengan bencana banjir supaya dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa secepat mungkin," kata Tengku Zafrul.

Berikutan bencana banjir yang melanda negara kerajaan mengumumkan pelbagai inisiatif untuk meringankan beban golongan terjejas termasuk inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia sehingga RM1,000 kepada warganegara mangsa banjir untuk pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang persendirian termasuk motosikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak akibat banjir.

Sehingga kini, hampir 20 syarikat automotif, dengan rangkaian lebih daripada 1,800 pusat servis berdaftar di seluruh negara, telah bersetuju untuk menyertai inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia.

Senarai syarikat yang terlibat bersama dengan pendaftaran pusat servis sah serta bengkel, terutamanya untuk motosikal akan dikemas kini sepanjang tempoh pelaksanaan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2022 08:13 AM | Show all posts
Banjir: Baiki kenderaan di bengkel tidak berdaftar boleh mohon bantuan
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN | | 18 Januari 2022


Tengku Zafrul - Foto Sinar Harian

PUTRAJAYA - Mangsa banjir yang mengalami kerosakan kenderaan persendirian dan telah membaikinya di bengkel yang tidak berdaftar kini boleh memohon Bantuan Automotif Keluarga Malaysia.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia selepas kerajaan tambah baik pelaksanaan inisiatif tersebut dengan mewujudkan kaedah alternatif untuk membuat tuntutan tunai.

Menurutnya, permohonan tuntutan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia untuk bengkel tidak berdaftar boleh dibuat secara dalam talian mulai Rabu di portal rasmi https://bantuanautomotif.hasil.gov.my.

"Permohonan secara manual fizikal juga boleh dibuat di mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berhampiran," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, sehingga kini hampir 20 syarikat automotif dengan rangkaian lebih daripada 1,800 pusat servis berdaftar di seluruh negara telah bersetuju untuk menyertai inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia.

"Senarai syarikat terlibat bersama dengan pendaftaran pusat servis sah serta bengkel terutamanya untuk motosikal akan dikemas kini sepanjang tempoh pelaksanaan," katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan inisiatif tersebut sehingga RM1,000 bagi meringankan beban golongan yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda negara.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... boleh-mohon-bantuan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2022 08:19 AM | Show all posts
RM150 juta pembiayaan BSN MyRinggit-i Banjir dilulus - Tengku ZafrulBernama
Januari 18, 2022 23:34 MYT







Tengku Zafrul berkata peruntukan menerusi pembiayaan peribadi BSN MyRinggit-i Banjir tersebut dinaikkan kerana mendapat sambutan baik daripada peminjam terjejas. - Gambar/ Bernama


KUALA LUMPUR: Peruntukan bantuan pembiayaan mikro Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada mereka yang terkesan banjir baru-baru ini dinaikkan kepada RM150 juta berbanding RM100 juta sebelum ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata peruntukan menerusi pembiayaan peribadi BSN MyRinggit-i Banjir tersebut dinaikkan kerana mendapat sambutan baik daripada peminjam terjejas.

"Mula-mula seperti yang diumum Perdana Menteri, sebanyak RM100 juta diperuntukkan dengan peminjam terjejas boleh membuat pinjaman sehingga RM10,000, sifar peratus faedah dan moratorium enam bulan.




"Permintaan agak bagus dan sehingga kini kita telah luluskan RM150 juta kepada peminjam yang terjejas banjir," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Inklusif Bersama Menteri Kewangan di TV1 malam ini.

Pada Disember lepas, BSN menawarkan pembiayaan peribadi BSN MyRinggit-i Banjir yang dinaikkan kepada RM10,000 berbanding RM5,000.

Pembiayaan itu menawarkan kadar sifar peratus untuk tempoh pembiayaan 3.5 tahun termasuk moratorium enam bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan dan terbuka kepada mangsa banjir di seluruh negara.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata mangsa banjir juga menerima moratorium pinjaman kenderaan, rumah dan kad kredit daripada semua bank bagi menangguhkan pinjaman mereka.

Katanya bantuan berkenaan merupakan antara Pakej Bantuan Banjir yang disediakan setakat ini mencecah lebih RM1.4 bilion.

Ia termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI), bantuan pembelian barang keperluan dan bantuan baik pulih rumah.

Terdahulu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyatan hari ini memaklumkan sejumlah 74,285 atau 64.1 peratus Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan banjir monsun timur laut (MTL) gelombang pertama menerima bayaran BWI setakat ini manakala 36,639 KIR lagi masih dalam proses pembayaran.
Bagi banjir gelombang kedua, sejumlah RM5.792 juta (54.4 peratus) BWI telah diagihkan.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul memaklumkan sejak 1998 hingga 2018, Malaysia mengalami 51 kejadian bencana alam dan sepanjang tempoh tersebut lebih tiga juta orang terjejas dan 281 terkorban manakala nilai kerosakan mencecah RM8 bilion.

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-1-2022 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.078332 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list