CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15447|Reply: 44

[Bantuan Banjir] -Bantuan & Sumbangan Malaysia. (apdet 31/12/2022)

  [Copy link]
Post time 10-1-2022 06:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 31-12-2022 09:24 PM

Dalam usaha membantu mereka yang terkesan dengan bencana Banjir, kerajaan menyediakan sokongan menerusi Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi meringankan beban golongan terbabit.
Dalam hal ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion bagi Bantuan Banjir Keluarga Malaysia.

Berikut adalah inisiatif-inisiatif Kerajaan khusus untuk meringankan beban mangsa banjir, klik link  https://bantuanrakyat.my/bantuan-banjir-keluarga-malaysia/

Bantuan tambahan untuk peniaga terjejas banjir   Oleh Ahmad Suhael Adnan -            
Disember 20, 2021 @ 8:03pm            ahmad.suhael@bh.com.my




Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meredah air ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Telok Gong, Pelabuhan Klang. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Negara memuktamadkan beberapa bantuan tambahan kepada mangsa banjir seluruh negara, khususnya pemilik perniagaan yang terjejas.

Ia adalah tambahan kepada peruntukan awal berjumlah RM100 juta bagi membaik pulih rumah dan infrastruktur rosak serta Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000 yang diberikan kepada setiap ketua isi rumah terjejas akibat banjir, seperti diumumkan semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peniaga boleh menerima pembiayaan kewangan tanpa faedah atau keuntungan sehingga RM5,000 melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
Katanya, tempoh bayaran pembiayaan bagi membantu usahawan itu bermula hanya enam bulan selepas perjanjian pembiayaan ditandatangani.


Selain itu, katanya, kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk Pinjaman Pemulihan Banjir melalui TEKUN Nasional, manakala koperasi yang terjejas dibantu melalui Bantuan Kecemasan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia sehingga RM30,000.
"Kerajaan bersetuju memberikan dua bulan pengecualian sewa kepada penyewa SME Bank's Entrepreneur Premises Complex, yang terjejas akibat banjir. Melalui SME Bank, kerajaan akan memudah cara permohonan penstrukturan semula pinjaman.
"Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) juga bersetuju menyumbang RM50.8 juta bagi membantu usaha menangani bencana banjir dan usaha pemulihan pasca banjir, peningkatan lebih 100 peratus berbanding jumlah RM25 juta yang diumumkan semalam.
"Antara GLIC dan GLC yang menyumbang adalah Petronas, Yayasan Petronas, Khazanah Nasional dan Yayasan Hasanah, Yayasan Sime Darby, CIMB, Celcom, Telekom Malaysia, Yayasan UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)," katanya.
Perdana Menteri berkata, dengan geran kerajaan sebanyak RM25 juta, ia  bermakna dana untuk usaha menangani impak banjir dan pemulihan pasca banjir adalah RM75.8 juta.



  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2022 06:28 PM | Show all posts
Mangsa banjir boleh tangguh bayaran pinjaman


PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan kemudahan penangguhan bayaran ansuran pinjaman kereta, perumahan dan hartanah, kad kredit serta pinjaman peribadi selama enam bulan bagi mangsa banjir.


Perdana Menteri, Datuk seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan juga menawarkan pembiayaan kewangan peribadi tanpa faedah sehingga RM5,000 oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).


“RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan ini untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir membeli peralatan dan kelengkapan rumah yang musnah akibat bencana.


“Moratorium enam bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan dan terbuka kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Katanya, TEKUN Nasional pula mengkhususkan dana berjumlah RM30 juta untuk Pinjaman Pemulihan Banjir Pembiayaan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang terkesan.


“Bagi pinjaman sehingga RM10,000, tiada kadar faedah dikenakan dan moratorium bayaran balik diberikan untuk 12 bulan.


“Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah mengumumkan kemudahan pembiayaan sebanyak RM200 juta yang disediakan untuk PMKS yang terjejas melalui Kemudahan Bantuan Bencana (DRF) 2022,” katanya.


Ismail Sabri berkata, BNM juga sedang berusaha untuk menambah peruntukan ke atas DRF 2022 yang diumumkan baru-baru ini daripada RM200 juta kepada RM500 juta berdasarkan keperluan semasa.


“Kesemua inisiatif di atas ini adalah lanjutan daripada bantuan kerajaan yang telah saya umumkan sebelum ini termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah, bagi membantu meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan akibat banjir,” katanya. – K! ONLINE


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/12 ... h-bayaran-pinjaman

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2022 06:29 PM | Show all posts
Kerajaan Pahang umum bantuan khas RM500 kepada mangsa banjir




Kuantan: Kerajaan Pahang hari ini mengumumkan Bantuan Khas Bencana Banjir sebanyak RM500 kepada setiap ketua keluarga yang terjejas dengan bencana banjir di negeri ini.


Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam kenyataan hari ini berkata, bantuan itu adalah sebagai tanda prihatin kerajaan negeri terhadap mangsa yang terjejas.


Katanya, bantuan berkenaan meliputi kategori penerima iaitu mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), mangsa yang tidak berpindah ke PPS sebaliknya menumpang di rumah saudara mara, mangsa yang tinggal di rumah sewa dan mangsa yang tidak berpindah ke mana-mana.


"Selain tanda prihatin, kerajaan negeri membuat sumbangan ini berdasarkan kemampuan dan keupayaan kewangannya. Sumbangan RM500 ini demi meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung, Insya-Allah," katanya.


Banjir di Pahang bermula Jumaat lalu dan situasi semasa banjir pagi ini, menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyaksikan seramai 37,356 mangsa masih ditempatkan di 264 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah terjejas banjir.


Daerah yang terjejas adalah Kuantan, Temerloh, Bentong, Maran, Lipis, Raub, Jerantut, Bera dan Pekan.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... epada-mangsa-banjir

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2022 06:30 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 10-1-2022 05:35 PM

Tenaga Nasional Bhd (TNB) bersetuju memberikan rebat 100 peratus secara one-off untuk bil bulan Disember


Selain bertujuan meringankan beban mangsa banjir, ia memberi manfaat kepada 72,000 pengguna domestik.


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu dalam media sosial rasminya, rebat tersebut melibatkan peruntukan RM9 juta.


“TNB juga bersetuju untuk turut bantu kediaman milik keluarga B40 yang terjejas.


“Untuk pengetahuan, TNB sudah melaksanakan kerja pemeriksaan pendawaian secara percuma dengan sokongan PERNISMA, TEEAM, TNB ENERGY SERVICES dan kontraktor elektrik bertauliah, sejak Jumaat lalu,” kongsi Ismail.


Dalam pada itu, Ismail turut mengucapkan terima kasih kepada para kontraktor elektrik yang terlibat dalam usaha baik pulih dan goton royong tersebut.


“Terima kasih saya ucapkan kepada kontraktor elektrik yang menjalankan kerja-kerja ini secara sukarelawan di Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur,” tulisnya.

Adalah dimaklumkan bahawa pengguna yang terjejas dari kategori Kediaman (Domestik) dengan tarif A adalah layak menerima rebat bil elektrik ini.


Untuk maluman, pemberian rebat adalah 100% bagi bil elektrik bulan Disember 2021 semasa tempoh banjir berlaku dan tiada jumlah dihadkan. Pemberian rebat adalah berdasarkan tempoh pembilan Disember 2021:


a) Tempoh pembilan di antara 1hb – 17hb Disember 2021, rebat adalah berdasarkan caj semasa bil Januari 2022.
b)Tempoh pembilan di antara 18hb – 31hb Disember 2021, rebat adalah berdasarkan caj semasa bil Disember 2021.


Pemberian rebat ini adalah tidak termasuk caj tunggakan bil elektrik (sekiranya ada).


Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.tnb.com.my/rebatbantuanbanjir





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2022 06:31 PM | Show all posts
Pembiayaan kewangan peribadi tanpa faedah untuk mangsa banjir


Kuala Lumpur: Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menawarkan pembiayaan kewangan peribadi tanpa faedah MyRinggit-i Banjir sehingga RM10,000 berbanding RM5,000 yang diumumkan pada minggu lalu kepada mangsa banjir.


"RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan ini bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir untuk membeli peralatan dan kelengkapan rumah baharu bagi menggantikan yang telah musnah akibat bencana," kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam kenyataan pada Ahad.


Beliau berkata, pembiayaan itu adalah dengan moratorium bayaran balik selama enam bulan dan selanjutnya bayaran balik dalam tempoh sehingga 3.5 tahun.


Pemohon boleh memohon mulai 27 Disember 2021 melalui https://www.bsn.com.my.


Sementara itu, BSN dalam kenyataan berasingan pula menjelaskan MyRinggit-i Banjir terbuka kepada mangsa-mangsa banjir di selurun negara.


"Mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir boleh memohon dengan melengkapkan borang permohonan dalam talian melalu laman web rasmi BSN - www.bsn.com.my.


"Bagi pemohon yang mempunyai masalan atau tidak mempunyai akses untuk ke laman web berkenaan, sila kunjungi Cawangan BSN berdekatan bagi membuat permohonan," menurut BSN.


Dokumen yang diperlukan bagi permohonan tersebut ialah salinan kad pengenalan, salinan bil elektrik rumah yang terjejas dan surat pengesahan daripada pegawai daerah/JKKK/laporan polis berkenaanrumah yang terjejas.


BSN menambah, pihaknya akan memaklum'an status permohonan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).


Pemohon boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi BSN, menurutnta.


Layari www.bsn.com.my atau hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 untuk maklumat lanjut.


Inisiatif melalui BSN ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 Dis, 2021, sebagai inisiatif bantuan meringankan beban mangsa banjir.


Beliau juga mengumumkan bantuan bayaran balik pinjaman untuk mangsa-mangsa banjir bagi pinjaman perumahan dan hartanah, kenderaan, kad kredit serta pinjaman peribadi sehingga enam bulan.


Antara kemudahan itu termasuklah penangguhan atau pengurangan bayaran balik ansuran.


Selain BSN, Ismail Sabri juga berkata, TEKUN Nasional pula mengkhususkan dana berjumlah RM30 juta untuk Pinjaman Pemulihan Banjir Pembiayaan bagi PKS mikro yang terkesan.


"Bagi pinjaman sehingga RM10,000, tiada kadar faedah dikenakan dan moratorium bayaran balik diberikan untuk 12 bulan," katanya.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... untuk-mangsa-banjir

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2022 06:32 PM | Show all posts
Bantuan Banjir RM1000: Tabung Bencana Negara Terkini 2021


Cara Mohon Borang Permohonan Bantuan Banjir RM1000 terkini Tabung Bencana Negara NADMA untuk Shah Alam Selangor Pahang bulan Disember 2021


bantuan banjir rm1000


Banjir di negeri Kelantan Terengganu dan Pahang, ramai yang menjangka dan buat persediaan awal tetapi tidak untuk negeri negeri di pantai barat termasuk di Kuala Lumpur Kl Selangor dan juga Perak.


Selepas banjir besar yang berlaku pada tahun 1971 sekali lagi bencana besar berlaku melibatkan negeri Selangor Kuala Lumpur KL Perak dan tidak lupa juga Pahang Terengganu dan Kelantan. (SEMAK SINI: Insuran bencana alam banjir untuk kereta)


Melihatkan jumlah kerosakan, kerugian yang dialami cukup besar, kerajaan Malaysia bersetuju menyalurkan bantuan segera termasuk membaiki kerosakan dan juga bantuan one off.


Dan kerajaan juga mengumuman beberapa pengumuman lain yang bakal membantu mengurangkan kesulitan kepada isi rumah yang terjejas. Antaranya ialah bantuan wang ihsan bwi:


Kerajaan Malaysia akan buat bayaran bantuan banjir Rm1000 one off kepada isi rumah yang terjejas kerana jadi mangsa banjir seperti di Kuala Lumpur hulu langat klang Shah Alam Selangor Perak Pahang Kelantan dan Terengganu


Tidak perlu sama sekali isi borang permohonan bantuan banjir RM1000
Pembayaran bantuan 1000 akan diuruskan nama berdasar senarai nama penerima yang diserahkan oleh Pejabat Daerah atau PBT masing-masing
Cuti Penjawat Awam Kerana Bencana Banjir
Penjawat Awam dan kakitangan kerajaan yang terjejas kerana banjir di Selangor Kuala lumpur kl pahang kelantan dan terengganu diberikan pelepasan cuti secara automatik.


Cuti Pekerja & Kakitangan Swasta Kerana Banjir
Manakala saranan kerajaan mengharapkan agar majikan di sektor swasta memberikan cuti dengan gaji dan tidak menolak cuti tahunan kakitangan dan pekerja masing-masing.


Bantuan Banjir 1000 Kepada Perniagaan, Peniaga & Usahawan
borang permohonan bantuan bencana
Diharapkan bantuan Rm1000 diperluaskan juga kepada usahawan, peniaga, penjaja kecil dan perniagaan serta bisnes yang terjejas di hulu langat klang shah alam Selangor Kuala Lumpur Kl Perak Kelantan Pahang dan Terengganu dek kerana jadi mangsa banjir bulan Disember 2021.


Dan diharapkan bantuan yang bakal disalurkan disegerakan.


Kepada nada yang ingin sama-sama memberikan sumbangan boleh berbuat demikian melalui bayaran sumbangan ke tabung bantuan bencana negara di bawah pengurusan NADMA


PERKARA        LINK PAUTAN
Nombor Akaun Bank Tabung Bantuan bencana negara Malaysia        1601-0001138-71-4
Bank        Bank Muamalat
SUMBER: https://www.nadma.gov.my


Kami harapkan masalah banjir di Kelantan Pahang Terengganu Perak Kuala Lumpur KL dan Selangor kembali pulih dan bantuan kepada mereka dapat disegerakan!


https://t.me/bantuankerajaanmalaysi

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-1-2022 06:32 PM | Show all posts
Rebat RM500 mangsa banjir beli barangan elektrik bermula 7 Januari




PUTRAJAYA: Mangsa banjir boleh membeli barangan elektrik dengan kemudahan rebat RM500 di bawah program 'Sustainability Achieved via Energy Efficiency' (SAVE) di premis terpilih atau secara dalam talian bermula 7 Jan, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Ia berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengenai pemberian baucar RM500 kepada mangsa banjir bagi pembelian peralatan elektrik, katanya.
Bercakap pada sidang media selepas majlis pengumuman Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia (MyRER) 2022-2035 di sini hari ini, beliau berkata individu yang layak boleh membuat pembelian secara fizikal di premis berdaftar di bawah SAVE dan platform e-dagang iaitu Lazada, Shopee dan PGMall.




"Mereka yang terkesan banjir tidak kira di negeri mana, jika layak, mereka diberi rebat segera bagi setiap pembelian. Contohnya barang bernilai RM1,000, mereka perlu bayar RM500 sahaja," katanya.


Beliau berkata ketika ini, terdapat 1,400 premis yang tersenarai di bawah SAVE kendalian Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia) dan jumlah itu akan ditambah bagi memudahkan mangsa banjir membuat pembelian di premis berdekatan rumah mereka. Menurutnya, data setakat ini menunjukkan terdapat kira-kira 80,000 isi rumah yang layak dan jumlah itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa.


Beliau berkata, Agensi Pengurusan Bencara Negara (NADMA) akan mengeluarkan dokumen pengesahan bagi memudah cara mangsa untuk membuat pembelian.
SEDA Malaysia akan mengumumkan perincian lanjut mengenai inisiatif rebat berkenaan pada 7 Jan ini, merangkumi mekanisme tebusan barangan dan jenis barangan, katanya. SAVE merupakan program pemberian e-rebat kepada isi rumah yang membeli barangan elektrik. Sebelum ini, SAVE 2.0 yang diperkenalkan menawarkan e-rebat RM200 bagi pembelian alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga.
-- BERNAMA


sumber

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2022 06:33 PM | Show all posts
Bantuan Kewangan RM300 Tanpa Perlu Buat Permohonan







Tahukah dalam Pelan PEMERKASA yang telah diperkenalkan kerajaan pada Mac yang lalu, terdapat 1 bantuan kewangan berjumlah RM300 yang anda boleh dapat tanpa perlu buat permohonan.


Bantuan tersebut dinamakan sebagai Program Prihatin Kasih. Ramai yang masih tidak tahu, kerajaan telah memperuntukan sejumlah wang bagi membantu golongan miskin tegar & B40 melalui program ini.


Program Prihatin Kasih


Apa itu Program Prihatin Kasih? Program ini merupakan bantuan kerajaan dalam bentuk bantuan makanan yang berjumlah RM300 dan akan diagihkan kepada lebih 300,000 isi rumah yang layak di seluruh Malaysia.


Jumlah Bantuan
Melalui program ini, anda boleh tebu2 dan buat pembelian makanan asas secara percuma di kedai-kedai atau supermarket berdekatan.


Bantuan yang diberikan bernilai RM100 Sebulan untuk tempoh 3 bulan
Jadi bantuannya adalah RM300 secara keseluruhan
Tebus bantuan tersebut melalui MyKad penerima


Terdapat lebih 300 lokasi kedai & pasaraya untuk anda tebus antaranya Giant, Econsave, Mydin, 99 Speedmart dan banyak lagi.


Cara Semak Status Permohonan
Untuk semak kelayakan anda dalam Program ini, sila klik di pautan berikut :


https://apps.epetrol.com.my/mkme ... ip/CheckStatus.aspx




Masukkan IC dan Captcha yang betul, klik semak status.


Jika lulus, paparan kelayakan akan dipaparkan dan anda akan terima SMS untuk mengesahkan status.


Sila hadir ke taklimat orientasi di kedai berdekatan mengikut masa yang telah ditetapkan.


Info Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, anda boleh rujuk FAQ soalan lazim di sini.


Atau anda boleh hubungi MyKasih Foundation di :


03 -7720 1800
info@mykasih.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2022 04:26 PM | Show all posts
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mencadangkan “baucar sewa” bagi membantu mangsa banjir yang rumah mereka memerlukan pembaikan, kata menteri Reezal Merican Naina Merican.


Dalam sidang media bersama kementerian pembangunan luar bandar (KPLB) hari ini, Reezal berkata baucar sewa itu boleh menjadi sebahagian daripada bantuan di bawah Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa yang terjejas banjir.




Kredit foto: FMT




Beliau berkata berdasarkan data terkini, 8,257 rumah terjejas, dengan 118 memerlukan pembinaan semula lengkap dan 8,139 memerlukan pembaikan kecil hingga besar.


“Kami mencadangkan baucar sewa kepada kerajaan persekutuan untuk membantu mangsa banjir menyewa di tempat lain sehingga rumah mereka dibaik pulih sepenuhnya.”


Beliau tidak mendedahkan jumlah baucar yang akan dilindungi untuk mensubsidi caj sewa.


Reezal mengulangi komen Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berhubung peruntukan bajet untuk mangsa banjir dan pembaikan.


Beliau berkata peruntukan RM100 juta akan dibahagikan sama rata antara kementeriannya dan KPLB.




Kredit foto: FMT




“Jumlah RM5,000 hingga RM15,000 diperuntukkan untuk membaiki rumah dan RM56,000 untuk membina rumah baharu.


“KPKT akan bertanggungjawab untuk membaiki rumah di kawasan bandar, di bawah seliaan kerajaan tempatan masing-masing, manakala KPLB akan mengendalikan kawasan luar bandar di luar bidang kuasa kerajaan tempatan.”


Pembersihan dan pembaikan masih diteruskan daripada kemusnahan banjir yang berlaku di beberapa bahagian negara bulan lepas. Beberapa rumah masih belum pulih daripada banjir terutama di Pahang.


Kementerian Kerja Raya sebelum ini dilaporkan berkata kerja pembaikan infrastruktur yang rosak dijangka menelan kos kira-kira RM1 bilion.




Sumber: Suara Merdeka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2022 04:27 PM | Show all posts
Kerajaan prihatin, beri RM100 juta baik pulih, bina rumah mangsa banjir


DATUK Seri Reezal Merican Naina Merican bercakap ketika sidang media Berkaitan Pelaksanaan Pembaikan dan Pembinaan Rumah Pasca Banjir di Kementerian Pembangunan Luar Bandar. FOTO Asyraf Hamzah

Putrajaya: Kerajaan memperuntukkan RM100 juta bagi membina semula dan membaik pulih rumah yang terkesan akibat banjir melalui Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia

Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia itu membabitkan KPKT bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Menurutnya, KPKT dan KPLB masing-masing memperuntukkan RM50 juta membabitkan kos RM5,000 sehingga RM15,000 untuk membaik pulih rumah dan RM56,000 bagi kos bina baharu.

Katanya, tanggungjawab bersama itu dilaksanakan di mana KPKT akan melaksanakan rumah kategori bandar di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) manakala KPLB bertanggungjawab bagi rumah kategori luar bandar.

"Setakat ini terdapat 8,257 jumlah rumah yang terjejas akibat banjir. Sebanyak 118 adalah bagi pembinaan baru manakala 8,139 bagi membaik pulih rumah yang terjejas," katanya pada sidang media bersama KPKT dan KPLB Komited Merawat Keresahan Rakyat Dengan Pelaksanaan Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia di sini, tadi.

Turut hadir, Menteri KPKT, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Mesyuarat Penyelarasan Pasca Banjir BagiTujuan Baik Pulih dan Bina Semula Rumah yang berlangsung Jumaat lalu dan di Pengerusikan Ketua Setiausaha KPKT, Datuk M Nor Azman Taib membincangkan usaha bersepadu bagi memurnikan data mangsa yang terkesan.

Reezal berkata, inisiatif itu membabitkan tiga fasa iaitu kerja pengumpulan data oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) yang dijalankan di peringkat daerah.

Menurutnya, fasa dua membabitkan pelaksana dan agensi penilai membabitkan KPKT, KPLB, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kerajaan negeri.

"Manakala fasa ketiga membabitkan kerja pembinaan atau baik pulih semua rumah yang terkesan sehingga siap dan kemudian akan dilaporkan semula kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku Pusat Data Utama mangsa banjir.

"Pelaksanaan Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia di peringkat KPKT akan dilaksanakan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Projek Rumah 1Malaysia (PR1MA) selain JKR.

"Anggaran awal kos di peringkat KPKT adalah sebanyak RM83.4 juta di mana SPNB akan membina rumah baharu manakala PR1MA akan melakukan kerja baik pulih," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rumah-mangsa-banjir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2022 11:54 AM | Show all posts
Agihan bantuan banjir Keluarga Malaysia selain BWI bermula esok – PM

ISMAIL Sabri Yaakob (kiri) menyampaikan bantuan wang ihsan (BWI) kepada mangsa terjejas banjir di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di Bera, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF




  • Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
  • 9 Januari 2022, 1:44 pm





BERA: Agihan bantuan banjir Keluarga Malaysia selain bantuan wang ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 akan bermula esok, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

















Bantuan itu melibatkan wang tunai RM2,500 untuk pembelian barangan keperluan rumah, baucar tunai RM500 bagi pembelian barangan elektrik dan baucar tunai RM1,000 untuk pembaikan kenderaan yang terkesan banjir.
Selain itu, ia turut melibatkan bantuan tunai sehingga RM5,000 bagi setiap keluarga untuk kerja-kerja pembaikan rumah kepada mangsa banjir yang mengalami kerosakan yang tidak serius.

Perdana Menteri berkata, daripada segi penerimanya, kerajaan boleh dikatakan telah mempunyai hampir semua nama ketua isi rumah (KIR) yang layak.
“Mungkin ada yang tertinggal, itu kita minta mangsa terlibat supaya mendaftarkan diri mereka di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di daerah masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Wang Ihsan dan Bantuan Khas Banjir di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata, bagi bantuan wang tunai RM2,500, tiga kaedah pembayaran telah ditetapkan oleh kerajaan.


“Pertama, melalui cara menghantar ke rumah, kedua kumpul di dewan orang ramai dan ketiga masuk ke akaun bank setiap penerima. Bagaimanapun terserah kepada pejabat daerah untuk menentukan kaedah agihannya,” katanya.
Beliau berkata, bagi bantuan baik pulih rumah dengan kos melebihi RM5,000 hingga RM15,000, ia juga bermula esok.
“Kita sudah dapat senarai rumah terlibat dan kos ditentukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Kita akan bagi berdasarkan kerosakan dialami,” katanya.
Mengulas tentang BWI, Perdana Menteri berkata, sehingga semalam, untuk mangsa banjir gelombang pertama, seramai 51,532 KIR daripada 54,678 KIR atau 94.2 peratus telah menerima bantuan itu.
“Untuk gelombang kedua: seramai 871 KIR daripada 8,808 KIR atau 9.9 peratus telah menerima BWI,” katanya.
Beliau dalam pada itu berkata, seperti diarahkannya, semua bantuan dan sumbangan banjir Keluarga Malaysia perlu disegerakan tanpa kerenah birokrasi.
“Prinsip kita memudahkan, bukan menyulitkan. Cepat bukan lambat. Kita tidak mahu lambat dengan kerenah birokrasi kerana akhirnya hasrat baik kerajaan bantu rakyat yang terjejas banjir tidak dapat dilaksanakan,” katanya.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2022 11:59 AM | Show all posts
Bantuan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021/2022                                                                               
                                                        Bantuan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021/2022                                        January 10, 2022

               
                                                                                                        AGIHAN PRIHATIN ZAKAT MANGSA BANJIR PAHANG 2021


Program agihan bantuan ini adalah sebahagian inisiatif MUIP melalui sumber zakat dibawah asnaf Gharimin bagi meringankan keperitan umat Islam yang terlibat dalam bencana Banjir di dalam negeri PAHANG tahun 2021/2022.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021 ini.

            Isi Kandungan                                    tutup                        
        Bantuan Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021 / 2022   
    Syarat-syarat   
    Tarikh Permohonan   
    Cara Permohonan Bantuan Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021 / 2022   
    Maklumat Lanjut

   




Bantuan Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021 / 2022Agihan ini akan disalurkan kepada seorang sahaja iaitu Ketua Isi Rumah (KIR) bagi setiap rumah yang terlibat dengan banjir.

Syarat-syarat
  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam
  • Pemastautin/Menetap di dalam negeri Pahang
  • Mangsa Banjir di dalam negeri Pahang Yang Disahkan
  • Telah Berkahwin/Duda/Ibu Tunggal

Tarikh PermohonanPermohonan untuk bantuan ini dibuka mulai 3 Januari 2022.
Tarikh TUTUP permohonan adalah pada 15 Februari 2022.

Cara Permohonan Bantuan Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021 / 2022Permohonan secara atas talian (online) boleh dibuat di pautan ini:
http://easnaf.muip.gov.my

Bantu sebarkan atau “share” kepada mereka yang amat memerlukan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2022 02:32 PM | Show all posts
FINAS agih RM20,000 kepada mangsa banjir
  Oleh Farihad Shalla Mahmud -             Disember 21, 2021 @ 3:00pm            farihad@bh.com.my



[url=]Share to WhatsApp[/url]





[url=]Share to Facebook[/url][url=]Share to Twitter[/url][url=]Share to LinkedIn[/url][url=]Share to More[/url] Md Nasir (kanan) mengumumkan peruntukan RM20,000 yang bakal diagihkan kepada penggiat seni dan kakitangan FINAS yang ditimpa musibah banjir. Foto Ihsan FINAS




KUALA LUMPUR: Atas dasar prihatin, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memperuntukkan RM20,000 sebagai bantuan kepada penggiat seni dan kakitangan agensi itu yang ditimpa musibah banjir.
Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat mengenai individu yang layak mendapat bantuan.
"FINAS ada 18 kakitangan yang terjejas akibat banjir. Kami dengan bantuan persatuan seni sedang mengumpul maklumat penggiat seni yang menjadi mangsa banjir.
"Mereka yang terjejas dan memerlukan bantuan boleh menghubungi persatuan masing-masing atau FINAS menerusi talian hotline disediakan.










Md Nasir (tengah) menerima bantuan yang bakal diagihkan kepada mangsa banjir. Foto ihsan FINAS

"Selepas mendapat maklumat, agihan bantuan akan disalurkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM)," katanya kepada BH Online.
Md Nasir menambah, FINAS mengambil inisiatif dengan mencari penaja yang boleh membantu menjayakan misi amal itu.
"Selain mengeluarkan peruntukan sendiri, FINAS mencari penaja untuk membantu kami melaksanakan misi itu.
"Bantuan ini bukan sahaja untuk kakitangan dan anak seni yang terjejas, malah, digunakan untuk membiayai penempatan sementara mangsa banjir di Kompleks Studio Merdeka di Hulu Kelang," katanya.
Md Nasir berkata, setakat ini, belum ada mangsa banjir ditempatkan di kompleks berkenaan.
"Mungkin cuaca hari ini (semalam) agak baik dan banjir sudah semakin surut. Namun, kami bersedia jika berlaku sebarang kemungkinan selepas ini," katanya.




  



  
'Guna TikTok kutip derma'
  Oleh Zaidi Mohamad -             Disember 20, 2021
zaidim@bh.com.my



[url=]Share to WhatsApp[/url]





[url=]Share to Facebook[/url][url=]Share to Twitter[/url][url=]Share to LinkedIn[/url][url=]Share to More[/url] Kumpulan petugas FDAM mengagihkan bekalan asas untuk mangsa banjir, kelmarin. Foto Insan FDAM




KUALA LUMPUR: Simpati dengan nasib rakyat ditimpa bencana banjir, dua organisasi mewakili pekerja seni iaitu Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) mengambil inisiatif menjejaki ahli mangsa bah untuk dihulur bantuan segera.

Mula menggerakkan usaha sejak kelmarin, SENIMAN dan FDAM menyusun strategi termasuk memanfaatkan media sosial bagi mengesan dan membantu penggiat seni yang menjadi mangsa banjir atau mereka yang menerima impak bencana alam itu hingga tidak mampu keluar bekerja.

Presiden SENIMAN, Zed Zaidi berkata, seiring kepesatan media sosial, pihaknya memanfaatkan aplikasi TikTok untuk mengumpul dana bagi ahli yang terkesan dengan bencana banjir.

"Usaha ini pernah dibuat ketika membantu seorang artis yang dijangkiti COVID-19 melalui pemberian 'gift' yang boleh ditukar kepada wang dalam aplikasi itu.






"Jadi, saya bersiaran secara langsung melalui akaun TikTok sendiri untuk tujuan itu. Saya mengajak Setiausaha SENIMAN untuk sama-sama tampil.
"Melalui sesi 'live', saya berkongsi input dan apa sahaja perkembangan membabitkan bencana banjir di Malaysia.

FDAM sedia membantu ahli atau mana-mana penggiat seni yang menjadi mangsa banjir sejak beberapa hari lalu. Foto Ihsan FDAM"Pada masa sama, saya minta penonton memberi sebanyak mana 'gift' untuk disalurkan kepada ahli SENIMAN yang memerlukan bantuan dan terputus bekalan makanan," katanya kepada BH Online.

Zed berkata, SENIMAN bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi menjejaki penggiat seni yang terkesan dengan banjir.

"Saya dihubungi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim yang bertanya mengenai artis yang memerlukan bantuan.
"Saya sudah maklumkan nama artis seperti Mat Over yang menjdai mangsa banjir di kawasan penempatannya di Klang, Selangor dan Ebby Yus di Hulu Langat.
"Kita masih mengenalpasti artis lain yang memerlukan bantuan seperti makanan asas dan penempatan sementara," katanya.

Sementara itu, Presiden FDAM, Ahmad Ibrahim berkata, pihaknya mengagihkan barangan keperluan harian seperti makanan dan minuman kepada ahli dan penggiat seni yang terjejas.

"FDAM mula menghebahkan dalam kumpulan WhatsApp agar ahli terjejas dan perlukan bantuan dapat hubungi Biro Kesejahteraan Sosial yang dikendalikan ketuanya, Ahmad Hashim atau Mad John.

"Sejak malam tadi (kelmarin), FDAM turun padang menghantar bantuan makanan. Kami akan terus bertindak jika mendapat maklum balas ahli atau penggiat seni lain," katanya.

Ahmad berkata, FDAM singgah di Kompleks Studio Merdeka di Hulu Kelang, semalam untuk kemudahan yang disediakan untuk menempatkan mangsa banjir.
"FDAM sedia bekerjasama dengan FINAS dalam misi bantuan banjir. Difahamkan, FINAS melancarkan kempen derma kilat dan usaha lain untuk membantu mangsa banjir.

"Persatuan berharap kita semua dapat bantu menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan," katanya.

Ahmad berkata, ahli FDAM dan penggiat seni yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Mad John di talian 011-21663119.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2022 07:51 PM | Show all posts
Hampir 20 syarikat automotif setuju sertai inisiatif baucar diskaun – Tengku Zafrul
PETIKAN AKHBAR 07 JANUARI 2022


KUALA LUMPUR, 7 Jan – Hampir 20 syarikat automotif dengan rangkaian lebih daripada 1,000 pusat servis berdaftar di seluruh negara telah bersetuju untuk menyertai inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia setakat ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata pemilik kenderaan dengan kenderaan yang rosak akibat banjir boleh menebus baucar tersebut di pusat servis atau pengedar sah untuk syarikat automotif yang terlibat tanpa perlu membuat sebarang permohonan

"Pengurangan kos pembaikan bakal dinikmati secara potongan terus daripada kos keseluruhan pembaikan atau kos penggantian kenderaan baharu melalui invois yang akan dikeluarkan oleh pusat servis dan pengedar sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata tarikh akhir tuntutan inisiatif Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia adalah pada 31 Mac 2022 dan pengguna dinasihatkan untuk segera membuat tuntutan dari pusat servis atau pengedar sah yang berdaftar bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Katanya, kerajaan akan terus komited untuk memastikan bantuan berbentuk holistik kepada Keluarga Malaysia dengan inisiatif Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia ini, khususnya yang terkesan dengan bencana banjir supaya dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa secepat mungkin.

“Kerajaan mengalu-alukan langkah syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Bhd (PERODUA) dan Proton Holdings Bhd untuk menawarkan diskaun 50 peratus ke atas kos alat ganti. PERODUA juga telah menawarkan upah kerja pembaikan secara percuma.

"Kerajaan menggalakkan syarikat automotif yang lain untuk turut menawarkan insentif yang lebih baik untuk pelanggannya," katanya.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, beberapa peruntukan dan langkah tambahan telah diambil oleh kerajaan bagi menangani bencana banjir, termasuk jumlah pembiayaan maksimum ditambah daripada RM500,000 kepada RM700,000 untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Bagi perusahaan mikro pula jumlah pembiayaan maksimum ditambah daripada RM75,000 kepada RM150,000.

"Tempoh pembiayaan maksimum juga dipanjangkan daripada lima tahun kepada tujuh tahun," katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan kerajaan menyediakan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang komprehensif bagi meringankan beban golongan yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda negara.

Salah satu daripada bantuan tersebut adalah Kemudahan Bantuan Bencana (DRF) 2022 bagi meringankan beban perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di mana jumlah peruntukan telah ditingkatkan daripada RM200 juta kepada RM500 juta.

Berikut adalah senarai syarikat automotif yang terlibat dengan Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia:


  • Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA)
  • Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PROTON)
  • Tan Chong & Sons Motor (Nissan)
  • UMW Toyota Motor
  • Honda Malaysia
  • Mitsubishi Motors Malaysia (MMM)
  • Volvo car Malaysia
  • TC Euro Cars (Renault)
  • Mercedes-Benz Malaysia
  • BMW Malaysia Sime Darby Motor Group (untuk Ford, Hyundai dan lain-lain)
  • Mazda, Peugeot dan KIA
  • TC Subaru
  • Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)
  • Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd.
  • Boon Siew Honda Sdn.Bhd.
  • Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS)
  • Mofaz Motorsikal Sdn. Bhd.
  • KMSB Motors Sdn.Bhd. (Suzuki)


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2022 07:52 PM | Show all posts
SIARAN MEDIA





Penambahbaikan Kemudahan Bantuan Bencana dan Pelaksanaan Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia
SIARAN MEDIA 07 JANUARI 2022


Seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sebelum ini, Kerajaan menyediakan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang komprehensif bagi meringankan beban golongan yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda negara.

Salah satu daripada bantuan tersebut adalah Kemudahan Bantuan Bencana bagi meringankan beban PMKS di mana jumlah peruntukan telah ditingkatkan daripada RM200 juta kepada RM500 juta. Di samping itu, ciri-ciri kemudahan ini juga telah ditambahbaik, di mana:

  • Jumlah pembiayaan maksimum ditambah daripada RM500,000 kepada RM700,000 untuk PKS, dan daripada RM75,000 kepada RM150,000 untuk perusahaan mikro.
  • Tempoh pembiayaan maksimum dipanjangkan daripada 5 tahun kepada 7 tahun.

Selain daripada Kemudahan Bantuan Bencana, inisiatif BAUCAR DISKAUN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA sehingga RM1,000 kepada warganegara yang layak juga telah diumumkan untuk pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang persendirian termasuk motosikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak akibat banjir.

Inisiatif ini merupakan usahasama antara Kerajaan dan syarikat automotif di mana syarikat akan menawarkan diskaun sekurang-kurangnya 25% bagi kerja pembaikan serta kos tunda kenderaan secara percuma dan Kerajaan akan menyediakan baucar diskaun sehingga RM1,000.

Dalam hal ini, Kerajaan mengalu-alukan langkah syarikat PERODUA dan PROTON untuk menawarkan diskaun 50% ke atas kos alat ganti. PERODUA juga telah menawarkan upah kerja pembaikan secara percuma. Kerajaan menggalakkan syarikat automotif yang lain untuk turut menawarkan insentif yang lebih baik untuk pelanggannya.

Untuk memanfaatkan baucar diskaun tersebut, pemilik kenderaan tidak perlu membuat sebarang permohonan. Pemilik kenderaan dengan kenderaan yang rosak akibat banjir boleh menebus baucar tersebut di pusat servis atau pengedar sah untuk syarikat automotif yang terlibat. Pengurangan kos pembaikan dinikmati secara potongan terus daripada kos keseluruhan pembaikan atau kos penggantian kenderaan baharu melalui invois yang akan dikeluarkan oleh pusat servis dan pengedar sah.

Setakat ini, hampir 20 syarikat automotif dengan rangkaian lebih daripada 1,000 pusat servis berdaftar di seluruh negara, telah bersetuju untuk menyertai inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia. Senarai syarikat yang terlibat bersama dengan pendaftaran pusat servis sah serta bengkel, terutamanya untuk motosikal akan dikemaskini sepanjang tempoh pelaksanaan. Maklumat senarai syarikat automotif yang terlibat setakat ini adalah seperti di Jadual 1. Pemilik kenderaan boleh menghubungi syarikat automotif berkenaan untuk mengetahui pusat servis yang berdekatan.

Tarikh akhir tuntutan inisiatif Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia adalah pada 31 Mac 2022 dan pengguna dinasihatkan untuk segera membuat tuntutan dari pusat servis/pengedar sah yang berdaftar bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Dengan inisiatif Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia ini, Kerajaan terus komited untuk memastikan bantuan berbentuk holistik kepada Keluarga Malaysia khususnya yang terkesan dengan bencana banjir supaya dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa secepat mungkin.


YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Kewangan

7 Januari 2022








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2022 08:24 PM | Show all posts
Bantuan Banjir RM1000: Tabung Bencana Negara Terkini 2022Januari 4, 2022

Cara Mohon Borang Permohonan Bantuan Banjir RM1000 terkini keluarga malaysia dan Tabung Bencana Negara NADMA untuk Shah Alam Selangor Pahang dan semua mangsa banjir bulan Januari 2022
Banjir di negeri Kelantan Terengganu Melaka Pahang Sabah Johor, ramai yang menjangka dan buat persediaan awal tetapi tidak untuk negeri negeri di pantai barat termasuk di Negeri Sembilan Kuala Lumpur Kl Selangor dan juga Perak.
Selepas banjir besar yang berlaku pada tahun 1971 sekali lagi bencana besar berlaku melibatkan negeri Selangor Kuala Lumpur KL Perak Sabah Negeri Sembilan Melaka Johor dan tidak lupa juga Pahang Terengganu Perlis dan Kelantan serta Kedah. (SEMAK SINI: Insuran bencana alam banjir untuk kereta)
Melihatkan jumlah kerosakan, kerugian yang dialami cukup besar, kerajaan Malaysia bersetuju menyalurkan bantuan segera termasuk membaiki kerosakan dan juga bantuan one off.
Dan kerajaan juga mengumuman beberapa pengumuman lain yang bakal membantu mengurangkan kesulitan kepada isi rumah yang terjejas. Antaranya ialah bantuan wang ihsan bwi:
Senarai Kandungan Penting:
[url=][/url]


Semakan Bantuan Banjir RM1000
Kerajaan Malaysia akan buat bayaran bantuan banjir Rm1000 one off kepada isi rumah yang terjejas kerana jadi mangsa banjir seperti di Kuala Lumpur KL hulu langat klang Shah Alam Selangor Perak Pahang Kelantan Sabah Johor Melaka Negeri Sembilan Perlis Kedah dan Terengganu
  • Tidak perlu sama sekali isi borang permohonan bantuan banjir RM1000
  • Pembayaran bantuan 1000 akan diuruskan nama berdasar senarai nama penerima yang diserahkan oleh Pejabat Daerah atau PBT masing-masing
Cuti Penjawat Awam Kerana Bencana Banjir
Penjawat Awam dan kakitangan kerajaan yang terjejas kerana banjir di Selangor Kuala lumpur kl pahang kelantan dan terengganu diberikan pelepasan cuti secara automatik.
Cuti Pekerja & Kakitangan Swasta Kerana Banjir
Manakala saranan kerajaan mengharapkan agar majikan di sektor swasta memberikan cuti dengan gaji dan tidak menolak cuti tahunan kakitangan dan pekerja masing-masing.
Semakan Bantuan Repair Kereta Untuk Mangsa Banjir
  • Bantuan servis tunda kenderaan serta cuci kereta secara free dan percuma dari Perodua dan proton.
  • Bantuan repair dan baik pulih secara free dan percuma serta dapat potongan diskaun sebanyak 50 peratus untuk alat ganti kereta jika hantar dengan Perodua
  • Potongan diskaun dan rebat sebanyak 25 peratus untuk kos repair dan baik pulih serta dapat lagi potongan diskaun sebanyak 50 peratus untuk alat ganti kereta jika hantar dengan Proton
  • Jika anda hantar di mana mana syarikat kenderaan, bengkel kereta yang daftar dengan MAA anda layak dapat bantuan servis percuma dan free untuk tunda kereta, layak juga dapat promo diskaun untuk tular alat ganti kenderaan dan kos upah repair & baik pulih sebanyak 25 peratus
  • Yang bagusnya kepada semua mangsa banjir di Melaka, Sabah, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kedah, Perlis, Kuala Lumpur KL, Negeri Sembilan dan Perak layak dapat claim rebat untuk repair kenderaan atau rebet beli ganti kereta baru sebanyak RM1000
Semakan Bantuan Duit Percuma RM2500 Untuk Mangsa Banjir
Bantuan duit wang tunai sebanyak RM2500 akan diberikan secara free dan percuma kepada mangsa banjir dengan syarat perabot, katil, almari, meja dan segala peralatan rumah anda telah rosak untuk meringankan beban untuk beli barang keperluan yang baru
Baucer dan Rebat Beli Barang Elektrik
Anda layak dapat penjimatan apabila beli barangan elektrik seperti peti sejuk (fridge) dengan bantuan rebat dan baucer sebanyak RM500 dari kerajaan Malaysia dengan syarat anda beli secara online shopping di Lazada & Shopee bermula 7 Januari 2022 ini.
Untuk info lanjut kami akan terus kemaskini di sini: Cara claim shopee dan lazada
Bantuan Wang Percuma RM5000 Bagi Repair & RM56000 Bina Rumah Baru
Ini adalah bantuan terbesar diberikan mangsa banjir di Melaka Negeri Sembilan Sabah Pahang Kelantan Johor Perlis Kedah Selangor Kuala Lumpur Kl Terengganu dan Johor di mana kos repair, baik pulih, bina semula rumah bermula RM5000 hingga RM56000 maksimum.
Jika tidak serius, bantuan wang percuma sebanyak RM5000 tetapi jika rosak teruk kerajaan akan bantu bina rumah baru dengan kos maksimum RM56000
Bil Elektrik TNB Free dan Percuma
Bantuan untuk mangsa banjir di Melaka Negeri Sembilan Sabah Pahang Kelantan Johor Perlis Kedah Selangor Kuala Lumpur Kl Terengganu dan Johor tidak perlu bayar apa apa kena kerajaan Malaysia bersetuju untuk berikan rebat diskaun bil elektrik TNB sebanyak 100 peratus (free dan percuma)
Bantuan Banjir 1000 Kepada Perniagaan, Peniaga & Usahawan
Diharapkan bantuan Rm1000 diperluaskan juga kepada usahawan, peniaga, penjaja kecil dan perniagaan serta bisnes yang terjejas di hulu langat klang shah alam Selangor Kuala Lumpur Kl Perak Kelantan Pahang dan Terengganu dek kerana jadi mangsa banjir bulan Disember 2021.
Dan diharapkan bantuan yang bakal disalurkan disegerakan.










Tabung Bantuan Bencana Negara Malaysia
Kepada nada yang ingin sama-sama memberikan sumbangan boleh berbuat demikian melalui bayaran sumbangan ke tabung bantuan bencana negara di bawah pengurusan NADMA
PERKARA
LINK PAUTAN

Nombor Akaun Bank Tabung Bantuan bencana negara Malaysia
1601-0001138-71-4

Bank
Bank Muamalat
SUMBER: https://www.nadma.gov.my
Berdasar angka bantuan keluarga malaysia untuk semua mangsa banjir yang mengalami bencana bulan Disember 2021 dan Januari 2022, ianya cecah jumlah RM61000
Semoga cara memohon permohonan bantuan bencana banjir keluarga malaysia dipermudahkan!
Kami harapkan masalah banjir di Sabah Kelantan Pahang Terengganu Perak Kuala Lumpur KL Johor Negeri Sembilan Melaka Kedah Perlis dan Selangor kembali pulih dan bantuan keluarga malaysia kepada mereka dapat disegerakan!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2022 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesiapa Rumah Terkena Banjir Dan Nak Dapatkan Rebat RM500 Bantuan Kerajaan Untuk Pembelian Alatan Elektrik Sekitar Pahang...

Ini Senaraikan Kedai-Kedai Yang Boleh Pergi.

Senarai Dokumen Yang Perlu Di Bawa Semasa Pembelian.
1. Salinan K/P
2. Bil Elektrik
3. Salinan Asal (Report Polis/Surat Pengesahan Banjir JKKK@Peg. Daerah)

*SENARAI KEDAI DI PAHANG UNTUK REBAT RM 500 PEMBELIAN BARANGAN ELEKTRIK*                                                      

1  YML REFRIGERATION SDN BHD
Address
B-38, GROUND FLOOR, JALAN DATO LIM HOE LEK,
25200 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
09-5135550

2 PUSAT LETRIK CHING SIEW
Address
C44, JALAN TENGKU ISMAIL
28000 TEMERLOH
PAHANG DARUL MAKMUR
0198197110

3 SUN TEONG HIN ELECTRICAL GOODS SDN BHD
Address
NO-116, 118 & 120
JALAN BESAR
25000 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
0167212023

4 PERNIAGAAN KIM SENG HIN
Address
NO 70 JALAN TELUK SISEK
25000 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
0129683790

5 J R AIRCOND & FREEZER
Address
NO.4,TAMAN JAYA JALAN BENTA
27000 JERANTUT
PAHANG DARUL MAKMUR
0199641521

6 WEE HENG LETRIK (TEMERLOH) SDN BHD
Address
NO 69&70, JALAN AHMAD SHAH 1, LURAH TEMERLOH
28000 TEMERLOH
PAHANG DARUL MAKMUR
09-2961578

7 WB ELECTRICAL & AIR-CONDITIONING ENGINEERING SDN. BHD.
Address
NO. A-141,JALAN DATO' WONG AH JANG,
25100 KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
25100 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
09-5150076

8 YONG YEN HONG
Address
4 , JLN JELAI , KUALA LIPIS
27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR
019-9864984

9 STAR LITE AIR CONDITIONING ENGINEERING SDN BHD
Address
NO 13 LORONG PADANG LALANG 8,
PERINDUSTRIAN PADANG LALANG,
KUANTAN
25050 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
0129083677

10 WOO SUM SALES & SERVICES SDN BHD
Address
3, JALAN LOKE YEW
28700 BENTONG
PAHANG DARUL MAKMUR
6092224511

11 BEYOND SALES & SERVICES
Address
NO.78, JALAN BESAR
KUALA LIPIS
27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR
+60179730663

12 TONG CHONG SALES & SERVICE CO
Address
NO. 101, JALAN BESAR
27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR
09-3121370

13 SYARIKAT PIONEER ELECTRICAL ENGINEERING
Address
42 JALAN DATO WONG AH JANG
25100 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
6095132180

14 YSH AIR COND & ELECTRICAL SERVICES
Address
NO. 19, TAMAN TAS MAKOTA,
BUKIT SEKILAU.
25200 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
0173008189

15 KIM HUAT REFRIGERATION & AIR COND SERVICES
Address
S-67,TAMAN INTAN,
27000 JERANTUT
PAHANG DARUL MAKMUR
09-2662002

16 ECOND SUPPLY SDN. BHD.
Address
NO. 62791/2, JALAN IM 14/1,
KAWASAN PERINDUTRIAN RINGAN PRIMA KOTA,
INDERA MAHKOTA,
25200 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
09-5723333

17 FOCUS ELECTRICAL MALAYSIA SDN BHD
Address
LOT 110 & 111 JALAN INDUSTRI SEMAMBU 6
KAWASAN PERINDUSTRIAN SEMAMBU
25300 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
09-5137699

18 TAN BROTHERS AIR-COND ENGINEERING SDN BHD
Address
NO.17, JALAN IM 3/7 KAWASAN PERINDUSTRIAN
BANDAR INDERA MAHKOTA
25200 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
09-5737699

19 EVERBEST AIR COND SALES & SERVICES
Address
A-93,TKT.BAWAH, LORONG SERI SETALI 80
OFF JALAN HAJI AHMAD
25300 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
09-5157628

20 KEONG AIR COND SUPPLY
Address
A5 GF JALAN PROMENADE VILLA 3
TANJUNG LUMPUR
26060 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
0139551394

21 NEW KIM SENGHIN ELECTRICAL
Address
69, JALAN HAJI ABDUL AZIZ
25000 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
0129838755

22 TICK KEE ELECTRONIC
Address
NO,4 BENGKEL BLOK A
JALAN KG RAJA
KG RAJA
39010 CAMERON HIGHLANDS
PAHANG DARUL MAKMUR
0178088601

23 DS ELECTRONICS SALES & SERVICE
Address
B-2240 & B-2242,
JALAN DATO LIM HOE LEK,
25200 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
0129577115

24 SANDY ELECTRICAL TRADING & SERVICES
Address
NO. 35-1, GROUND FLOOR,
JALAN SENTRAL KEMAYAN 1,
SENTRAL KEMAYAN,
28380 KEMAYAN
PAHANG DARUL MAKMUR
01170076726

25 PERNIAGAAN LETRIK KEEM SENG
Address
F73 JALAN KUANTAN
28000 TEMERLOH
PAHANG DARUL MAKMUR
0169228189

26 LAU AIR COND & ELECTRICAL TRADING
Address
NO 29
JALAN TEMERLOH
28300 TRIANG
PAHANG DARUL MAKMUR
+6092507360

27 SUMMERCOOL AIR COND CENTRE
Address
NO.B578, GRD FLOOR, SEMAMBU BARU 2,
JALAN BESERAH
25300 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
601095603322

28 RELIANCE AIR-COND ELECTRICAL SDN BHD
Address
A-25
JALAN SERI SETALI 2
OFF JALAN SEMAMBU
25300 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
09-5670488

29 LAU ELECTRICAL SERVICE CENTRE
Address
NO. 47,JALAN TEMERLOH,
BATU SATU,
28300 TRIANG
PAHANG DARUL MAKMUR
0199308775

30 OSCARTRAIL ENTERPRISE
Address
NO.11A, TINGKAT BAWAH,
TAMAN SERI MAHKOTA AMAN,
26070 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
0192416865

31 CENTRAL AIR CONDITIONING & REFRIGERATION WORKS
Address
B-2248,JLN LIM HOE LEK
25200 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
0199862354
32 SH EXPERT AIRCOND & ELECTRICAL SERVICES
Address
NO PT 13838 D JLN PINTASAN KUANTAN,KG PERMATANG BADAK ,25150 KUANTAN PAHANG.
25150 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
0162906463

33 SKYAIRE ENGINEERING (M) SDN BHD
Address
A-33, GROUND FLOOR, SRI PAHANG BUSINESS CENTRE,
JALAN HAJI AHMAD 7,
25300 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
016-9865177

34 T&L POWER AIR COND &ELECTRICAL
Address
29,JALAN MAKMUR 1,BANDAR SATELIT 26700,MUADZAM SHAH.PAHANG
26700 MUADZAM SHAH
PAHANG DARUL MAKMUR
0107600567

35 SYARIKAT LETRIK LIM & ONG SDN BHD
Address
NO 4&5, JALAN EMAS 2A, KERAYONG,
28200 BANDAR BERA, PAHANG.
28200 BERA
PAHANG DARUL MAKMUR
0169335854

36 NG ELECTRONICS SALES & SERVICE
Address
31 JALAN AH PENG
28700 BENTONG
PAHANG DARUL MAKMUR
+60173677667

37 YAT TONG ELECTRICAL TRADING & SERVICE CENTRE
Address
74A, PERSIARAN CAMELLIA 4
TANAH RATA
39000 CAMERON HIGHLANDS
PAHANG DARUL MAKMUR
0123832705

38 THT AIRCOND & ELECTRICAL SERVICES
Address
NO.8, JALAN IM 3/2, BANDAR INDERA MAHKOTA
25200 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
012-9008189

39 NEW LEONG ELECTRONIC SDN BHD
Address
NO.76&78,
JALAN BUKIT UBI
25200 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
0139808348

40 FR PRIMA
Address
B43, LORONG KEMPADANG AMAN 1,
KEMPADANG AMAN, 26060 KUANTAN PAHANG
26060 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
01139101612

41 VITALCOOL AIRCOND & ELECTRICAL SERVICES
Address
NO.8, JALAN IM 3/2, BANDAR INDERA MAHKOTA
25200 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
0172161281

42 JATSON (M) SDN BHD
Address
LOT 49, WISMA MCA, JALAN BUKIT UBI
25200 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
0123313901

43 BEST COOLING AIR COND CENTRE
Address
A57,LORONG IM 15/19,TAMAN MAHKOTA PERMAI,BANDAR INDERA MAHKOTA
25200 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
09-5732533

44 HF HENG FUAT LETRIK SDN.BHD.
Address
NO 2
JALAN ZABIDIN
28400 MENTAKAB
PAHANG DARUL MAKMUR
01120098209

45 UNITED AIR-COND.& REFRIGERATION SERVICE CO
Address
NO 67,TINGKAT BAWAH,JALAN BUNGA TANJUNG
28400 MENTAKAB
PAHANG DARUL MAKMUR
0199881955

46 CHEE KEONG REFRIGERATION & AIR COND SDN BHD
Address
NO 6 KAWASAN INDUSTRI TEMPOYANG
27200 KUALA LIPIS
PAHANG
27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR
0192295696

47 MTZ ENGINEERING ENTERPRISE
Address
A-35, TINGKAT BAWAH
JALAN IM 3/12
BANDAR INDERA MAHKOTA
25200 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
0179005310

48 AUN AIR-COND SERVICES
Address
A 68 JALAN TAMAN RIMBA
TAMAN RIMBA
28400 MENTAKAB PAHANG
28400 MENTAKAB
PAHANG DARUL MAKMUR
0129286972

49 T H AIR COND & ELECTRICAL
Address
NO A-4110, TINGKAT BAWAH, JALAN KUBANG BUAYA,
25250 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
019-9868731

50 SENG HUAT TRADING
Address
40, JALAN TEMERLOH
28300 TRIANG
PAHANG DARUL MAKMUR
0133881887

51 SUN COND TRADING
Address
B26 TAMAN SERI INDERAPURA
JALAN KUANTAN PEKAN
25300 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
0199529352

52 SENG TRADING
Address
NO 20, BANGUNAN LKNP BENTA
27300 BENTA
PAHANG DARUL MAKMUR
0199683383

53 YEAW TV SDN BHD
Address
NO. 11 & 12, JALAN TAHAN,
BANDAR BARU,
27000 JERANTUT
PAHANG DARUL MAKMUR
09-2662029

54 Z&Z JENGKA ENTERPRISE
Address
N-06 LORONG TARBP 6,
BANDAR TUN ABDUL RAZAK
BUSINESS PARK,
26400 BANDAR JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR
0179008409

55 CHIEN FATT AIRCOND & ELECTRICAL SERVICES
Address
NO. 16, BANGUNAN LKNP BENTA,
27300 BENTA
PAHANG DARUL MAKMUR
0179828920

56 PERNIAGAAN ELEKTRONIK LEONG HOE
Address
NO A23, TAMAN PERMAI 2
BATU 7
JALAN GAMBANG
25150 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
0125069779

57 SY ELECTRIC CENTRE
Address
NO 1 GF
JALAN BANDAR
BANGUNAN PEMUDA UMNO
26500 MARAN
PAHANG DARUL MAKMUR
0139680789

58 SINNAS ELECTRICAL
Address
23, JALAN BESAR KARAK
28600 KARAK
PAHANG DARUL MAKMUR
0176117833

59 WHM LETRIK TRADING
Address
NO.14 JALAN TEMERLOH 28400MENTAKAB PAHANG
28400 MENTAKAB
PAHANG DARUL MAKMUR
09-2774578

60 WOON KIM SENG TRADING SDN. BHD.
Address
54 & 55 JALAN TEMERLOH
28400 MENTAKAB
PAHANG DARUL MAKMUR
0199266883

61 KARAK ELECTRICAL & TRADING
Address
P13,13A TAMAN KARAK INDAH
28600 KARAK
PAHANG DARUL MAKMUR
0122395148

62 SHARIKAT RADIO FAR EAST
Address
70 JALAN AH PENG
28700 BENTONG
PAHANG DARUL MAKMUR
0142132477

63 LEERASTU ELECTRICAL
Address
NO. 1 JALAN BESAR KARAK
28600 KARAK
PAHANG DARUL MAKMUR
019-9191538

64 PERNIAGAAN LETRIK KEEM SENG
Address
F-73 JALAN KUANTAN
28000 TEMERLOH
PAHANG DARUL MAKMUR
0169228189

65 LAU AIR COOL ENGINEERING
Address
NO.26 JALAN SRI KERAYONG 3
BANDAR BARU KERAYONG
28200 BANDAR BERA
PAHANG DARUL MAKMUR
0173332733
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2022 02:54 PM | Show all posts
Check utk rebate barangan elektrik https://semak.seda.gov.my/publics/banjir


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2022 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
NADMA minta JPBN, JPBD Sarawak diaktif serta-merta
Januari 8, 2022 @ 10:50pm
Pekerja Alam Flora melakukan kerja-kerja pembersihan longkang ketika Program Mega Pembersihan Pasca Banjir di Taman Sri Muda Seksyen 25 hari ini. - foto BERNAMA  
Pekerja Alam Flora melakukan kerja-kerja pembersihan longkang ketika Program Mega Pembersihan Pasca Banjir di Taman Sri Muda Seksyen 25 hari ini. - foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengarahkan agar Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri (JBPN/Daerah (JBPD) di Sarawak diaktifkan berikutan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tengah hari tadi.

NADMA dalam kenyataan hari ini meminta agar JPBN dan JPBD meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang mungkin berlaku terutama di kawasan berisiko tinggi.

Selain itu, JPBN dan JPBD perlu memastikan setiap pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas serta Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian mencukupi serta berada dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan.

Terdahulu, MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu bermula 11 hingga 13 Januari.

Berikutan itu, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) segera mengeluarkan Notis Kesiapsiagaan Operasi Bencana.

Dalam pada itu, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) memaklumkan terdapat pertambahan satu kejadian tanah runtuh di Sarawak menjadikan keseluruhan kejadian tanah runtuh sepanjang tempoh Monsun Timur Laut 2021/2022 di seluruh negara adalah 267.

Jabatan Kerja Raya (JKR) turut melaporkan sehingga hari ini, sebanyak 54 lokasi kejadian cerun runtuh dan tanah runtuh di seluruh negara.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan kerja-kerja pembersihan longkang ketika Program Mega Pembersihan Pasca Banjir di Taman Sri Muda Seksyen 25 hari ini. - foto BERNAMA  
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan kerja-kerja pembersihan longkang ketika Program Mega Pembersihan Pasca Banjir di Taman Sri Muda Seksyen 25 hari ini. - foto BERNAMA
Sementara itu, NADMA memaklumkan hingga hari ini, operasi pembersihan pascabanjir di Selangor telah mencapai 100 peratus selesai dengan jumlah sisa dibersihkan sebanyak 607.51 tan.

"Secara keseluruhan, sebanyak 83.5 peratus kerja pembersihan telah selesai bagi fasa satu dan 85 peratus bagi fasa dua melibatkan dua negeri iaitu Negeri Sembilan dan Melaka. Jumlah sisa dibersihkan bagi kedua-dua fasa itu adalah sebanyak 2,926.13 tan," menurut kenyataan itu.

Dalam perkembangan sama, NADMA memaklumkan sebanyak 50,224 atau 80.3 peratus Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima bayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) manakala 12,300 KIR masih belum menerima agihan bantuan.

– BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2022 03:36 PM | Show all posts
8,257 rumah terjejas banjir bakal diselenggara   Oleh Luqman Arif Abdul Karim -             Januari 10, 2022 @ 1:29pm            luqman.arif@bh.com.my


[url=][/url]


PUTRAJAYA: Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat, membabitkan 8,257 rumah yang dikesan terjejas banjir luar biasa pada Disember, tahun lalu.




Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, menjelaskan perangkaan itu tidak statik sebaliknya boleh berubah mengikut perkembangan keadaan semasa berikutan sesetengah kawasan masih dilanda banjir.
Berdasarkan jumlah sedia ada, katanya, sebanyak 8,139 adalah rumah yang akan dibaik pulih, manakala 118 lagi untuk pembinaan baharu.
"Fasa pertama inisiatif ini membabitkan pengumpulan data oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) di peringkat daerah, penyelarasan data di peringkat negeri oleh kerajaan negeri dan maklumat rakyat terkesan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) sebagai pusat data utama mangsa banjir.
Disyorkan Untuk Anda









"Fasa kedua pula merangkumi proses pemeriksaan, penilaian dan pengesahan data, membabitkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta kerajaan negeri.
"Fasa ketiga adalah kerja pembinaan atau baik pulih semua rumah yang terkesan sehingga siap dan kemudian akan dilaporkan semula kepada ICU," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Bagi memastikan kelancaran aspek pelaksanaan, Reezal berkata tempoh bagi bina baharu yang ditetapkan ialah antara empat hingga enam bulan, manakala dua minggu bagi tujuan baik pulih.

Katanya, peruntukan untuk baik pulih setakat ini adalah antara RM5,000 hingga RM15,000 dan nilai ambang bagi bina baharu kediaman ialah RM56,000.
"Pelaksanaan Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia di peringkat KPKT akan dilaksanakan melalui Suruhanjaya Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA), selain JKR serta kerajaan negeri melalui kontraktor yang dilantik.
"Sehingga hari ini, anggaran awal kos di peringkat KPKT adalah RM83.4 juta yang mana SPNB akan membina baharu, manakala PR1MA akan melakukan kerja-kerja baik pulih.
"Cadangan reka bentuk rumah bakal menggunakan model JKR iaitu rumah kekal banjir atas tiang dan rumah kekal banjir atas tanah, dengan keluasan 600 kaki persegi (55.74 meter persegi) menerusi teknologi Sistem Bangunan Industri (IBS)," katanya.
Tatkala proses bina baharu kediaman dibuat, Reezal menjelaskan bahawa pihaknya akan memperuntukkan baucar sewa kepada pemilik kediaman sebagai bantuan awal.

Sementara itu, Mahdzir berkata, jumlah keseluruhan yang diperuntukkan bagi tujuan operasi pasca banjir untuk kedua-dua kementerian mencecah RM200 juta.
"RM100 juta untuk tujuan baik pulih dan bina baharu kediaman, manakala RM100 juta lagi bagi infrastruktur awam," katanya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Foto fail NSTP





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.146592 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list