View: 1175|Reply: 5
|
Perkahwinan Menjadikan Yonnyboii Lebih ‘Manusia’
[Copy link]
|
|
Hampir dua bulan Yonnyboii melayari rumah tangga bersama Nik Nazira Narriman, penyanyi rap itu mengakui semakin bahagia dalam menjalani hari-harinya.
Kredit foto: IG Yonnyboii
Ujar Yonny atau nama lengkapnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 24, ketika dihubungi Pose berkata, mahligai dibina membuatkan dirinya semakin matang dalam memegang tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
“Alhamdulillah setakat ini apa yang boleh saya katakan, perjalanan perkahwinan dengan Nazirah banyak mengubah saya menjadi seorang lelaki yang lebih matang.
“Banyak yang saya belajar untuk menjadi suami terbaik. Selepas berkahwin, saya kena lebih bertimbang rasa terhadap isteri. Apa sahaja yang saya lakukan, saya tidak boleh fikir tentang diri sendiri sahaja,” katanya.
Dia sebaliknya perlu memikirkan soal hati si isteri dan tidak akan memaksa wanita itu melakukan perkara yang enggan dilakukan.
Apa yang paling penting, Yonny dan isteri banyak berkomunikasi dan berbincang dalam setiap kehidupan.
“Saya boleh lihat perkahwinan ini menjadikan saya lebih ‘manusia’. Memang berbeza ketika saya bujang. Saya boleh buat apa sahaja sendirian.
“Sekarang ini tidak lagi. Perubahan paling besar dalam diri selepas berkahwin adalah, saya jadi rajin untuk berkemas dan buat kerja-kerja rumah,” katanya.
Sebelum ini, Yonny bukanlah seorang yang rajin untuk mengemas rumah, namun selepas berkahwin, dia berubah dan menjadi ‘ringan tulang’ demi insan tersayang.
“Di rumah, sayalah yang basuh pinggan. Kasihan isteri sudah penat memasak. Semua benda dia buat. Jadi sebagai suami, tidak salah jika saya membantu meringankan kerjanya di dapur.
“Boleh kata saya memang seorang yang pemalas sebelum ini, tapi sekarang saya cuba berubah menjadi lebih rajin,” kata Yonny.
Selain ringan tulang, rutin harian pelantun lagu Tak Sangka itu juga mengalami perubahan apabila lebih suka berada di rumah, terutama pada waktu malam.
Kata Yonny, sebelum ini dia suka keluar melepak bersama kawan-kawan sehingga larut malam, namun aktivitinya berubah selepas mendirikan rumah tangga dan lebih suka menghabiskan masa di rumah bersama isteri.
Bercakap tentang soal zuriat, Yonny dan isteri tidak menetapkan sebarang sasaran, namun merancang untuk memiliki cahaya mata, mungkin dalam tempoh dua tahun dari sekarang.
“Soal zuriat, saya tidak terlalu fikir sangat. Tapi kami merancang kalau nak ada anak mungkin dalam tempoh dua tahun dari sekarang. Sekurang-kurangnya selepas kami sudah puas berdua.
“Orang kata, anak menjadi pengerat hubungan suami isteri. Kalau ada rezeki awal, alhamdulillah,” katanya.
Sekadar bertanya tentang masakan air tangan isteri yang paling disukai, Yonny berkata, isterinya memang rajin memasak.
“Masakan isteri paling sedap ialah masak lemak cili api dan ayam masak kicap. Memang terbaik! Isteri memang rajin masak.
“Buka sahaja TikTok atau YouTube, dia akan tengok resipi.
“Saya pula setakat ini pernah masakkan sarapan roti canai untuk isteri.
“Itu pun roti canai segera. Tapi saya cuba nak belajar masak. Mana tahu kalau isteri mengandung nanti dan mengidam. Boleh saya masakkan,” katanya berseloroh.
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
apa selama ni ko jadi MENTADAK ke??????
|
|
|
|
|
|
|
|
harap juga dik yonni semakin kerap dan rajin mandi yachhh! |
|
|
|
|
|
|
|
Laki yg malas buat kerja rumah sehinggalah berkahwin sbb nak bantu isteri, perempuan yg pakai tudung selepas kahwin sbb tak mau suami tanggung dosa...korg benci mak bapak korg ke?
Macam...masa bujang dulu, malas bantu mak kemas rumah, tak takut bapak masuk neraka sbb tak pakai tudung? Kalau berubah atas dasar sayang, kiranya sebelum ni tak sayang mak bapak ke?
Tapi kalau daripada broken home, okay, boleh faham...
|
|
|
|
|
|
|
|
"Selain ringan tulang, rutin harian pelantun lagu Tak Sangka itu juga mengalami perubahan apabila lebih suka berada di rumah, terutama pada waktu malam."
Alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
Cam burung belatuk |
|
|
|
|
|
|
| |
|