CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 112|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang tak anjur Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina tahun ini

[Copy link]
Post time 10-1-2022 04:05 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Georgetown: Kerajaan Negeri Pulau Pinang memutuskan tiada penganjuran Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina tahun ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, keputusan itu dibuat susulan situasi semasa negara yang masih berdepan dengan pandemik Covid-19 dan belum pulih sepenuhnya.

"Keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira aspek keselamatan semua pihak terutamanya rakyat Pulau Pinang secara menyeluruh.

"Tambahan pula, terdapat keperluan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, lebih-lebih lagi dengan pengesanan beberapa kes varian Omicron di Pulau Pinang baru-baru ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kon Yeow turut menyeru rakyat negeri ini melakukan kawalan kendiri dan kekal berdisiplin dalam mematuhi SOP ditetapkan demi diri sendiri, keluarga serta komuniti sekeliling.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.073742 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list