CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 151|Reply: 0

[Pulau Pinang] Maritim Pulau Pinang tahan bot tunda, tongkang

[Copy link]
Post time 10-1-2022 03:57 PM | Show all posts |Read mode

Kedua-duanya ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan bersauh tanpa kebenaran Ketua Jabatan Laut Malaysia.

GEORGETOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan sebuah bot tunda Nautillus dan tongkang Singa Besar pada jam 10.15 pagi Ahad.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abdul Razak Mohamed berkata, kedua-duanya ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan bersauh tanpa kebenaran Ketua Jabatan Laut Malaysia.

Menurutnya, bot tunda bersama tongkang itu ditahan semasa rondaan rutin sekitar jarak 0.5 batu nautika barat Penaga, Butterworth.

"Hasil pemeriksaan mendapati, mereka gagal mengemukakan dokumen kebenaran berlabuh dari Pengarah Laut Malaysia ketika diminta.

"Tongkang bermuatan jentera dan bot tunda itu dikendalikan lapan kru termasuk nakhoda terdiri daripada enam warga Indonesia dan dua warga tempatan. Mereka berusia lingkungan 21 hingga 48 tahun, memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, nakhoda bersama seorang ketua jurutera telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Pulau Pinang untuk siasatan lanjut.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Saya ingin menegaskan kepada semua pemilik kapal supaya sentiasa memastikan segala prosedur dan peraturan dipatuhi mengikut undang-undang di laut sedia ada. Pihak Maritim Malaysia akan sentiasa memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara dipelihara," ujarnya.

Beliau menambah, sebarang aduan salah laku jenayah maritim di laut atau kes kecemasan segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian (04-2626146) atau talian kecemasan MERS 999.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -bot-tunda-tongkang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.079212 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list