CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 993|Reply: 5

Tinggal Sehelai Sepinggang, Mangsa Banjir Pelik Tak Dapat Bantuan Kerajaan Persekutuan Atau Negeri

[Copy link]
Post time 10-1-2022 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Jelebu: "Saya tidak tahu di mana silapnya sehingga tidak menerima bantuan mangsa banjir sama ada daripada Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri.


"Apabila dimaklumkan mangsa lain menerima bantuan itu dan saya tidak, ia seperti tidak adil kepada saya," kata Hasrah Isa, 61, dari Kampung Kuala Klawang, di sini.


Hasrah berkata, dalam kejadian pada 3 pagi 18 Disember lalu, dia dan isterinya hanya sempat menyelamatkan diri sahaja berikutan air naik dengan cepat.




Foto: Harian Metro




Menurutnya, dia dan isteri keluar rumah sehelai sepinggang dan terus pergi ke belakang sebuah kedai menjual peralatan rumah di Kuala Klawang.


"Saya pulang ke rumah selepas banjir surut dan melihat pada kesan banjir dengan paras air hampir mencecah kipas siling.


"Sebelum berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan D'Sury, Kuala Klawang pada Isnin (20 Disember) saya menumpang tinggal di rumah anak di Seremban.


"Namun disebabkan Bukit Tangga tidak boleh dilalui kenderaan akibat tanah runtuh, saya dan isteri ambil keputusan untuk tinggal di PPS," katanya.


Hasrah berkata, pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) hanya memberi alasan dia tiada di rumah ketika mereka datang melawat rumahnya, menyebabkan namanya tercicir.


Menurutnya, pihak berkaitan seperti urusetia PPS sudah sedia maklum namanya turut tersenarai sebagai mangsa banjir dan dia membuat laporan polis berhubung kejadian banjir itu di Balai Polis Kuala Klawang pada 20 Disember.


Sementara itu, Muhamad Abas, 74, dari Kampung Kuala Pah berkata, dia hanya menerima bantuan wang ihsan daripada Kerajaan Persekutuan sahaja.


"elik bagaimana nama saya boleh tercicir sedangkan sudah mendaftar dan tinggal di PPS D'Sury selepas diminta berbuat demikian.


"Jiran lain yang mengalami banjir sudah menerima bantuan disediakan kerajaan negeri itu," katanya yang turut membuat laporan polis pada 20 Disember. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2022 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
kesianny tapi buat report polis atas alasan apa, sebab tak dpt bantuan lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa suruh undi dapig pru haritu.kn dh mendapat
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah bergaduh dengan ketua kampung ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 02:10 PM | Show all posts
hotmak replied at 10-1-2022 01:09 PM
kesianny tapi buat report polis atas alasan apa, sebab tak dpt bantuan lagi?

report polis sebagai bukti kena banjir. kalo mintak apa2 bantuan ada yg mintak pengesahan ko kena banjir. Report polis adalah salah satu bentuk pengesahan

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketua kg baru Tak kenal diorang ke..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.059754 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list