CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2297|Reply: 13

Didakwa Punca Gagal Ke AJL, Sarah Suhairi Dikutuk Nyanyi Lagu Andi Bernadee

[Copy link]
Post time 10-1-2022 09:45 AM | Show all posts |Read mode
Inilah yang dikatakan, rumah sudah siap, tetapi pahatnya masih berbunyi.


Aduhai, tak baik tahu bila ada yang tetap mengata di belakang mengenai persembahan nyanyian Sarah Suhairi ketika dia menggantikan penyanyi Andi Bernadee di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 (SFMM36) tempoh hari.


Dipertanggungjawabkan untuk membawakan lagu berjudul Penat, Sarah rupa-rupanya terpalit dengan tuduhan gara-gara dirinyalah, maka lagu tersebut tidak mampu berjaya mara ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36.


Foto: IG




Keras jugalah untuk menuduh Sarah sebegitu rupa sedangkan, sebagai penyanyi, pastilah dia sedar diri bahawa nyanyiannya tidak akan sama dengan si penyanyi asal.


Jadi, apa pula kata si empunya diri bila dikritik menjadi punca Andi tak mampu ke pentas akhir? Sarah, jawablah!


Wujud pula tuduhan bahawa Sarahlah yang menjadi punca lagu Andi itu tak dapat masuk ke pentas akhir AJL36. Apa yang boleh Sarah katakan?
Sebenarnya saya rasa sangat berbangga kerana diberi peluang menggantikan tempat Andi untuk ke pentas separuh akhir. Dia pun baru balik dari United Kingdom (UK) dan perlu kuarantinkan diri. Saya dapat tahu pun pada Isnin, minggu yang sama di mana Sabtu itu sudah semi final. Jadi, saya ada masa yang sangat singkat untuk hafal lirik dan buat persediaan. Namun, tetap cuba yang terbaik pada malam itu.


Adakah memang Andi sendiri yang memberi tanggungjawab itu kepada Sarah?
Ya. Mungkin disebabkan kami ini pun memang rapat dan sudah lama membina kepercayaan antara satu sama lain, maka dia minta saya bawakan lagu itu. Tapi sebetulnya, saya pun terkejut! Saya sudi ambil tanggungjawab itu sebab menganggap lagu itu tidaklah seberat lagu Misha Omar atau Datuk Seri Siti Nurhaliza misalnya.Lagu itu tenang saja dan rasa masih mampu bawakan. Jadi, jika ada kalangan netizen yang menyalahkan saya maka lagu itu tidak dapat ke pentas akhir AJL, saya minta maaf. Mungkin silap daripada saya.




  



Adakah Sarah juga sudah dapat menjangkakan kritikan seperti ini akan timbul bila terima ‘lamaran’ Andi itu?
Boleh dikatakan begitu. Saya tak tahu apa kriteria atau syarat tertentu tentang bagaimana sesebuah lagu itu dianggap layak untuk ke pentas akhir pertandingan seperti AJL. Bagi saya, AJL adalah mengenai kualiti lagu, lirik, komposisi dan susunan lagu serta melodinya. Pendek kata, AJL adalah untuk menghargai tenaga kreatif di belakang lagu itu. Sebab itulah saya minta maaf jika ada yang lihat kekurangan dan kelemahan saya semasa membawakan lagu Andi. Tuhan saja tahu, bagaimana gementarnya saya.


Mungkin yang mempertikaikan itu datang daripada kalangan peminat Andi. Sarah rasa berat tak nak pikul tanggungjawab seperti itu kerana orang tentunya akan berharap?
Memang itulah yang dirasakan. Walaupun lagu tak menguji vokal tinggi, tetapi tekanan itu ada. Tetapi, Andi memang nak penggantinya penyanyi wanita. Kalau dari awal dia nak lagu itu dinyanyikan oleh penyanyi lelaki, boleh saja Andi berbuat demikian. Memang Andi ada sebut, dia mahukan kelainan untuk ke pentas separuh akhir tempoh hari.




  



Biasanya, sesebuah lagu memang telah dibuat mengikut acuan penyanyi asal. Adakah Sarah juga bersetuju dengan frasa itu?
Betul. Kadang-kadang pendengar dan peminat pun memang susah sikit nak terima orang lain bawa lagu penyanyi kesayangan mereka. Sebab itulah, bila saya bawakan lagu Penat, ia tak akan bunyi macam Andi. Memang ia akan bunyi ‘Sarah Suhairi’. Saya harap netizen faham situasi ini sebab setiap penyanyi tak akan mampu membawakan 100 peratus sama seperti penyanyi asal.


Tersinggung tak bila kena kritik begini?
Tidaklah. Biasalah itu, kita tak akan dapat puaskan hati semua orang walau bagaimana baik kita telah mencuba.saya sendiri pun sudah dua kali berada di pentas separuh akhir membawakan lagu sendiri, tapi tak berjaya mara ke peringkat akhir. Agaknya belum ada rezeki. Pada masa akan datang, siapa tahu bukan? Perlahan-lahan kayuh… -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2022 10:04 AM | Show all posts
Nape Andi tak nyanyi sendiri? Btw lagu penat ni memang sedap
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 10:43 AM | Show all posts
Sape laa MUA dia ni. Sumpah xlawa mekap kt atas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 11:02 AM | Show all posts
yend bendi kat kohrea dengan geng-geng haelina kan? btw, lagi better ko SS bawak, ada feel gitu...Yendi nyanyi rasa macam tengah tengok Sinyu Doremon yang perform... LOL
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Andi bernadee nyanyi pun live hauk
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 10-1-2022 10:43 AM
Sape laa MUA dia ni. Sumpah xlawa mekap kt atas tu.

Khen, tak sesuai sangat mekap gelap2 kan mata tu.... Dari wajah nan desa terus jadi leluhur yindu majapahit...

Rhoper macam tapai basi jah mekap gitu...

Mekap la korean2 natural look gittew baru cantik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2022 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Laahh.. bkn ajl ni based on lagu & lirik ke? Ade kene mengena dgn vokal dh persembahan ke? Lain la kalau bertanding akhir nnt utk menang vokal terbaik..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 10-1-2022 10:04 AM
Nape Andi tak nyanyi sendiri? Btw lagu penat ni memang sedap

Dlm cerpen di atas tu dh ade tulis.. baru blk dr UK.  Tgh kuarantin katenyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2022 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg palat kn juri bongok kroni tb3 ni kesian sin chan
RiP
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 11:48 AM | Show all posts
mentang2 lah si sarah ni tak putih tak kaya .... biar je lah adat lah tu pertandingan. media malaysia ni terlampau lampau favorable. spotlight semata mata untuk yg kaya dan putih je. bukan semua karya seni untuk selere tekak media. karya seni ada peminat tersendiri. kalah kalah lah. salahkan sana sini apo
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 01:22 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 10-1-2022 11:16 AM
Khen, tak sesuai sangat mekap gelap2 kan mata tu.... Dari wajah nan desa terus jadi leluhur yindu  ...

Urut dada nengok mekap tang mata tuh. Yihhh sgt
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 02:38 PM | Show all posts
..maksu replied at 10-1-2022 11:48 AM
mentang2 lah si sarah ni tak putih tak kaya .... biar je lah adat lah tu pertandingan. media malaysi ...

si sarah ni bukan kaya ke siap ada kuda sendiri lagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
..maksu replied at 10-1-2022 11:48 AM
mentang2 lah si sarah ni tak putih tak kaya .... biar je lah adat lah tu pertandingan. media malaysi ...

tak kaya? bukan ke dia ni yang bercuti ke london tatkala rakyat malaysia tengah berlockdown?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu penat ni sedap tapi sarah bawak malam tu mmg tak sedap. Sorry sarah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.239490 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list