CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 305|Reply: 0

[Sarawak] Dua penunggang motosikal tunjuk aksi bahaya ditahan

[Copy link]
Post time 10-1-2022 09:36 AM | Show all posts |Read mode


SIBU: Padah buat aksi berbahaya ketika menunggang motosikal, dua remaja lelaki ditahan semasa Op Samseng Jalanan di sini pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua suspek ditahan semasa operasi yang dijalankan di Jalan Tun Zaidi Edruce sekitar jam 10 malam hingga 3.30 pagi.

"Suspek pertama berusia 20 tahun bekerja sebagai pencuci kereta, melakukan aksi menundukkan kepala dan tunggangan yang amat merbahayakan diri sendiri.

"Suspek kedua pelajar berusia 16 tahun ditahan melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (wheelie) di Jalan Tun Zaidi Edruce.

"Kedua-dua suspek ditangkap di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, dalam operasi terbabit, polis turut mengeluarkan sebanyak 13 keping saman Pol.257.

Dalam pada itu, Alexson menjelaskan Op Samseng dilaksanakan oleh JSPT Sarawak bersama-sama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Sibu.

Ia diketuai Timbalan Ketua JSPT Sarawak, DSP Mathew Manggie bersama-sama enam anggota.


utusanborneo.com.my/2022/01/09
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.195525 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list