CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1391|Reply: 19

[Tempatan] Pengurus pasar raya dikompaun setelah pelanggan berebut barang promosi tanpa penjarakan fizikal

[Copy link]
Post time 10-1-2022 08:39 AM | Show all posts |Read mode
Pengurus pasar raya dikompaun pelanggan berebut barang promosi

https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... but-barang-promosi/

Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN
10 Januari 2022, 8:11 am


Tangkap layar dalam video yang memaparkan orang ramai berebut dan bersesak membeli barangan minuman promosi di sebuah pasar raya di Sitiawan, kelmarin.

LUMUT – Polis mengeluarkan kompaun terhadap seorang pengurus sebuah pasar raya dekat sini selepas tular gambar pelanggan berebut mendapatkan barangan promosi tanpa penjarakan fizikal.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya menyiasat tentang kejadian itu susulan dua video yang dimuat naik oleh pemilik Facebook We are Malaysian.

Menurut beliau, video masing-masing berdurasi 30 dan 11 saat itu memaparkan orang ramai bersesak dan berebut bagi membeli minuman tin yang dijual murah.

“Siasatan polis mendapati kejadian berlaku di sebuah pasar raya di Jalan Medan Sejahtera, Jalan Lumut, Sitiawan antara pukul 9 hingga 9.30 pagi pada Jumaat lalu.

“Polis bersama pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Manjung memanggil pihak pengurusan pasar raya untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan pada pukul 2 petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Nor Omar memberitahu, satu kompaun RM1,000 dikeluarkan terhadap pengurus pasar raya itu kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal pengunjung di dalam premis di bawah Akta 342.

Pada masa sama beliau menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana pandemik Covid-19 masih belum berakhir.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat pelanggaran SOP boleh menghubungi bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya. – K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2022 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa ribu kena? 1000? Awat sikit sangatttt
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 09:12 AM | Show all posts
Kan..based on video tu..mcm lebih drpd 10 org tu..sorang rm1000..so let says, ada dlm 15 org.- so mesti minimum denda dlm rm15 k kan..
See math is simple Kan hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes marhaen CPT je ko kua kompoun wpon Kes dh lepas..tp klu politician yang Langgar..nk siasat dulu la..nk kaji dulu laa..hujung2 senyappppppppp
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
La kat lumut ke? Understandable la sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengurus je dikompoun, marhaen sekelian lepas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2022 10:37 AM | Show all posts
mcm bodoh jah. patut saman individu yg x reti jaga SOP tu lah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 10:41 AM | Show all posts
berapa la harga minuman tu, yang direbut-rebut? murah sangat kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2022 10:54 AM | Show all posts
Mooverine replied at 10-1-2022 10:41 AM
berapa la harga minuman tu, yang direbut-rebut? murah sangat kah?

tu la... iols tertanya2 jugak... berbaloi ke berebut persis ayam di baling dalam kandang buaya gittewww
kalau setakat murah 50 sen.... nauzubillah min zalik...
terus iols berlalu pergi bawak troli dengan troli2 tu sekali bawak masuk keta dan bergegas pergi dari pekan tu sambil pura2 tak pernah hidup di pekan itu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 11:24 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 10-1-2022 10:54 AM
tu la... iols tertanya2 jugak... berbaloi ke berebut persis ayam di baling dalam kandang buaya git ...

haha buaya kat Jong crocodile sini pun pandai dah, tak berebut-rebut sebab tau ada banyak ayam lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 11:37 AM | Show all posts
Gila betul tahap orang orang berebut ni yer.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 11:38 AM | Show all posts
Geng2 ketagih minuman manis.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 12:46 PM | Show all posts
Selesai dah tanggungjawab pihak berkuasa yayy
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 9-1-2022 08:54 PM

Jika di 1 pulau polis buat kerja untuk kawal sop.. Akak percaya kerajaan malaysia boleh buat banyak duit during new year celebration... What to do police hanya jaga roadblock dan raid private party saja that night... Tetapi di public depa buat tidak nampak sudah seperti concert or beach party.. Abam bomba juga jamming sekali
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 12:55 PM | Show all posts
Mcm monyet berebut pisang
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 12:59 PM | Show all posts
Ni yang semalam kecoh katanya ramai berebut beli coke dan tiger murah simpan stock untuk raya mungkin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2022 01:13 PM | Show all posts
orang yang jiwanya kompetitif akan suka berebut. semacam satu kepuasan bila dapat.

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 02:50 PM | Show all posts
warna Hijau Kuning tu pasaraya giant ke ?
ada ke lagi pasaraya giant kat malaysia ni..?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Gigih sgt dgn barang2 promosi waktu2 covid nih. Bila kes naik, kena pkp, bising lagik
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 08:00 AM | Show all posts
banyak sgt la penjimatan beli coke tu. budusssssssss.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.092964 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list