CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 499|Reply: 0

Jaguh tinju meninggal dunia selepas 10 hari koma

[Copy link]
Post time 9-1-2022 04:00 PM | Show all posts |Read mode

Arrest Sahakyan

Armenia: Jaguh tinju, Arrest Sahakyan meninggal dunia pada usia 26 tahun selepas 10 hari koma.

Petinju Armenia-Rusia dikejarkan ke hospital selepas tewas menerusi knockout pada 26 Disember lalu.

Dia mengalami kecederaan di otak dan terpaksa menjalani pembedahan.

Keadaannya masih kritikal dan selepas 10 hari berada dalam keadaan koma dia akhirnya disahkan meninggal dunia semalam.

Saudaranya, Svetlana Petrosyan menulis di Instagram: "Bagaimana hendak meneruskan kehidupan... jiwa kami... kegembiraan kami... perasaan kami sangat sedih.

"Saya tidak percaya... ia seperti mimpi buruk..

"Kami sangat sayangkan kamu. Kamu baik hati, memberi kegembiraan, hebat, seorang yang jujur."

Selain tinju, Sahakyan turut beraksi dalam seni bela diri campuran.

Petrosyan mengesahkan urusan pengebumian Sahakyan akan diadakan di Yerevan, Armenia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.364419 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list