CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 484|Reply: 0

RM50j lesap kerana kripto

[Copy link]
Post time 8-1-2022 01:20 PM | Show all posts |Read mode

New Delhi: Sekurang-kurangnya 900 orang di India ditipu lebih AS$12 juta, (kira-kira RM50 juta) untuk skim mata wang digital.

Mereka melabur dalam tawaran permulaan yang dikeluarkan oleh seorang lelaki dari Kerala untuk mata wang kripto yang tidak wujud, lapor India Times.

Sumber pihak berkuasa berkata, pelaburan dalam mata wang kripto palsu dibuat pada 2020, terutamanya ketika sekatan pergerakan dikuat kuasakan.

Pegawai berkata, mangsa membeli Morris Coin yang disenaraikan di bursa mata wang kripto Platform Franc di Coimbatore.

"Sepuluh syiling Morris bernilai Rs 15,000 (kira-kira RM848) dengan tempoh matang selama 300 hari. Mata wang itu palsu. Pelabur diberikan e-dompet dan memberitahu bahawa nilai mata wang akan meningkat apabila didagangkan dalam bursa.

"Tetapi penganjur syiling itu menyedut wang itu dan melabur secara haram dalam harta tak alih di Kerala, Tamil Nadu dan Karnataka, terutamanya dalam hartanah tanpa menunjukkan sebarang sumber pendapatan," kata sumber kepada The Indian Express.

Penguatkuasa mencari 11 lokasi di Kerala, Tamil Nadu, Karnataka dan Delhi.

Unni Mukundan Films Pvt Ltd, sebuah syarikat yang diasaskan oleh pelakon Malayalam Unni Mukundan adalah antara lokasi terbabit, menurut The Indian Express.

Pihak berkuasa mengenalpasti Nishad, 31, berasal dari kampung Pookkottumpadam di daerah Malappuram sebagai dalang penipuan itu.

Selepas polis daerah Kannur dan Malappuram memfailkan pelbagai aduan terhadap Nishad dan yang lain di bawah Seksyen 420 (Penipuan), pihak berkuasa membuka kes itu pada 2021.

Dia didakwa menjalankan skim Ponzi dan selepas syarikat itu berhenti membayar keuntungan yang dijanjikan, ramai pelabur membuat laporan polis.

Bagaimanapun Nishad melarikan diri dari India selepas dia mendapat jaminan daripada Mahkamah Tinggi Kerala. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.162549 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list