CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 765|Reply: 1

[Sabah] Laluan Kreatif Bakal Tarikan Pelancongan Di Bandar Sandakan

[Copy link]
Post time 7-1-2022 05:50 PM | Show all posts |Read mode


SANDAKAN : Laluan Kreatif yang berkonsep ‘Bringing Memories Back’ bakal menjadi tarikan baharu pelancongan di daerah ini.

Ia merupakan ilham Kementerian Pelancongan, Kebudayaaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) dalam usaha mengindahkan kawasan bangunan lama bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk merakam gambar.

Menterinya Datuk Jafry Arifin berkata, projek laluan membabitkan peruntukan kos sebanyak RM200,000 itu turut memaparkan hasil seni kreatif anak tempatan
“Laluan kreatif itu dapat mengembalikan memori pasar lama Sandakan yang menjadi pusat aktiviti perniagaan masyarakat Sandakan suatu ketika dahulu.


“Pasar lama tersebut telah dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek Sandakan Harbour Square dan digantikan dengan pasar lebih moden seperti yang ada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau projek berkenaan disini semalam.

Jafry berkata, rupa bangunan lama yang sebelumnya pudar, kini berubah menjadi panorama yang memberikan pesona berbeza.

Katanya, projek lukisan mural juga telah dirancang dan kini dalam proses pelaksanaan bagi mencantikkan lagi laluan kreatif itu.

“KePKAS yakin ia bukan saja memberi nilai tambah kepada produk pelancongan tetapi juga bakal menjadi tumpuan pelancong berswafoto sekaligus membantu mempromosi daerah Sandakan khususnya di media sosial,” katanya


sabahmedia.com/2022/01/07
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2022 07:25 PM | Show all posts
lama x pegi...kt situ ade 2 kfc.dkt2 plak tu..tu je ingat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.033582 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list