Sumber: Google Image
Siapa sangka beberapa artis di atas ini membuat pengakuan pernah memasuki gereja sewaktu masih beragama Islam. Anda pasti ingin tahu siapakah artis yang dimaksudkan? Menurut artikel dari Murai.my, inilah artis yang dikatakan tersebut, jom kita baca!
1. Anada Soebandono
Sumber: Google Image
Ananda Soebandono merupakan abang kandung kepada pelakon Alyssa Soebandono. Dia membuat keputusan untuk menukar agama dari Islam kepada agama Kristian. Dikatakan, dia sempat melakukan ibadah di gereja sewaktu masih beragama Islam.
“Saya masuk ke gereja, semasa pertama kali saya masuk, perasaan saya sangat luar biasa, dan jujur saya takut, saya seorang Muslim masuk ke gereja.
Perasaan saya seperti kita orang Indonesia ke Eropah di mana majoritinya Caucasian dan kita Asia sendiri. Saya berasa rendah diri seperti itu, tetapi saat itu saya tidak kisah.”-Ananda Soebandono
2. Kiki Fatmala
Sumber: Google Image
Walaupun beragama Islam, Kiki Fatmala pernah memohon kepada rakan-rakannya untuk menjemputnya melakukan ibadat di gereja. Hal ini berlaku selepas dia akui rasa tersentuh apabila mendengar lagu kerohanian di gereja.
Sewaktu berada di gereja, Kiki menceritakan dia berasa bimbang akan ditangkap kerana masih beragama Islam.
“Saya tanya, ‘bolehkah saya datang ke gereja?’. Pertama kali saya ke gereja, saya diajak berada di kedudukan paling hadapan.
Saya melihat kamera, saya terus menyembunyikan wajah kerana takut orang lain tahu saya menganut agama lain. Saya takut tetapi saya mahu mendengarnya (lagu kerohanian gereja)”-Kiki Fatmala
3. Kriss Hatta
Sumber: Google Image
Kriss Hatta merupakan pelakon sinetron Surga Yang Tak Dirindukan The Series telah menukar agamanya dari Kristian kepada agama Islam ketika hubungannya dengan aktres dan model jelita Hilda Vitria semakin serius. Namun,hubungan mereka telah terputus di tengah jalan setelah Kriss ditahan di penjara.
Ketika menjalani hukumannya, Kriss berasa teragak-agak untuk beribadat di masjid atau di gereja dan membuat keputusan untuk pergi ke gereja walaupun dia masih berstatus individu beragama Muslim ketika itu.
“Di dalam penjara ada masjid dan gereja, waktu itu masjid dan gereja hanya bersebelahan dan saya melihat kiri dan kanan, pergi ke arah masjid tapi saya berundur kembali.
Pergi ke gereja dan berundur lagi. Saya rasa risau. Keeseokan harinya saya cuba datang lagi, pada waktu itu saya keliru dan saya datang lagi, akhirnya saya buat keputusan untuk memasuki gereja.”-Kriss Hatta
Kriss bagaimanapun mengakui telah kembali menganut agama Kristian pada Oktober 2019 yang lalu.
4. Dena Rachman
Sumber: Google Image
Dena Rachman dilahirkan dalam keluarga yang beragama Islam, walau bagaimanapun, dia mengakui dirinya seorang atheist kerana merasakan Tuhan menjadikannya berbeza dengan orang lain.
Dena Rachman turut akui merasakan kedamaian sewaktu menghadiri pengebumian rakan bapanya yang meninggal dunia dan terus membuat keputusan untuk menyertai ibadat di gereja sebelum menganut agama Kristian.
“Apabila saya berada di sana, saya bertanya sama ada akan ke sanakah saya pergi. Waktu itu perayaan Krismas dan ia adalah perjalanan yang menyeronokkan.
Tiba-tiba saya membuka brosur (gereja) isinya kandungan mengatakan ianya terbuka kepada semua orang, termasuk warna kulit dan jantina.”-Dena Rachman
5. Ari Wibowo
Sumber: Google Image
Ari Wibowo merupakan pelakon, model, dan penyanyi Indonesia menceritakan sewaktu dirinya masih kecil, dia bersekolah di Jerman yang berlandaskan agama Kristian. Dia turut membuat keputusan untuk pergi ke gereja kerana enggan berasa bosan.
Namun tanpa disangka, Ari berkata dia merasakan ‘bisikan Tuhan’ sekaligus telah membuatkan hatinya rasa damai dan tenteram lalu memeluk agama Kristian ketika dewasa. -CARI
“Entah kenapa ada suara di hati saya atau di fikiran saya, ikut sujud menyembah, ikut berdoa, berlutut dan berdoa.
Saya turuti sahaja, selesai berdoa saya lihat langit rasa sangat indah, sangat damai, saya merasa mahu disayangi, hanya itu yang boleh saya gambarkan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang tidak memahami Tuhan. Tuhan itu wujud dan menyayangi saya.”-Ari Wibowo
|