CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 806|Reply: 2

"Dia Ikut Kerja, Nak Cari Duit Beli PS5", Netizen Puji Ozlynn Pandai Didik Anak

[Copy link]
Post time 7-1-2022 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Instagram Ozlynn & Johan




Istilah melentur buluh biarlah dari rebungnya sesuai digunakan untuk ibu bapa yang pandai mendidik anak mereka. Sama juga seperti Ozlynn, seorang ibu yang sentiasa melakukan yang terbaik dan juga pandai mendidik anak-anaknya sehingga dipuji oleh netizen!



Sebagai seorang ibu yang berkerjaya, Ozlynn berasa ia bukan satu masalah untuk membenarkan anaknya merasai pengalaman bekerja dari muda. Walaupun hanya sekadar mengikuti Ozlynn ke tempat kerja, Ozlynn berasa pengalaman yang ditimba oleh anaknya itu merupakan satu perkara yang berguna.



Menerusi akaun Instagramnya, Ozlynn berkongsi cerita tentang anaknya di posting terbaru. Kata Ozlynn, Haziq mempunyai keinginan untuk bekerja disebabkan mahu mengumpul wang untuk membeli permainan yang menjadi kegilaan ramai anak anak muda iaitu PS5.




Sumber: Instagram Ozlynn & Johan





"The best P.A, lewat macam mana habis bekerja, Haziq tetap jalankan tanggungjawab jaga mama, air botol mama dekat tangan dengan skrip"



" Director cut je air sampai terus depan muka dengan skrip...Betul-betul dia ikut apa yang papa dia pesan"



"Haih la my bambam syomel! Ni dia ikut kerja sebab nak cari duit beli PS5 jadi ada ketikadia masuk opis papa juga untuk tolong tampal resit"



"Kalau abang dia masuk opis papa, papa suh cuci jamban, vacum opis. Ada saja cleaner tapi papa dia kata, senang training awal, esok duduk sendiri tak ada la jamban berkeladak lepas tu suruh bini berus", kongsi Ozlynn.



Dalam posting yang sama juga, Ozlynn menyatakan rasa kesyukurannya kerana dikurniakan seorang suami yang sering bertolak ansur seperti Johan. Tambah Ozlynn lagi,



"Yang penting suami ada hati nak belajar dan membantu bukan takat arah, lepas tu balik rumah buat muka penat main handphone! Yang penting suami tahu buat kerja rumah tanpa isteri suruh, sebab suami bukan anak yang perlu kita bagitahu apa yang perlu buat. Dapat suami yang ada hati bantu ringankan urusan isteri juga satu rezeki. Pelan-pelan belajar. Senangkan hati isteri, senang la urusan suami".



Bagus betul Ozlynn dan Johan, semoga kita semua dapat mendidik anak anak kita dengan baik supaya mereka membesar menjadi orang yang berguna dan semoga Haziq dapat kumpul wang untuk beli PS5!  -CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2022 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Untung oz kawen johan.
Lau x mereput je la jadi pelakon suam kuku je..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 12:10 PM | Show all posts
dorg nie baru betul power couple. sama2 naikkan & improve each other. anak2 pun ikut sama terbentuk & terdidik. takde la nak menunjuk benda mewah, lifestyle mewah je manjang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.216526 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list