CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 594|Reply: 0

China Hasilkan Robot Boleh Baca Fikiran Manusia Sehingga 96 Peratus

[Copy link]
Post time 7-1-2022 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Beijing – Sekumpulan penyelidik di China dilaporkan membina robot industri yang boleh membaca fikiran manusia sehingga 96 peratus, lapor akhbar South China Morning Post semalam.


Robot industri itu bakal digunakan sebagai rakan sekerja bagi pekerja kilang dalam usaha meningkatkan tahap kecekapan dalam sesuatu penghasilan produk.


Menurut penyelidik Pusat Teknologi Inovasi Pembuatan Pintar, Universiti Three Gorges China, robot itu bukan sahaja mampu memantau gelombang otak pekerja tetapi turut mengumpul isyarat elektrik daripada otot untuk sama-sama berfungsi bagi menghasilkan produk yang kompleks.


Foto: Agensi




“Selepas ini, pekerja kilang tidak perlu menyuruh atau mengeluarkan arahan secara verbal kerana robot industri ini boleh membaca fikiran mereka.


“Ini akan membantu proses penghasilan produk dilakukan dengan lebih pantas dan berkualiti,” jelas ketua saintis projek tersebut, Dong Yuanfa


Dalam pembuatan industri moden, kerja pemasangan di sesebuah kilang menyumbang 45 peratus daripada jumlah beban kerja dan 20 hingga 30 peratus daripada jumlah kos pengeluaran.


“Bagaimanapun, robot kolaboratif atau ‘cobot’ hanya membantu mempercepat aktiviti pemasangan namun aplikasinya kekal terhad kerana keupayaan mengenal pasti fikiran manusia selalunya tidak tepat dan tidak stabil”, jelas Dong. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.278212 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list