CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 696|Reply: 0

Lagu Sangkut, Cover Album Tak Keluar! Tuju K-Clique Kecewa Tengok Hasil Kerja Dua Tahun

[Copy link]
Post time 7-1-2022 09:04 AM | Show all posts |Read mode
Baru sahaja melancarkan album solo pertama, panyanyi hip hop Tuju meluahkan rasa kecewa apabila terdapat kesilapan teknikal pada lagu dan kulit album selepas dimuat naik di platform digital.


Tuju atau nama sebenarnya Muhammad Azree Shah Awang Zamri, 26, memberitahu hasil kerja kerasnya selama dua tahun menyiapkan album itu tidak seperti yang diharapkan.




Foto: IG




"Saya kecewa kerana cover album itu tak habis dan lagu sangkut di platform digital.


"Saya yang cipta sendiri lagu dan kulit album itu dan saya tahu bagaimana rupanya. Ia tidak seperti yang saya gambarkan," luah Tuju.


Anggota kumpulan K-Clique ini, bagaimanapun tidak mahu meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak dan berharap masalah itu akan segera diselesaikan pihak berkenaan.




Foto: via mStar




"erkara ini diluar kawalan saya. Saya hanya boleh beritahu dan minta bantuan. Semoga ia dapat diselesaikan.


"Saya tidak mahu salahkan sesiapa. Ini tahun baru, cuma nak beri semangat untuk bekerja dengan betul dan punya kejujuran.


"Hari ini (6 Januari) masih sama. Mungkin esok akan dibetulkan," kata Tuju.




  



  



Album berjudul Tuju Untuk Kamu 18/19 itu mengandungi tujuh buah lagu dan boleh didengar di platform digital bermula 31 Disember lalu.


Album ini merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Tuju. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.251174 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list