CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 775|Reply: 9

Perlu Atau Tidak Dos Vaksin Yang Keempat?

[Copy link]
Post time 7-1-2022 08:02 AM | Show all posts |Read mode
London: Britain tidak seharusnya memulakan pemberian dos keempat vaksin Covid-19 sehingga lebih banyak bukti diperoleh untuk menunjukkan keberkesanannya.


Pandangan itu dilontarkan oleh seorang pakar vaksin di negara ini, Andrew Pollard yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI).


Katanya, JCVI menasihati barisan kepemimpinan Britain rancangan untuk memberikan suntikan dos penggalak kepada semua penduduk di negara ini dalam tempoh setiap enam bulan adalah ‘tidak masuk akal’.


Jelas Pollard, program imunisasi pada masa akan datang sepatutnya menyasarkan golongan yang berisiko, bukan melibatkan semua penduduk.




Foto: AFP




“Kita sepatutnya menghasilkan vaksin atau dos penggalak kepada golongan yang berisiko bagi melindungi mereka daripada komplikasi serius.


“Kita tahu ramai orang mempunyai antibodi yang kuat selepas mendapat dos ketiga, namun lebih banyak data diperlukan bagi melihat kekerapan vaksin yang perlu diambil oleh golongan berisiko.


“Kita boleh memberi vaksinasi kepada setiap orang di planet ini bagi setiap enam bulan. Kita tidak akan mampu melakukannya, selain tidak praktikal,” katanya.


Pollard juga merupakan ketua pengkaji dalam ujian klinikal vaksin Covid-19 keluaran Oxford iaitu AstraZeneca.


Setahun selepas vaksin itu digunakan di seluruh dunia, beliau yakin dengan keupayaan AstraZeneca melindungi masyarakat daripada Covid-19, termasuk Omicron.


AS, UK HADAPI TEKANAN


Pihak berkuasa kesihatan Israel sudahpun memulakan dos keempat vaksin Covid-19 terhadap penduduknya dan situasi itu secara tidak langsung memberi tekanan kepada AS dan United Kingdom (UK) untuk melakukan hal yang sama biarpun kedua-dua negara bertegas tiada keperluan untuk memberi dos berkenaan.


Para saintis menegaskan bahawa pemberian vaksin untuk setiap tiga hingga empat bulan sekali bukanlah kaedah terbaik untuk melindungi masyarakat daripada varian Omicron.


Sebaliknya, para saintis menggesa supaya lebih banyak data disediakan mengenai keberkesanan dos keempat sebelum melaksanakannya.


Beberapa kumpulan pakar berpandangan, faedah pemberian suntikan penggalak adalah minimum kerana tujuan utamanya adalah untuk mengelak komplikasi jangkitan yang serius serta mengurangkan kematian.


Mereka menjelaskan, perkara itu sudah pun dibantu oleh pemberian dua dos vaksin sebelum ini.


DOS KEEMPAT MUSTAHIL


Menurut Pollard, sehingga hari ini, kurang dari 10 peratus penduduk dari keluarga berpendapatan rendah sudah menerima suntikan dos pertama, maka idea untuk melaksanakan dos keempat adalah mustahil.


Beliau mengulangi pendiriannya bahawa perlindungan terhadap golongan berisiko perlu ditingkatkan supaya dapat mewujudkan gelombang perlindungan yang menyeluruh.


“Kita perlukan lebih banyak data dan hasil kajian sebelum membuat keputusan itu (pemberian dos keempat).


“Biarpun kes jangkitan Covid-19 di UK ketika ini adalah tinggi, namun kes yang melibatkan komplikasi teruk masih dapat dikawal susulan pemberian vaksin sebelum ini,” ujarnya.


VAKSIN PERLU DIKEMAS KINI


Pollard berpendapat, adalah lebih baik sekiranya vaksin Covid-19 sedia ada dikemas kini untuk melindungi masyarakat daripada semua varian Covid-19.


Katanya, proses untuk menambah baik fungsi sesuatu vaksin itu tidak boleh dilakukan dalam tempoh singkat dan vaksin sedia ada hanya berfungsi mencegah komplikasi serius serta mengurangkan kematian.


SALAH FAHAM TENTANG VAKSIN


Pollard memberitahu, pemberian dos vaksin yang lebih banyak kepada masyarakat hanya akan menimbulkan kurang percaya atau keyakinan terhadap fungsi vaksin.


Jelasnya, keadaan itu diburukkan lagi dengan pelbagai propaganda negatif oleh kumpulan antivaksin.


“Pemberian vaksin sepatutnya dilakukan secara sukarela dan dengan persetujuan.


“Namun, apabila melibatkan banyak dos, masyarakat akan mula berfikir apakah keputusan mereka untuk ambil vaksin sebelum ini adalah tepat dan kenapa mereka perlu mengambil dos tambahan dengan lebih kerap?” jelasnya. – CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2022 08:21 AM | Show all posts
vax is money

giteewww je korang ni

1,2 layan lagi

3,4 lawaannnn la
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Mampos.. cucuk smpai lebam
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang yang dah ambik 2 dos wajib cucuk. Sebab antibodi dah kacau.

Dalam Covidnow pun (seblom ni) boleh nampak yang dah beksin lebih ramai mati daripada yang tak beksin. Paling superior paling sikit mati haruslah yang ambik 1 dos sajork. Covidnow yang kata.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 6-1-2022 05:40 PM
Korang yang dah ambik 2 dos wajib cucuk. Sebab antibodi dah kacau.

Dalam Covidnow pun (seblom ni)  ...

Tidak juga satistic di ambil kira since di awal covid... Perlu beklog data untuk buat comparison... Sebelum ada vaccine dan sudah ada vaccine... Bukan short term  data... Itu hanya untuk record ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dos ketiga akan meningkatkan imuniti jadi selepas dos keempat anda akan dilindungi. Apabila 95% populasi telah menerima dos kelima, SOP bolehlah dilonggarkan kerana dos keenam telah memberhentikan virus dari merebak. Saya yakin dan percaya bahawa dos ketujuh akan menyelesaikan masalah kita dan kita tidak perlu takut lagi kepada dos kelapan. Fasa klinikal dos kesembilan akan mengesahkan bahawa antibodi akan stabil selepas dos kesepuluh. Dos kesebelas akan menjamin bahawa mutasi baru tidak akan terhasil dan tiada sebab untuk kita mengkritik dos kedua belas. Kita kena yakin bahawa dos ketiga belas akan membolehkan kita pergi kemana-mana sahaja dan dos keempat belas tak mustahil kita siap boleh rentas Alam untuk berjumpa terus dgn TUHAN.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2022 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 7-1-2022 09:45 AM
Tidak juga satistic di ambil kira since di awal covid... Perlu beklog data untuk buat comparison.. ...

Iya akak memang udah beklog. Jika dikira data dari 2020 haruslah paling ramai mati yang tak vaksin sebab vaksin tu pun 2021 di tanahair ini baru diberi vaksin. Tapi data dari bulan Oktober hingga Disember bilang paling ramai mati yang dah ambik 2 dos. Sekarang Covidnow dah tak display data lama bentuk carta palang tu. Meka display dalam bentuk graf pula.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini bermakna antibodi semula jadi badan tu sudah hilang. Semua bergantung pada vaksin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2022 10:02 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 7-1-2022 09:56 AM
Iya akak memang udah beklog. Jika dikira data dari 2020 haruslah paling ramai mati yang tak vaksin ...

sbb yg dh cucuk lg ramai yg tak cucuk, harus lah yg cucuk lg ramai.... kalau ikut math modern kena kira yg mati lepas vaksin per jumlah org dah vaksin... yg mati tak vaksin per jumlah org tak vaksin, gituh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Apakah Malaysia akan apply juga? Scary lah!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.143303 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list