Seorang selebriti YouTube dari Indonesia, Rizki Nasution, dilaporkan sedang mencari pengasuh untuk menjaga patung puaka miliknya dengan gaji sebanyak 10 juta rupiah (RM2,925) sebulan, lapor Suara.com.
Berdasarkan sebuah video yang tular di TikTok, seorang wanita yang sedang mengendong sebuah patung bayi bernama Alejandro menawarkan pekerjaan sebagai pengasuh bagi menggantikan dirinya dengan tawaran gaji sebanyak itu.
Kredit foto: IG Rizki
“Ada sesiapa berminat untuk menjadi pengasuh Alejandro kerana saya ingin berhenti demi memberi perhatian kepada keluarga,” kata wanita tersebut.
“Gajinya amat berbaloi iaitu 10 juta rupiah (RM2,925) dan kerjanya amat mudah selain segala perbelanjaan termasuk pengangkutan akan ditanggung oleh Rizki Nasution,” kata wanita tersebut.
Tambah wanita berkenaan, Rizki sememangnya gemar mengumpul pelbagai koleksi patung puaka.
“Mudah sahaja untuk menjaga patung ini kerana ia tidak pernah menangis, marah atau buang air.
“Bagaimanapun, anda perlu bersiap sedia dari segi mental kerana kadang-kadang ketika pukul 3 pagi, tidur anda akan terganggu. Anda tidak dapat tidur dengan nyenyak,” tambah wanita berkenaan.
Hantaran itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.
“Beri saya 100 juta rupiah (RM29,254) pun saya tidak mahu,” kata seorang netizen.
kalau korang sejenis yg tak percaya dgn paranormal dan supernatural nih, dan suka berjaga malam... ambik jah offer tu. goyang kaki jah dpt upah jaga anak patung orang. kisah pulak dia kacau kita tido, hello pukul 3 am nanny ngko tgh layan netflix okeh
Post time 6-1-2022 08:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ninjago: kalau dah tak berak, tak kenci ...
Syarat dia gitu.. sbb patung ni dah diseru2 jin dan dijadikan tangkal utk beri nasib baik dan kekayaan. Depa kena jaga macam jaga baby betul.. gila lah syirik